Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Tukar nombor

Assalamm..

Entry ini adalah rentetan entry sebelum2 ini bertajuk Tragedi Berulang.

Hasilnya..aku dah tukar nombor. Banyak buruk dari baiknya tukar nombor ni. Kononnya.. Kawan2, sedara mara, rakan sejawat tak sejawat semua dah xda nombor kita. Lebih malang lagi nombor lama dah digunakan utk register macam2. TAC maybank2u contohnya semua mesti kasi tukar.

Tapi...apalah sangat kesusahan sementara ini. Zaman la ni canggih dah..TAC tu tukaq la no fon kat atm. Cuma bank islam kena pi bank no... Xleh tukaq kat atm. Segala borang yg dah diisi pi la update balik, apa susah.. Kawan2 xdak nombor, boleh ja PM kat facebook tu.. Semua org ada fb la skang ni.. Sedara mara yg tinggal jauh sms la depa tanya kabaq.. Sambil2 bagi nombor baru ha.. Apa yg susah sgt kan.. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..

TAPI......

Duk sibuk sangat update no kat kawan2, sedara mara, jiran tetangga sampai lupa nak update kat bos cemana?


P/s: Ermm..cangggih le sangattt....tadak line kalu, rasa cam nak lempaq ke dinding.. Hehe.. 

Friday, August 10, 2012

Si Meoww mintak penampar..

10.8.2012 @ 7.25am

zzzz (=_=) tahan mata guna mancis..
mengantuk tahap suria perkasa hitam dah ni
boleh pulak si kecik Rayyan tu bangun pukul 3 pagi. duk cakap sorang2..

"tatatatatatata"
"mamamamamama"
"apapapapapapapapap"

2 malam lepas,

dah pukul 12.20 malam, dia tak nak tidur lagi. Dah tutup lampu pun masih tak mau tidur. Abih baju-baju dipunggahnya..dalam gelap tu..
aku dapat idea nak usik Rayyan... Meowww.. Meowww (sambil buat2 pejam mata)
Nampak ada respon, try lagi kali ni lebih ganas Aoowwwwwww... Aoowwwwwww
(dah mcm kucing jantan la plak..huhu)

Rayyan dah cuak, slow2 jer dia merangkak mai kat umi dia ni. aku stil buat2 pejam mata sambil bunyik lagi..

meowwwww...meowwwww....

dia datang lagi dekat sambil perati ja mulut umi..

bunyi lagi.. meowwwww...meo...

tiba-tiba*

paaaAAANGGGG........

adeihhh sapa tampaq umi nih???

Tak tau.. taktau.. bukan Rayyan yang buat...

adeihh.. &^%$#@#^&()^%### (dah la tangan tu gumok)

Wednesday, July 27, 2011

Vanilla kah Lavender Itu???

Perbualan secara bersahaja di petang hari sambil menghirup secangkir teh dan karipap bertemankan kicauan burung yang ingin pulang ke sarang... (sila imagine sekarang!!)

A: Sekarang ni ramai orang duk tanam pokok vanilla.
B : Vanilla? pokok vanilla??

A: Ye la.. vanilla yang orang duk buat perfume tu.. Yang wangi gila tu.
B : Ooo... aa...
(sambil terkulat2 nak membayangkan kewangian vanilla, malangnya yg tergambar difikiran hanyalah susu perisa vanilla yg x sedap & eskrim vanilla yg lebih enak kalo perisanya coklat)

B: Vanilla??wangi?? (sambil cuba bayangkan wangian vanilla yg wangi tetapi gagal)

B: Eh vanilla ka lavender..
A: Ehh lavender laa... hahahaha

B: Hahahahah..u ni buat lawak la..

Seb baik x tersembur secangkir teh ni sbb memang x wujud pun kan..


Nota kaki: Identiti A dan B dalam perbualan di atas terpaksa dirahsiakan demi keselamatan manusia sejagat.

Monday, July 4, 2011

Contraction yer bang.. bukan Construction. hahaha


Semalam belek2 majalah solusi, tertarik dengan satu artikel yang gambonya sorang pempuan hampir bersalin. Baca punya baca jumpa ayat klakor.. hahaha..

Ni.. isteri saya ni...CONSTRUCTION tak henti2... hahahaha.. siap construction tuh isteri dia.. Ni kalo x keja bidang construction ni mesti time blaja dlu amik civil engineering ni... kikiki



P/s: Perlu train suami dari sekarang... CONTRACTION tau bang.. bukan construction.. hehehe.. bukan apa.. takut Doc pengsan plak nanti.. hahaha