Tuesday, April 30, 2013

Celcom nak saman saya!

 Assalamualaikum wbt.

Masihkah anda ingat akan entry saya yang bertajuk Tragedi Berulang dan Nak kena selkom ni beberapa bulan yang lalu? Haha. Sengaja meletakkan link disitu sebab tau, tak ramai yang ikuti blog picisan ini.kikiki.

Rentetan Peristiwa
Sebelum kejadian dalam entry Nak kena selkom ni tu, ada lagi 2 kejadian yang tak diceritakan di blog, so tak ingat la tarikhnya. Talian celcom saya di bar, dan apabila di hubungi customer sevice, saya diberitakan caj dah mencecah RM700+. Terkejut beruk jugak dibuatnya. Pung pang pung pang, setel la. Kemudian peristiwa sama berulang dan berulang. Akhirnya saya akhiri tragedi2 itu seperti diceritakan dalam entry Tragedi Berulang. Secara rasminya talian di terminate pada 23 Januari 2013.

Menunggu
Saya pun menunggu2 emel yang menyatakan bil dah ready untuk dibayar. Pada hemat saya (perh, 1st time guna perkataan hemat ni) maximum kena bayar pun mesti RM98 (sebulan) walaupun hakikatnya saya guna 4 hari sahaja mengikut cycle bil iaitu (18-21 Januari 2013) sebab 22 Januari 2013 dah kena bar. Unbilled amaun ketika itu RM257.80.
(Nota: bila ditanya tentang kesahihan unbilled amount, operator customer service menyatakan kena tunggu hingga bil sebenar keluar iaitu pada 18 Februari 2013)
Ok, saya tunggu.. selalunya akan dapat notification melalui emel kerana saya memilih untuk menyemak bil online sahaja. Bil yang dihantar ke alamat rumah akan dicaj lagi RM5. Membazir.

Bil dah keluar
Pada 23 April 2013 (rujuk gambar), iaitu setelah 3 bulan berlalu saya dapat emel menyatakan bil statement dah available untuk disemak. Bila klik link yang diberi dan cuba log in, tak dapat masuk kerana akaun inactive. Logik la dah terminate kan. Masa ni dah terkejut sebab tengok bil tu masih RM257.80. Sebab tu nak tengok bil statement, caj dibuat atas panggilan kemana? Dari bila ke bila?

Surat ugutan
Pada 28 April 2013, saya dikejutkan lagi dengan kemunculan surat amaran dari syarikat guaman mengatakan saya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar wang berjumlah RM257.80 bla.. bla.. bla.. sekiranya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ini, kami diarahkan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap tuan/puan tanpa sebarang rujukan dan segala kos guaman akan ditanggung oleh pihak tuan/puan. 

Amboi ini sudah lebih. Saya nekad takkan bayar selagi celcom tak dapat tunjuk statement bil saya. Sebab, adalah sangat tak logik caj RM257.80 untuk 4 hari!

Call Customer service lagi pada 29 April 2013.
Helo..bla..bla..bla.. (malas gila nak tulis benda yg sama macam entry2 lepas).

Celcom: caj tinggi ni sebab....

Saya: internet? (terus menyampuk, dah tau sangat dahhh)

Celcom: Yessssss..internet (nada bangga gila)

Saya: Tapi saya ada subsribe internet 3g sebulan, guna tak sampai 3g pon... 

Celcom: Eh aahla... sepatutnya dah tak caj, kalau guna lebih pon memang xde extra caj. Die caj ni untuk penggunaan internet bulan 2.

Saya: Saya dah terminate bulan 1, knapa bulan 2 caj lagi. extra pulak tu. 

Celcom: Aah, ada extra caj disini. Puan perlu ke branch celcom terdekat untuk buka kes ni. bla..bla..bla..

Operater kali ni sangatla sopan dan memuaskan hati. Adala jugak gaya dan nada nak menolong serta mengakui kesilapan yg berlaku. Dan dari percakapan beliau, beliau bukan melayu. Sebelum2 ni dapat operator melayu, tapi...emm.. asyik nak salahkan orang ja, sikit pon tak mengaku kelemahan sistem depa. Grrrr... 

Kesimpulan
Saya akan ke celcom dalam masa terdekat. Kalau tak settle mungkin akan ke SKMM, tribunal pengguna, CMF, CMCF, POLIS, SPRM, SPR, JKR... haaaaa...baru hgpa tauuuu... hehe

Persoalan
1. Saya yang patut saman celcom atau celcom patut saman saya?
2. Dapat notification melalui emel pada 23 April 2013 dan surat ugutan dari lawyer bertarikh 22 April 2013. Depa ugut dulu, pastu baru beritahu "tadaaa bil anda dah available..." (hakikatnya saya takleh pun tengok bil statement tu)
3. Yang nak saman tu celcom yang beralamat di KL, tapi syarikat guaman tu dari Kota Kinabalu. 
4. Masa tulis entry ni tiba2 black out. Ni mesti celcom yg sabotaj saya! (hahaha...ini tuduhan yang sangat tidak berasas, jangan percaya!) Tapi nasib baik, automatik save sebagai draft. 

Nota
Saya sanggup tak lunch harini untuk post entry ini sebagai rujukan dimasa hadapan. Juga untuk rujukan teman2 yang senasib. Perkembangan2 terkini akan diupdate kemudian. KALAU RAJIN. 

Akhir kata....tak sabar nak balik ngundi!!! *tiba2* 


Sunday, April 28, 2013

MRA malu..

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak menulis disini.
Sejak minggu lepas, saya menyedari betapa pentingnya menulis blog. Ada tarikh2 penting yg saya dah lupakan, tiba2 ada haiwan dalam bahaya...er sori2.. Tiba2 ada masalah muncul. Di saat pejam2 mata pikir balik tarikh itu,baru teringat.. Owh.. Ada tulis dalam blog la pada tarikh tersebut. Apakah masalahnya?? ianya berkisar kisah tragis saya dgn celcom. Ok..kalau RAJIN nanti saya nukilkan kisah tersebut disini. (nukil la sangat kan..wek..)

Haha. Panjang pulak muqaddimahnyaaaaaa.... Lari tajuk pulak tu. Berbalik kepada tajuk asal.. MRA dah belajar erti malu weh..

Camni alkisahnya... Sekarang kalau tak semena-mena beliau menangis, ummi dah tau dah apa masalahnya.. Cer teka??

MRA sedang poo-poo!

Dalam keadaan camtu selalunya memang susah untuk dipujuk2 lagi. Beliau akan menangis semahu2nya.. Ummi boleh tolong gosok2 perut ja sambil2 jampi konon2nya dan hembus ke perut. Hehe.. Bila dah selesai ottomatikli beliau berbunyi.. "haaa..." sebagai tanda kejayaan.

TAPI...

Hari ini.....hari yg sememangnya ummi terpaksa ambil EL sebab beliau kurang sihat asyik merengek sejak semalam sampai ummi dah ting tong tak cukup tidoq. Petang tadi secara tiba2 beliau menangis dengan kuat menjerit2. Ummi seperti biasa akan hulur tangan untuk ambil dan pujuk lah. Tiba2 lagi beliau berlari tak mau kat ummi dan menyorok belakang pintu. Ummi kejar. Beliau lari ke belakang kerusi pula. Lalu ummi berasa terharu dek kerana anaknya ini sudah besar. Nak berak di khalayak ramai pon malu. Haha.. Sejurus urusan beliau selesai, dengan senyum manis tanpa rasa bersalah dengan bau2an harum beliau terus bermain... Berlari ke sana sini.. Aik yg bau2an harum tu tak malu pulak??

Tuesday, April 23, 2013

MRA teman setia ummi

Assalamualaikum wbt

Muhammad skang ni tak leh berenggang dengan ummi. Nampak ummi balik kerja ja terlompat2 la seronok.
Ummi nak makan dia pon sebok. "nak nekk..." kdg2.."nak nikk nak nikk.." nak naik atas meja makan la tu.
Sekarang dah boleh panjat kerusi dan terus naik mencangkung atas meja. Huhu..gagah betui ini budak.

Kalo ummi nak solat.. Dia pon kalut. Ummi baru hampaq sejadah dia dah ambik telekung n bagi kat ummi.. Nah..nah..nah.. Pastu duduk la main keliling2 ummi.

Ummi nak baca paper Harakah..err.. dan Berita Harian dan Harian Metro serta Utusan... MRA akan terus menerpa n duduk bersila atas paper tuh. Camna nak ikuti perkembgn tanah air di musim pilihanraya ni???

Bila ummi main game kat HP.. Dia pon sebok nak tengok sampai laga2 pipi ni.. Pastu bila bosan terus rampas hp ummi.

Sekarang dh pandai cakap2 telefon. Letak hp kat telinga dan.. "aa...haa... Epetepeti.. Haa.. Ekcejsjdbnjdgdhabejsj...aa.." apakah maksudnya tidak lah ummi fahami. Haha

Lagi 1 yg tak tahan.. Tiap kali minta tolong dia amik apa2 atau simpan apa2.. Siap boleh tanya kita balik... "ni aa?..ni aa?..." dengan muka2 tu. Selagi tak kata ya. Duk ulang tu la..... Hihihi..

Wednesday, April 17, 2013

MRA jarang mengeliat

Assalamualaikum wbt

Muhammad Rayyan Aziz...
Sepanjang pemerhatian saya dia jarang mengeliat waktu bangun tidur. Bila terjaga ja terus bangun berjalan cari 'kerja'. Rajin sungguh. Saya tak pasti adakah ini normal untuk budak berumur 1 tahun lebih yg tengah sibuk nak explore itu dan ini.

Pagi2 dah la bangun subuh2...terus sebut "cet..cet...cet.....cet" sambil terus meluru ambil handset ummi. Pastu bawak handset kat ummi sambil.."uh..uh..uh..." dah tau sangat dah..ummi bukak la video lagu alif baa taa kegemaran dia. Kadang2 dia pun duk ikut sekali.. "ta..ta..ta"... Mengikut rentak lagu. Sempat la ummi pejam mata sat 3 minit sampai lagu tu abis.. Bila abis, Dia kata "bih ahh"... Kalo ummi buat tak tau ja.. "uh..uh..uh..." sambil gerak2 kaki tanda protes. Ummi pon ulang la balik lagu tu.. Hp x canggih, tak tau nak bagi lagu tu terpasang berterusan. Huhu..

Lagi 1 lagu kegemaran dia adalah nasyid maksud bacaan alfatihah yg budak2 nyanyi tu.

Terbaru ummi perdengarkan bacaan oleh fatih seferagic yg sedap tu pun dia boleh diam n dengaq la sampai abis. Alhamdulillah.

Penah terrrtunjuk video baby tergedik2 dengaq lagu gangnam style.... Ajaibnya.. Tangan dia pun terus jadi macam dalam video tu. Mm.. Cukuplah setakat tu.. Huhuhu..

Kisah Whats app

Assalamualaikum wbt

Zaman belajar dlu sekitar 2004-2008, zaman gila YM dan skype. Konon2 banyak membantu proses pembelajaran. Ada betulnya la dalam 60% utk sesi belajar, transfer nota dan sebagainya. Selebihnya hanyalah merapu meraban.

2009 dah mula kerja. Kat ofis semua kena block. Tapi ada GM. Masih boleh bergosip antara rakan sekerja. Maksud saya sambil2 buat kerja lah. Huhu

Lama2 GM pon dah kena block. Kami mula guna emel untuk chit chat dan share2 lagu. Tapi jarang2 sangat la. Masing2 semakin sibuk. Atau mungkin agak melampau nak chit chat melalui emel.

Kini...

Semua orang dah pakai whats app. Boleh chit chat dihujung jari ja. Buat 1 group, hgpa post la nak post apa pun kan. Siapa2 yg free layan la. Kadang2 rancakk sangat sampai saya terkekeh2 gelak sorang2. Kalau sibuk malam2 baru saya baca msg rakan2 group yg kdg2 mencecah puluhan msg. Saya hanya ada 1 group whats app ja yg aktif dan tiap hari ada update dari rakan2 yg jauh dimata dekat di hati. Cewahh.. Ada di KB, Ipoh, Bentong, KL, Bangi dan KT.

Satu hari saya di KL bersama maira. Kami rancak berbual dalam group whats app ni. Macam lawak la plak duduk sebelah2 ja tapi duk sembang dalam group whats app sambil rakan2 lain turut menyampuk. Tiba2 dia duk gelak2. Saya berasa xdak la lawak sangat pun lalu bertanya..

Saya: apa yg lawak sangat tu maira oii

Maira: ni haa che pah duk buat lawak.

(sambil masing2 sibuk tengok skrin masing2)

Saya: lawak? Apa yg lawak? Knapa x sampai lagi kat aku ni. (sambil goyang2 hp dgn harapan msg cepat masuk..kui3)

Maira: mane2? Ko punye baru sampai mane? ( kata beliau sambil jenguk2 hp saya..)

Serentak kami gelak besar... Wuhuhuhu... Tak payah la sampai mcm tu kot... Siap nak jenguk2 skrin rakan sebelah nak tengok dh sampai mana. Hahaha..

Ini la gambar kami ber7 yg dengan syok sendiri kami menggelar group kami geng ronggeng. (sorang lg jadi mangsa utk snap gambar ni. Keh2)