Showing posts with label Aksi MRA. Show all posts
Showing posts with label Aksi MRA. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

MRA tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.

Tajuk dah macam pendahuluan karangan.

Assalamualaikum wbt
Saya rasa terpanggil utk tulis tentang MRA malam ni sebab sehari dua ni dia dpt 'perangai' baru yg begitu membahagiakan... Hihi

Dulu bila ummi buat2 nangis dia juz buat muka bersalah ja.. Cam nak nangis jugak.

Sekarang...bila ummi buat2 nangis dia cepat2 mai kt ummi sambil cakap "alalalalala.." siap geleng2 kepala..pastu peluk & cium pipi ummi. Heee. Macam ummi selalu pujuk kalo dia nangis. Kalau tgh main pun cepat2 dia mai pujuk kalo ummi 'nangis' haha... Tadi siap buat2 suap apa ntah dlm mulut ummi. Pastu tnya pulak " dap?..dap?.." Comel sungguh anak ummi nii. Geramm..

Ps: setiap kali renung MRA ummi bersyukur pd Allah sebab Allah beri ummi anak yg cerdik, aktif, manja, comel.....sempurna sangat.. ALHAMDULILLAH..!! Moga impian ummi tercapai. MRA Al-Hafiz...

Saturday, June 8, 2013

Lama tak hupdate

Assalamualaikummmmm wbt

Perasan tak saya dah lama tak update blog???
.
.
.
.
.
.
(takdak sapa jawab. Kah3)

Busy sikit seminggu dua ni. Bila nak update blog ja terfikir banyak lagi benda nak buat. Apa yg bz sangat tu? Nanti saya cerita kan di perenggan akhir. (kalo saya x tukar fikiran)

Harini kesayangan saya dah genap 1 tahun 7 bulan. Perkembangannya... Semua yang kita cakap dia dah faham. Cuma... Bila dia reply balik tu kita tak faham. Hahaha.

Bila jumpa sampah beliau cepat2 pi buang dlm tong sampah sambil sebut "pah..pah..pah.."

Bila berak, dia amik pampers baru bagi kat ummi sambil kata "yak..yak..yak.."

Bila dh abis hisap susu, dia bawak susu tu ke dapur n buang dalam sinki sambil cakap "cuh..cuh..cuh.."

Bila terjatuh, tersepit, terhantuk cepat2 dia mai kat ummi dan cakap "kit..kit..kit.."

Tu antara perkataan2 pendek yg ummi faham. Yg panjang sikit... " nak ayaq, nak naik, nak ikut..."

Bila bercakap ngan dia, dia faham dah. Contohnya bila ummi cakap Muhammad, esok ummi kerja.. Muhammad duk ngan mk tok tau... Reaksi beliau, merengek2 dan peluk2 ummi.. Huhu. Menunjukkan dia faham la apa ummi bgtau tu kan..

Ok perenggan last dah ni. Semenjak 2 menjak ni saya sibuk skit dengan bisnes. Hehe. Dah lama consume produk shaklee ni, bulan lepas tergerak nk jadi ahli. So siapa2 nk try produk ni dengan harga special leh contact saya lah. Tetiap bulan shaklee buat promosi produk. Bulan ni Meal Shake. Banyak giler beza dengan harga asal. Rugi x rembat. Saya sendiri siap amik lebih takut kehabisan stok. Hehe

Thursday, May 23, 2013

Zaman gebu MRA

Assalamualaikum wbt..

Internet slow nya malam ni. Duk belek2 album jumpa balik gambar2 MRA zaman gebu2an dulu. Sekarang pun gebu jugak.. Hehe. Cuma lasaknya dia sampai x sempat ummi nk cubit2 pipi gebu tu lagi.

Layan..

Wednesday, May 15, 2013

MRA 1 Tahun 6 Bulan 7 Hari

Assalamualaikum wbt
Inila antara kelaku Muhammad yg mencuit hati ummi. Terbongkok2 tiru orang solat. Dah pandai angkat takbir dengan baik sekali. Tapi terus rukuk, tangan dilantai bukan di lutut. Kalau sujud terus sembam ke lantai dengan badan2 sekali. Hehehe...
Kalau meniru azan, suaranya ada lenggok tersendiri. Tangan ditelinga dengan mata terpejam2 menunjukkan bersungguh2nya azan beliau tu.

Sunday, April 28, 2013

MRA malu..

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak menulis disini.
Sejak minggu lepas, saya menyedari betapa pentingnya menulis blog. Ada tarikh2 penting yg saya dah lupakan, tiba2 ada haiwan dalam bahaya...er sori2.. Tiba2 ada masalah muncul. Di saat pejam2 mata pikir balik tarikh itu,baru teringat.. Owh.. Ada tulis dalam blog la pada tarikh tersebut. Apakah masalahnya?? ianya berkisar kisah tragis saya dgn celcom. Ok..kalau RAJIN nanti saya nukilkan kisah tersebut disini. (nukil la sangat kan..wek..)

Haha. Panjang pulak muqaddimahnyaaaaaa.... Lari tajuk pulak tu. Berbalik kepada tajuk asal.. MRA dah belajar erti malu weh..

Camni alkisahnya... Sekarang kalau tak semena-mena beliau menangis, ummi dah tau dah apa masalahnya.. Cer teka??

MRA sedang poo-poo!

Dalam keadaan camtu selalunya memang susah untuk dipujuk2 lagi. Beliau akan menangis semahu2nya.. Ummi boleh tolong gosok2 perut ja sambil2 jampi konon2nya dan hembus ke perut. Hehe.. Bila dah selesai ottomatikli beliau berbunyi.. "haaa..." sebagai tanda kejayaan.

TAPI...

Hari ini.....hari yg sememangnya ummi terpaksa ambil EL sebab beliau kurang sihat asyik merengek sejak semalam sampai ummi dah ting tong tak cukup tidoq. Petang tadi secara tiba2 beliau menangis dengan kuat menjerit2. Ummi seperti biasa akan hulur tangan untuk ambil dan pujuk lah. Tiba2 lagi beliau berlari tak mau kat ummi dan menyorok belakang pintu. Ummi kejar. Beliau lari ke belakang kerusi pula. Lalu ummi berasa terharu dek kerana anaknya ini sudah besar. Nak berak di khalayak ramai pon malu. Haha.. Sejurus urusan beliau selesai, dengan senyum manis tanpa rasa bersalah dengan bau2an harum beliau terus bermain... Berlari ke sana sini.. Aik yg bau2an harum tu tak malu pulak??

Tuesday, April 23, 2013

MRA teman setia ummi

Assalamualaikum wbt

Muhammad skang ni tak leh berenggang dengan ummi. Nampak ummi balik kerja ja terlompat2 la seronok.
Ummi nak makan dia pon sebok. "nak nekk..." kdg2.."nak nikk nak nikk.." nak naik atas meja makan la tu.
Sekarang dah boleh panjat kerusi dan terus naik mencangkung atas meja. Huhu..gagah betui ini budak.

Kalo ummi nak solat.. Dia pon kalut. Ummi baru hampaq sejadah dia dah ambik telekung n bagi kat ummi.. Nah..nah..nah.. Pastu duduk la main keliling2 ummi.

Ummi nak baca paper Harakah..err.. dan Berita Harian dan Harian Metro serta Utusan... MRA akan terus menerpa n duduk bersila atas paper tuh. Camna nak ikuti perkembgn tanah air di musim pilihanraya ni???

Bila ummi main game kat HP.. Dia pon sebok nak tengok sampai laga2 pipi ni.. Pastu bila bosan terus rampas hp ummi.

Sekarang dh pandai cakap2 telefon. Letak hp kat telinga dan.. "aa...haa... Epetepeti.. Haa.. Ekcejsjdbnjdgdhabejsj...aa.." apakah maksudnya tidak lah ummi fahami. Haha

Lagi 1 yg tak tahan.. Tiap kali minta tolong dia amik apa2 atau simpan apa2.. Siap boleh tanya kita balik... "ni aa?..ni aa?..." dengan muka2 tu. Selagi tak kata ya. Duk ulang tu la..... Hihihi..

Wednesday, April 17, 2013

MRA jarang mengeliat

Assalamualaikum wbt

Muhammad Rayyan Aziz...
Sepanjang pemerhatian saya dia jarang mengeliat waktu bangun tidur. Bila terjaga ja terus bangun berjalan cari 'kerja'. Rajin sungguh. Saya tak pasti adakah ini normal untuk budak berumur 1 tahun lebih yg tengah sibuk nak explore itu dan ini.

Pagi2 dah la bangun subuh2...terus sebut "cet..cet...cet.....cet" sambil terus meluru ambil handset ummi. Pastu bawak handset kat ummi sambil.."uh..uh..uh..." dah tau sangat dah..ummi bukak la video lagu alif baa taa kegemaran dia. Kadang2 dia pun duk ikut sekali.. "ta..ta..ta"... Mengikut rentak lagu. Sempat la ummi pejam mata sat 3 minit sampai lagu tu abis.. Bila abis, Dia kata "bih ahh"... Kalo ummi buat tak tau ja.. "uh..uh..uh..." sambil gerak2 kaki tanda protes. Ummi pon ulang la balik lagu tu.. Hp x canggih, tak tau nak bagi lagu tu terpasang berterusan. Huhu..

Lagi 1 lagu kegemaran dia adalah nasyid maksud bacaan alfatihah yg budak2 nyanyi tu.

Terbaru ummi perdengarkan bacaan oleh fatih seferagic yg sedap tu pun dia boleh diam n dengaq la sampai abis. Alhamdulillah.

Penah terrrtunjuk video baby tergedik2 dengaq lagu gangnam style.... Ajaibnya.. Tangan dia pun terus jadi macam dalam video tu. Mm.. Cukuplah setakat tu.. Huhuhu..

Sunday, April 14, 2013

MRA makan

Assalamualaikum.wbt

MRA berumur 1 tahun 5 bulan.
Mempunyai 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah.

Ummi expect umur mcm ni dia dah boleh makan. Rupa2nya sangat la susah nak pujuk dia makan. Hanya akan makan bila disuap secara berjemaah dgn sepupu2nya.

Selalu ajar dia makan sendiri, suap sendiri. Memang sedia tempat khas, cuci tangan dia dan biar dia rasa tekstur nasi sendiri. Ummi pon makan sekali, sambil suap sambil melakonkan betapa sedapnya nasi dengan sup ayam dan kentang. Ayam dan kentang dicubit kecil2. Mmmm sedapnya Muhammad... Mmmm... Camtu la lebih kurang.

Alhamdulillah dia pon mula makan sambil setiap suapan disertai.."mmmm...dappp... Mmm dapppp.." walaupon makanan tu tak masuk mulut dia pon. Ada kot 4-5 suap dia makan sampai penuh mulut. Lamaa... Baru nak telan. Dia makan pesen kumpul2 dlm mulut. Aduii...macam mana nak ajar dia telan pulak. Kadang2 habis diluahkan balik semua tu. Huhuhu...

Kadang2 bila disuap.. Wekk... Susu pun sama kalau dia tengah sibuk main. Ummi ni risau macam lama tak minum susu, ummi bancuh and ajak dia minum susu...boleh dia respon wekkk... Sambil sengih2.. Huhu... Tak mau cakap la tak mau tak payah la wek2 kat ummi.. Hew3..

Kadang2..kalau rasa dah lama sgt MRA main dan firasat ummi mengatakan Muhammad lapar sebenarnya, tp lebih sayang nk tinggal main tu.. ummi ada teknik baik punya. Ummi bancuh susu and baring2 dekat2 tempat muhammad main tu. Sambil sekali sekala buat2 minum susu muhammad. Huhu. Selalunya teknik ni memakan masa sekitar 5 minit utk muhamad mai baring sebelah ummi dan rampas botol susu tu dan minum dengan rakus. Hahaha..

Tapi kalau dah lapar terjerit2 pulak sampai tak nyempat2 ummi nak bancuh plak aih. Huhu..

Tapi ummi langsung tak jemu nak layan budak cerdik ni.

Saturday, April 13, 2013

MRA teman ummi solat

Assalamualaikum wbt

Merujuk kepada perkara diatas..

...dalam rakaat terakhir,

Ummi sujud MRA duk belakang.
Ummi duduk antara 2 sujud, MRA tolak2 ummi suruh sujud.
Ummi sujud kedua, dia duk ready kat belakang.

Nota: MRA suka sangat kalo dia tolak dan ummi buat2 jatuh, kali ni pon mungkin dia ingat ummi tgh main ngan dia la ni.

Ummi duduk tahiyyat akhir, dia duk tolak2 lagi suruh sujud. Takkan nak sujud 3 kali kot. Hehe...

Ummi bagi salam belah kanan cepat2 dia menjengolkan muka belah kanan. Ummi bagi salam kiri dia jengol belah kiri plak. Tinggal tak kata "cakkkk..."  ja.. Hihi. (harap2 perkataan jengol ada dalam kamus dewan)

Ummi angkat tangan berdoa..cuba untuk fokusss.. MRA duduk depan ummi.. Tarik tangan ummi ke bawah dan jenguk2 tengok muka ummi. Sambil sengih2 nakal. Haihhh...

Budak ni dah pandai mengusik ya..

Tuesday, April 9, 2013

Biar nakal asal soleh

Assalamualaikum wbt

Kelmarin.. Buka hp...
Member tempat kerja baru ternampak gambar MRA yg sentiasa dijadikan wallpaper..

Member: eh tu gambar anak eh.. Tengok..tengok..

Ummi: aah anak...(tunjuk dgn bangga..mana2 ibu pon mesti akan kenalkan anak dengan bahagia sekali sambil kembang2 hidung..mungkin..)

Member: aloh...nakal muke dia..

Ummi: hehe...kan.. Boleh tahan la..

Dalam hati, biar nakal asal soleh. Hehe.. Itu doa ummi untuk MRA.

Saturday, March 30, 2013

Kak?

Assalamualaikum wbt

Bersiaran dari kedah..

Petang tadi ketika ummi solat asar 'ditemani' MRA. MRA duk main bola. Tiba2..

"kak..kak..kak..kak...nah..nah..nah..nah.." macam biasa selagi org tak ambik dari tangan dia..nah..nah..nah...

Terus hilang kekhusyukan ummi memikirkan..

"Aku nampak muda ka MRA rasa dia dah besaq sangat dah yg dia duk panggil aku kak..kak..kak ni???"

Hew..hew..hew..

Monday, March 25, 2013

Sayang ummi..

Assalamualaikum.wbt.

Hujung minggu lepas saya sibuk mengemas barang2 dirumah. Alang2 menyeluk pekasam habis barang2 lama diselongkar dan dibuang. Dulu (sekarang ppn sebenarnya) sayang gila nak buang buku2 yang pernah menabur bakti sepanjang pembelajaran. Jangan terkejut saya masih simpan buku panduan solat yg ayah beli masa darjah tiga. Ada 3 kotak besar yg dalanya masih ada nota bahasa arab tingkatan 5. Matematik tingkatan 3. Fizik. Kimia add math LK TK. Dan baaanyak lagi. Kemas punya kemas punya kemas yg 3 kotak besar dah jadi 1 kotak A4 sahaja. Hgpa jangan tanya apa yg dibuang tu satgi sedih. Terpaksa buang sambil pejam mata setelah berfikir selama 31 jam.

Setelah penat mengemas... Oh masa mengemas semestinya Muhammad sedang tidur. Bila dia dah bangun main dengan sepupu2nya, turn ummi pulak la lena sat. Baru ja terlena..tiba2..cupp..cuppp.. Terasa ada mulut kecik duk cium2 pipi ummi.

........Terima kasih Ya Allah diatas amanah yang comel dan bijak ini. Moga menjadi anak yang soleh.

Dibawah ni adik2 sepupu baru Muhammad. Muhammad Uwais Alqarni b. Muhammad Hafiz dan Raudatul Mau'izatul Hasanah bt Muhammad Kasyfullah. Sori kalau makteh salah eja. Nama hgpa panjang sangat..

Wednesday, March 20, 2013

Sorotan

Assalamualaikum wbt

Saya masih di temerloh. Tunggu rakan2 nak gi makan di lobi hotel. Ngantuknya..

Ok. Taktau nak buat post apa. Belek2 galeri jumpa gambar MRA di menara alor setar. Sebab peristiwa tu dah lepas maka tajuk post adalah sorotan. Boleh?

11 mac lalu ummi ada urusan penting di alor setar. Alang2 ada kesempatan ummi bawa muhammad naik menara alor setar. Err sebenarnya ambil kesempatan hingga terpaksa EL esoknya kerna terlalu letih utk pulang ke KL.

Naik lif muhammad agak kegayatan. Hehe. Sesampainya diatas bukan main lagi. Ke sana sini. Ligat betui. Ummi punya la nak lihat pemandangan indah bandaraya alor setar dia duk sebok duk pi 'tolong' orang2 buat kerja. Kebetulan ada kerja2 renovation tandas kat atas tu. Sibuk nak tolak wheelbarrow dan sebagainya. Adoinyepon...

Tuesday, March 19, 2013

Rindu anak soleh

Assalamualaikum.wbt

MRA skang dah pndai sebut "sakit"...
Baru2 ni duk tunjuk2 kaki...bila umi tanya awat Muhammad??

"kit aah..." haha...geram ja. Dah macam budak besaq dia tu. Maunya tak sakit. Jarang sangat tengok dia duduk... Berlaaariiii ja kerjanya ke sana sini..

Malam sebelum ummi outstation dia xmau tidoq. Ummi layan je la sampai dia betul2 letih dan terlena atas badan ummi. Huhu.. Sian..

Thursday, March 14, 2013

SS

Assalamualaikum wbt.

Dulu..
MRA cukup tak suka apa apa pun berada atas kepala. Letak la kopiah, topi semua di kuis2 sampai jatuh. Sekarang pon sama sebenarnya..

 TAPI, sekarang kalau diletakkan kopiah diiringi kata-kata seperti;

Waah hensemnya anak ummi..
cewahh, comelnya..
Alallala...kiutnya anak umiii..
(Dengan nada penuh kagum) 

Beliau akan terus tak jadi cabut kopiah tu sebaliknya terus buat muka bangga, jalan keliling rumah sambil senyum2.. Syok betui dia.. 

Yang syoknya bila dipuji...Muhammad pandaaii.. dia sendiri yg akan tepuk tangan.. SS betui..


p/s: Masa sekolah dulu selalu guna istilah SS (syok sendiri) ni.. Ada lagi satu.. MPKJ atau ayat penuhnya Makan Puji Kedarah Jek.. Kasaq betui bunyinya kan.. Ya.. org kedah memang cakap kasaq tapi hati baik.. (cet..)

Tuesday, March 12, 2013

MRA 1 tahun 4 bulan 4 hari

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..tenang saja hari ini memikirkan perkara2 yang hampir selesai. Kereta juga amatla selesa tika dipandu selepas Rm280 dikeluarkan. Tenang juga memikirkan 1 april. Haha.. Tak salah kan mgharapkan benda yang hampir pasti. Pengumuman akan dibuat bila dah pasti nanti.. Hihi

Macam biasa bila entry ditulis..takdak benda yang lebih seronok nak cerita melainkan tentang buah hati tercinta.

MRA kini..1 tahun 4 bulan 4 hari.

MRA: ma..ma..ma.. (sambil tepuk2 peha umi)

Umi: ya..awat muhammad?

MRA: blo ble blo ble..pot pet pot pet.. Bla3.. (entah bahasa apa langsung ummi tak faham)

Umi: owh ya ka.. (buat2 faham..ibu mithali le katakan..)

Ummi tunjukkan video2 (yg dah diceritakan dalam entry2 sebelum ni).. Video tu sekitar 3-4 minit. MRA akan tonton dgn penuh minat. Bila video tu dah abis.. Tiba2 dia sebut.. "abeh ahh..".. Huhu tkejut ummi.. Dah pandai ye..

Ok sekian dulu.bye..

Wednesday, March 6, 2013

Pesat

Assalaamualaikum Wbt

Syukur ke hadrat ilahi atas nikmat kurniaanNya.

Saat ini..rasa... Arhhh perkembangan MRA berkembang pesat. (ayat failed). Ummi dh x sempat catch up nak catat segalanya dalam blog nih.

Secara ringkas..

Selain flash card alif baa taa MRA dah pandai 'baca' alfurqan tahap 1. Bacalah sangat kan. Bila ummi cakap baca ni muhammad.. Dan dan bunyi... "kaa kaa... Kaa..kaa.." sebutannya agak dalam.
Bila di sebut mana buku muhammad aa? Cepat2 dia pi amik kat almari. Mmg tpt ltk buku dan kad2 dia la.

Bila dia dah sepah2kan buku dan kad.. Umi cakap..muhammad, simpan buku..simpan..simpan. (mesti nak sebut banyak kali supaya jelas dan nyata pd pendengaran beliau. Hehe) Mula2 dia kelip2 tengok ummi. Perkataan baru mungkin.. Pastu ummi cakap camni.. "Amik buku.. SIMPAN kat sini.. " sengaja ditekankan perkataan simpan. Mengajar melalui tauladannn. Ajaq sekali ja.. Sekarang dah pandai. Bila disuruh simpan dia akan kutip buku dan simpan kt tempat tu. Sebagai tanda sokongan ummi kata "muhammad pandaiii..."

Dan muhammad pon tepuk tangan sendiri sambil sengih2 bangga. (heran gak.. ummi x tepuk tangan pon masa sebut pandaiii tu.. Dia syok sendiri. Haha)

Kadang ummi suka usik kalau muhammad jatuhkan apa2. Ummi cakap.. "haa..haa... Muhammad.. Tak tauu..Muhammad bagi jatuh.." Yang nak gelaknya dia yg angkat2 jari telunjuk kat kita. Macam kita la pulak yg salahnya.. Adoi..

Muhamamd juga dh pandai menilai..sapa pakai baju nak pi jalan,sapa duk rumah. Yg pakai selekeh mcm baju tidoq sori la nak bdamping kan. Baru2 ni kat kampung.. Ummi dukung.. Maktok nak amik dia takmau. Bila maktok pakai tudung terus menerpa ke maktok dan cakap "bye...." sambil angkat tgn keciknya tu babai kat ummi. Terkelu seketika ummi ni..amboii..

Antara perkataan betul yg kuar dari mulut muhammad.

Babai..
Hai..
Nak naik..
Tengok org naik tangga dia sebut "nak naik".. Ummi amik meja jepun pon dia sebut "nak naik". Meja jepun tu dh jadi meja utk dia panjat2. Ummi pegang besen mandi pon dia sebut "nak naik"...mmm..


Psst: hangpa tau dak aku amik masa dekat sejam nak selotape tepi2 buku ni setiap muka surat dan tengah. confirm la dia tak dapat koyak.Buku tahap 1 je la ummi buat gini deh.

Wednesday, February 27, 2013

Ajar MRA membaca

Assalaamualaikum wbt

Ini entry kedua saya di cherengin resort bla3 di janda baik ni.. Kekenyangan baru lepas dinner n mesyuarat warga bsfj. Sangatlah santainya mesyuarat kali ni.

Seawal MRA 1 tahun saya cuba dedahkan MRA dengan huruf2 hijaiyah. Niat di hati nak galakkan Muhammad dapat membaca alquran seawal yg boleh.

Dimulakan dengan beri die main flashcard alif baa taa. Untuk selamatkan flashcard tu ummi balut tepi2 kad dengan selotape. Macam biasa.. 1. Jimat xyah beli banyak2 kali sb dah tentu2 la benda tu akan koyak kalo x dibalut. 2. Takda la dia kunyah2 kad tu buat chewing gum.

Sessi mengajar:

Hasil pembacaan ummi, teorinya kna ajar baby start dari sebutan yg selalunya yg pertama kuar dari mulut bayi iaitu ma dan ba seterusnya da..

Ummi: muhammad ni 'ma' (sambil tunjuk mim garis fathah)

MRA: A'aaa..

Ummi: ma...

MRA: A'aa..

Ummi: ok2... Kalau 'a' yang ni... Tunjuk hurul alif berbaris fathah.

MRA: Buat donno....sambil ketuk2 kad. Bawak kad tu lari sana sini..

Ummi: erm... Its ok..anak ummi lum bersedia. Slow2 ek..

P/s: jeles tul aku nengok adik darwish and darwisha yg boleh baca quran dan hafal pada usia 3 tahun lebih. X caya cer gugel. Ibu mereka inila yg memberi inspirasi ini. Terima kasih.

Telatah MRA

Puji2an bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas Rasulullah saw dan nabi2 sebelumnya.

Assalaamualaikum.wbt pembaca2 blog yg budiman.

Saya sekarang berada di cherengin resort bla2. (tak igt nama penuh)

Baru petang semalam balik dari sekin fisherman resort bla3 di sekinchan, harini di janda baik pula sampai esok.

Ok berbalik pada tajuk asal. Biasala bila berjauhan dengan anak mula la terbayang2 keletah si kecik yg manja tu. Tersenyum sorang2 bila teringat MRA yg kelakar tu duk buat lawak.. Kdg2 buat jalan terkangkang2 sambil sengih2. Pastu jalan senget2 pulak duk bagi org gelak. Belajaq mana taktau..

Sekarang dah x mau tidoq sangat dah, padahal mata dah nak pejam. Menguap takyah cakap la. Tapi still aktif ke sana sini. Orang tua2 cakap la kan kalo nak bagi anak tidoq si ibu kena pura2 tidoq. Ummi pon amik la bantal bagai...buat2 la tidoq..

Pejam..pejam...

MRA yg aktif duk ke hulu ke hilir.. Sekejap2 dia mai kat ummi.. cium2 pipi ummi..

Ummi..sabar2..jangan respon.

MRA..nganga2 nak gigit idung ummi.

Ummi pusing kot lain sambil tahan gelak. Sambil2 duk memantau MRA dengan ekor mata.

MRA lari sana lari sini..pastu datang kat ummi naik atas badan ummi pulak buat kuda.

Ummi..haish.budak ni.. Sabar2..

Tiba2.....

Ngapppp....

Adoiiiii.... Awat Muhammad gigit bahu ummi???!!

Sakit gila kot..dia gigit sekuat hati..geram sangat gamaknya ummi dia xda respon. Hahaha..

Nota: gambar dibawah di ambil semasa kereta sedang parking. Jangan tiru aksi ini dirumah. Huhu

Wednesday, February 20, 2013

MRA solat

Assalamua'laikum wbt

Ini entry pendek lg.

Masih tentang MRA..blog ni mmg di update untuk diaaa je lah.. Kot2 nanti ummi hilang ingatan ka.. Boleh baca balik. Huhu... Ingatan ni hanya pinjaman semata, bila2 ja Allah swt boleh tarik balik. *Tiba2 terasa bimbang dengan statement sendiri..*

Penah post entry sebelum ni..tajuk apa tak ingat yg ada gambaq MRA duk langut kat tv time azan. Dari dulu dia mmg alert sangat dengan azan. Pengasuh dia pun selalu alertkan dia bila dengaq azan. Alhamdulillah dapat pengasuh yg baik.

Sekarang..tiap kali dengaq azan...akan terus buat muka terkejut sambil bunyi.. Hoh?..hoh..? Ummi pun tolong tokok tambah.. Allaahuakbar..sambil angkat takbir. Cepat2 dia pun sebut.."wawaaa....wawaaa" sambil angkat takbir jugak, pastu terus sembam2 muka kat lantai..sujud la tu.. Huhu.. Bila ummi nak solat, ummi baru bentang sejadah dia mai sujud siap dah.

Moga jadi anak yg soleh...

Ok entry in terpaksa dihentikan secara paksa sbb ummi ngantuk. Bye!