Friday, August 28, 2009

MANGSA KEBAKARAN!!

Lokasi : Ofis
Masa : 1.08 pm ( a.k.a lunch hour -yg x bleh makan )
.
.
.
.
Sejak akhir2 ni kekotak e-mail ku asyik di datangi emel2 yg mengiurkan..(mengiurkan?!! ) huhu..

Tapi tajuknya agak mengerikan.. ( mengerikan pulokk?!! )

Senang citer camni la tajuknya..

JANGAN TENGOK KALAU TAK KUAT SEMANGAT..MANGSA KEBAKARAN!!
.
.
.
Mangsa yg Hanya Tinggal Daging:

.

.

.

Mangsa Kebakaran Bergelimpangan:

.

.

.

Mangsa Kebakaran Yg Hangus:

.

.

.

Mangsa Kebakaran Bergelimpangan:

.

.

.

Mangsa Kebakaran Yg Tergolek:

.

.

.
Mangsa Kebakaran Yg Terkulai:

Huh..apekah semua ini??! Byk lg emel2 seumpama ini yg aku dapat, dan dengan jahatnya aku forwardkan kat kawan2 yg lain..haha.. Kalu dapat time2 pagi xpa lagi, ini dah petang2, waktu2 kritikal, dapat plak emel2 yg menguji keutuhan iman..hehe..

:: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK ::

Thursday, August 27, 2009

Nota Kakitangan PWD

Jam di Komputer : 4:19 pm
Dari tetingkap bilik ku kelihatan awan gelap sedang berarak..tunggu masa ja nak hujan ni.. Harap2 sempat la aku kluar opis dlu. Sejak akhir2 ni ptg2 asyik hujan ja. Lebat lak tu siap kilat dan guruh2 lagi.. Jadi berhati2 lah semua warga kota.. jalan akan menjadi sangat jamm, trafik bergerak perlahan dikedua2 arah..huhu.. Sangat bahaya dan lambat smpai umah..
Orang2 yg berniaga di bazaar2 akan mengalami kerugian coz xdak sapa yg akan berenti bazar lg dlm keadaan camtu.. Orang2 yg x masak kat umah akan kelam kabut, nak makan apa bukak posa ni.. terpaksa masak sardin n telur goreng ja... Takpa..ini semua DUGAANNnnn..
ps: tgh ngantuk n x sabar nak balik, otak dh tepu utk terus bekerja..

Tuesday, August 18, 2009

Gunung Datuk Part II

Ok..part II lak..

12.45 pm - x seperti disangka, ingatkan puncak gunung ni adalah kawasan tanah rata, rupa2nya adalah batu2an.. Nak betul2 sampai ke puncak mesti la naik gak batu2 tersebut.. Rugi la kalo dah separuh nyawa mendaki last2 x sampai puncak..huhu.. so kami pon mula memanjat lak.. walaupon sangat takot and kaki dah menggeletarrr... Aku agak ragu2 dengan kestabilan tangga yg disediakan..isk.. itupun naik jugak.. x sanggup rasanya nak sia2 kan peluang berada di puncak.

Ada tangga disedikan untuk kami sampai ke puncak.. Memang mencabar la time tu.. Aku cam x yakin ja dengan kestabilan tangga2 tu..




Ni la antara foto2 yg di snap kat atas tu.. waa..puas sgt rasa hati ini sbb berjaya gak sampai ke puncak.. Lupa sekejap yg badan ni sangat letih..








Awan kumulunimbus terasa begitu dekat..hehe. Kalo ikutkan dari atas ni leh nampak selat melaka. Tapi keadaan cuaca yg agak berjerebu membataskan penglihatan.. Angin kat atas ni leh tahan gak kuatnya.. Rasa cam terumbang ambing ja.. gayat pon ada sebenarnya..huhu..



1.30 pm - Dah tiba masanya untuk turun.. Ishk2.. Nak turun dari batu2an ni sangat mencabar. Salah langkah memang akan terjerumus ke celah2 batuan besar..huhu.. Ini adalah part yg paling menakutkan bagi aku la.. Time nak turun dari batu,nak memijak ke tangga yg paling atas tu.. huhu.. Aku dh mengucap siap2 time ni..



Alhamdulillah.. aku berjaya turun dengan selamat kat situ..



1.45 pm - setelah semua ahli xpdc berjaya turun dari puncak batuan tu, kami dengan rasminya akan bergerak turun ke bawah. Mula2 turun rasa sangat bertenaga sebab puas hati dengan kejayaan menawan puncak. Laju gilers turun.. Tetapi.. 15 minit lepas tu kaki mula rasa sakit. Time turun ni lain plak cabarannya. Amat menguji kekuatan lututku, kaki terpaksa menanggung sepenuhnya load dari badan yg berat ni..hehe..Sampaikan satu tahap setiap kali kaki nak berpijak,lutut menggeletarrr.. huhu..terpaksa berehat dlu.. x lama lepas tu bukan setakat menggeletar tp sangat sakit, rasa x leh melangkah. Rasa cam nak jalan guna tangan ja.. huhu camna tu a? Jadi aku terpaksa berpaut pada setiap pokok yg ada (kecuali pokok berduri) supaya sedikit load berat badan di transfer ke tangan. Byk kali gak terpaksa stop, sbb dah x mampu sgt nk melangkah. (Lutut sebelah kiri masih sakit sampai harini,setelah hampir seminggu..huhu)


Setelah diteliti mmg xdak satu pun gambar di snap masa on d way turun ni.. Sebab masing2 dah x mampu nak memegang sebuah kamera pun! Air untuk diminum langsung x da walopon setitik, kalo ada setitik pon mmg x cukup ah..huhu.. (p/s: dalam masa keletihan, kehausan, kesakitan aku terpikir..ishk3..camna la aku leh terjebak ngan depa ni..haha)


3.15 pm - HAH!..dah dengar bunyi air dari anak sungai kat kaki gunung nih.. Kami sampai juga akhirnya setelah berjalan turun selama lebih kurang 1 jam setengah. Tanpa berfikir panjang, kami terus masuk dalam air n minum air dari anak sungai yg sedia terhidang depan mata.. uhh..sedap betul air nih.. Dah elok ilang dahaga, kami pun naik ke tebing sungai... Oppss..beberapa meter atas dari tempat kami menghirup air kelihatan 3-4 makhluk sedap ja duk mandi..huhu..halal la.. dah x tahan sangat tadi, smpai lupa nak pandang kiri kanan dlu..isk3..


Lepas tu baru pi cari kedai n beli air yg lebih sedap.. waa..sirap ni paling sedap dalam dunia..


Perut sangat lapar, tapi x larat nak g kedai makan nasi, kami singgah pasar malam yg baru nak start. Aku beli sebiji burger & sebiji roti john.. isk..lapo2.. Pastu kami terus menunaikan kewajipan kat masjid tepi pasar malam tu n pastu terus bertolak balik ke KL. Sampai KL dalam kul 7 pm lebih.

Kat umah baru ku sedar aku mengalami kecederaan kecil yg agak serius.. haha.. Camna tu kecil tapi serius.. Memula aku nak biorkan jer tak mau g klinik, tapi setelah dimomokkan dengan kecederaan2 susulan yg mengerikan oleh housemate2 ku, aku terpaksa bersetuju untuk dikejarkan ke klinik.. huhu..hampeh la hgpa ni.. buat aku takot ja.. Dan inilah hasilnya.. RM30 untuk 3 jenis obat..

Monday, August 17, 2009

Gunung Datuk Part I

15 Ogos 2009 : Hari aku dijadualkan mendaki gunung datuk bersama sahabat2 ump, dll...

Perasaan yg bercampur baur:

1. Excited- bila imagine tengah posing kat puncak gunung..

2.Takot - Bila pikir pancit di tengah pendakian (Stamina yg agak lemah, dah setahun lebih tak joging @ excercise secara serius)..Berminggu2 sebelum pendakian dialog yg sama berulang.. "Okay hujung minggu ni kita exercise ek, joging kat taman bla3.." Bila hujung minggu..isk2.. nak citer pun maleh..huhu..

Tiba hari yg dinanti... Sabtu, 15 Ogos 2009
5.30 am - bangun pagi gosok gigi.. mandi skali lar..hehe.. gler awal macam nak pi keja..
time ni la pack2 barang, memandangkan x bermalam so xda apa sangat yg perlu dibawa. cukup pakaian sepersalinan, kot2 jumpa air terjun.. Tak lupa juga 100Plus..

6.30 am - Dengan semangat yg berkobar2, turun dari rumah, tunggu dekat pak guard. Janji ngan jeda kul 6.30.. Huh masih gelap.. tido pon sedap nih..



Mengikut jadual asal, kami akan berkumpul di Petronas Wangsa Maju bersama rakan xpdc yg lain dan akan bertolak pada pukul 7 pagi. Tapi misi bertolak kul 7 gagal, dan dilanjutkan ke pkul 7.40 pg setelah semua sampai.. Melalui PLUS kami turun melalui susur ke Port Dickson dan meneruskan perjalanan ke Rembau.



10.30 am - Selepas membuat persiapan apa yg patut, pendakian pon bermula.. Sebelum mendaki kami diingatkan supaya mengikut trek yg dsediakan.. dan JAGA MULUT kalau tak mau sesat. Yer baiklahh..

Oppss... sebelum mendaki, kena posing dlu..



Ni pon kena baca dlu ni..


Pendakian bermula... start pkul 10.30 am, so dijangka sampai 12.30 pm lah. Ganbatte!



Daki punya daki..isk3, satu kejutan pada otot serta urat saraf.. Gunung yg sangat curam ditambah pula batu2 dan akar2 pokok yg terpaksa dihadapi... Memang mencabar, kembang kempis idong dibuatnya.. Teringat pesan sorang kawan, pernafasan tu penting..kawal pernafasan.. Konpius sekejap, aku daki gunung ke menyelam ni..haha..joke jer. Tp betul la pernafasan tu penting..


5 minit daki, stop.. jalan 5 minit, stop.. sementara nak imun dengan gezutan yg diterima. Untuk melupakan skit rasa letih terpaksa la kami bergelak ketawa dgn teka-teki yg ntah apa2..huhu.. Klakar2.. Ada juga dikalangan kami yg baru 1st time kenal, tp semangat setiakawan yg ditunjukkan amatlah memberangsangkan.. Bagus2..




12.45 pm - Kami hampir sampai ke puncak.. waah sangat mencabar nak sampai ke puncak. Sebelum sampai, sangat x tahan dengan tekanan2 psikologi oleh pendaki2 yg on d way nak turun. Setiap kali kami tnya, jauh lagi ke nak sampai atas.. antara statement2 yg menyayat hati.. " ada setengah jam lagi la.." setelah setengah jam berlalu.. "setengah jam lagi sampai la.." daki lagi.. "jauh la jugak skit.." ( camna tu a?)


Last skali kami amik keputusan utk berdiam diri je, xmau tanya lagi.. Tapi ada plak yg ramah tamah tegur kitorang.. " jauh lagi nak sampai ni.." arghh mmg tensen.. letih dah ni.. Sib baik ada rakan2 yg setia memberi semngat.. walopun masing2 sangat letih, bekalan minuman lak amatlah terhad. Sebotol 100plus seorang mmg x cukup.. menyesal sbb x bawak air mineral..huhu.. Tapi sempat gak budak2 ni mengepow sebotol mineral lebihan budak2 rakan muda yg on d way nak turun.. Diorang melahirkan rasa syukur yg x terhingga sbb dapat mineral water tu.. Masa ni la kami menyedari betapa berharganya setitis air..huhu..


Dengan susah payah kami akhirnya hampir sampai ke puncak... Tunggu giliran nak naik batu batuan ni lak.. ishk lambat tul bebudak nih..

Ok dah panjang sgt ni..Nanti la sambung part II plak..

Friday, August 14, 2009

Dah dapat PC baru!!

Salam..
Ada plak request dari sorang member nak tgk PC baru aku menggantikan PC lamaku yg gedabak, semacam TV serta skrinnya yg kelabu asap.. (byk lagi kekurangan yg x sampai plak hati ini nk describe). Walopon beliau buruk, 6 bulan le jugak beliau berjasa kepadaku..uhuk2..
Inilah rupe bentuk beliau..





Err tengok PC dah ler..(lupa lak nak kemas meja tu sblom amik gambau..) Ok jom tengok PC baru lak.. Ehem..sedap skit mata memandang..



Hehe..tambahan skit, ni plak kalendar yg slalu sgt aku tenung skang nih. Besa la time2 nak posa ni, duk kira2 dah berapa hari nak amik cuti raya, berapa kali nak nak balik kg bukak posa ngan family yg jauh di utara..uhuk2.. setelah dikira2 sempat balik skali ja kot sempena Hari Merdeka yg jatuh pada hari senin, dapat la balik lama skit..


Wassalam...





Thursday, August 13, 2009

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan rasminya blog ni dibuka pada hari ini Khamis, 13 Ogos 2009..
Baru ja beralih arah ke blogspot setelah bosan dgn wordpress.. huhu..sesuka hati aku ja..
Saja2 nak try blogspot lak, wordpress pon masih guna k..
wassalam...