Saturday, March 30, 2013

Kak?

Assalamualaikum wbt

Bersiaran dari kedah..

Petang tadi ketika ummi solat asar 'ditemani' MRA. MRA duk main bola. Tiba2..

"kak..kak..kak..kak...nah..nah..nah..nah.." macam biasa selagi org tak ambik dari tangan dia..nah..nah..nah...

Terus hilang kekhusyukan ummi memikirkan..

"Aku nampak muda ka MRA rasa dia dah besaq sangat dah yg dia duk panggil aku kak..kak..kak ni???"

Hew..hew..hew..

Monday, March 25, 2013

Sayang ummi..

Assalamualaikum.wbt.

Hujung minggu lepas saya sibuk mengemas barang2 dirumah. Alang2 menyeluk pekasam habis barang2 lama diselongkar dan dibuang. Dulu (sekarang ppn sebenarnya) sayang gila nak buang buku2 yang pernah menabur bakti sepanjang pembelajaran. Jangan terkejut saya masih simpan buku panduan solat yg ayah beli masa darjah tiga. Ada 3 kotak besar yg dalanya masih ada nota bahasa arab tingkatan 5. Matematik tingkatan 3. Fizik. Kimia add math LK TK. Dan baaanyak lagi. Kemas punya kemas punya kemas yg 3 kotak besar dah jadi 1 kotak A4 sahaja. Hgpa jangan tanya apa yg dibuang tu satgi sedih. Terpaksa buang sambil pejam mata setelah berfikir selama 31 jam.

Setelah penat mengemas... Oh masa mengemas semestinya Muhammad sedang tidur. Bila dia dah bangun main dengan sepupu2nya, turn ummi pulak la lena sat. Baru ja terlena..tiba2..cupp..cuppp.. Terasa ada mulut kecik duk cium2 pipi ummi.

........Terima kasih Ya Allah diatas amanah yang comel dan bijak ini. Moga menjadi anak yang soleh.

Dibawah ni adik2 sepupu baru Muhammad. Muhammad Uwais Alqarni b. Muhammad Hafiz dan Raudatul Mau'izatul Hasanah bt Muhammad Kasyfullah. Sori kalau makteh salah eja. Nama hgpa panjang sangat..

Wednesday, March 20, 2013

Sorotan

Assalamualaikum wbt

Saya masih di temerloh. Tunggu rakan2 nak gi makan di lobi hotel. Ngantuknya..

Ok. Taktau nak buat post apa. Belek2 galeri jumpa gambar MRA di menara alor setar. Sebab peristiwa tu dah lepas maka tajuk post adalah sorotan. Boleh?

11 mac lalu ummi ada urusan penting di alor setar. Alang2 ada kesempatan ummi bawa muhammad naik menara alor setar. Err sebenarnya ambil kesempatan hingga terpaksa EL esoknya kerna terlalu letih utk pulang ke KL.

Naik lif muhammad agak kegayatan. Hehe. Sesampainya diatas bukan main lagi. Ke sana sini. Ligat betui. Ummi punya la nak lihat pemandangan indah bandaraya alor setar dia duk sebok duk pi 'tolong' orang2 buat kerja. Kebetulan ada kerja2 renovation tandas kat atas tu. Sibuk nak tolak wheelbarrow dan sebagainya. Adoinyepon...

Hanya yg terbaik

Assalamualaikum wbt

Hari ke dua audit kuari..
Pagi dan petang. Terbaik...
Esok lagi 2 kuari. Terbaik...
Bermula dari isnin di jerantut - bera - lanchang. Terbaik...
Jumaat balik kl - kedah. Terbaik...
Minggu depan last di KL sebelum balik lapor diri kat kedah.
TERBAIKK... hehe

Kisah semalam

Assalamualaikum wbt

Semalam...
Saya menginap di sebuah hotel di bandar ikan patin.
Dalam tidur..tiba2... Bermimpi... Yg sebelum2 tu tak ingat apa terjadi. Yang saya ingat hanyalah ketika itu saya berusaha bersungguh2 membaca al fatihah.

Tak boleh...baca lagi..lagi.. Tak boleh.
Sakit mulut saya akibat memaksa diri membaca al fatihah. Saya gagahkan diri lagi. Cuba dan cuba baca.

Akhirnya terjaga dan dah boleh baca alfatihah. Seluruh badan terasa kebas...

Apakah?

Syaitan?
Atau fenomena biasa kepada jasad dan roh?

Entah..
Tapi lepas tu terus baca ayat kursi 3x diikuti surah2 3 qul...

Tidur....

Ps: dalam hati, kesiannya roh ku diperlakukan sebegitu rupa ketika jasadku sedang tidur...

Tuesday, March 19, 2013

Rindu anak soleh

Assalamualaikum.wbt

MRA skang dah pndai sebut "sakit"...
Baru2 ni duk tunjuk2 kaki...bila umi tanya awat Muhammad??

"kit aah..." haha...geram ja. Dah macam budak besaq dia tu. Maunya tak sakit. Jarang sangat tengok dia duduk... Berlaaariiii ja kerjanya ke sana sini..

Malam sebelum ummi outstation dia xmau tidoq. Ummi layan je la sampai dia betul2 letih dan terlena atas badan ummi. Huhu.. Sian..

Thursday, March 14, 2013

Pendidikan seni

Assalamualaikum wbt

Dibawah adalah lukisan terkemuka aku time sekolah rendah. Waktu pendidikan seni ja takdak idea lain dah masuk dalam otak ni. Burung..bukit..matahari..awan..sawah padi atau sungai.

SS

Assalamualaikum wbt.

Dulu..
MRA cukup tak suka apa apa pun berada atas kepala. Letak la kopiah, topi semua di kuis2 sampai jatuh. Sekarang pon sama sebenarnya..

 TAPI, sekarang kalau diletakkan kopiah diiringi kata-kata seperti;

Waah hensemnya anak ummi..
cewahh, comelnya..
Alallala...kiutnya anak umiii..
(Dengan nada penuh kagum) 

Beliau akan terus tak jadi cabut kopiah tu sebaliknya terus buat muka bangga, jalan keliling rumah sambil senyum2.. Syok betui dia.. 

Yang syoknya bila dipuji...Muhammad pandaaii.. dia sendiri yg akan tepuk tangan.. SS betui..


p/s: Masa sekolah dulu selalu guna istilah SS (syok sendiri) ni.. Ada lagi satu.. MPKJ atau ayat penuhnya Makan Puji Kedarah Jek.. Kasaq betui bunyinya kan.. Ya.. org kedah memang cakap kasaq tapi hati baik.. (cet..)

Wednesday, March 13, 2013

Pengumumang!!

Assalamualaikum wbt.

Seperti dijanjikan.. Alhamdulillah permohonan aku untuk bertukar ke kedah diluluskan. Banyak yang akan berubah lepas ni.

1. Lebih bz. mungkin..
2. Kurang outstation. Mungkin..
3. Lebih masa bersama anak. Pasti..
4. Hujung minggu dah jadi jumaat dan sabtu. Bukan lagi sabtu ahad.
5. Tiada lagi jamm yg kronik tika ke tempat kerja.
6. Macam2 lagi..malas nak cerita. Boleh?

Tapi yg pasti aku akan merindui bsfj. Tempat jatuh bangun..tempat menimba ilmu dan pengalaman ..tempat jumpa kawan2 yg hebat.. Bos2 yg hebat.. Dll.

Tuesday, March 12, 2013

MRA 1 tahun 4 bulan 4 hari

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..tenang saja hari ini memikirkan perkara2 yang hampir selesai. Kereta juga amatla selesa tika dipandu selepas Rm280 dikeluarkan. Tenang juga memikirkan 1 april. Haha.. Tak salah kan mgharapkan benda yang hampir pasti. Pengumuman akan dibuat bila dah pasti nanti.. Hihi

Macam biasa bila entry ditulis..takdak benda yang lebih seronok nak cerita melainkan tentang buah hati tercinta.

MRA kini..1 tahun 4 bulan 4 hari.

MRA: ma..ma..ma.. (sambil tepuk2 peha umi)

Umi: ya..awat muhammad?

MRA: blo ble blo ble..pot pet pot pet.. Bla3.. (entah bahasa apa langsung ummi tak faham)

Umi: owh ya ka.. (buat2 faham..ibu mithali le katakan..)

Ummi tunjukkan video2 (yg dah diceritakan dalam entry2 sebelum ni).. Video tu sekitar 3-4 minit. MRA akan tonton dgn penuh minat. Bila video tu dah abis.. Tiba2 dia sebut.. "abeh ahh..".. Huhu tkejut ummi.. Dah pandai ye..

Ok sekian dulu.bye..

Wednesday, March 6, 2013

Video kesukaan

Assalamualaikum wbt

Selain buku dan kad.. Ummi juga menggunakan video sebagai alat bantuan mengajar. Cewah dah macam cikgu kanns.

Bukan apa.. Ummi dengaq, kanak2 lebih mudah belajar kalau dibuat dalam bentuk lagu.. Ala mcm kita duk nyanyi..nama2 rasul... Sifat 20.. Kalo xdak lagu sampai la ni pon aku tak ingat kot.. Huhu

Sebagai ummi yg x pandai sangat nak nyanyi dan sora pon terlalu sedap tpaksa la ummi download video2 utk dperdengarkkn kpd muhammad. Ok..sekarang ni lagu yg slalu dperdengarkan ialah lagu alif ba ta. Alhamdulillah muhammad nampaknya suka sangat dgn lagu tu.

(koman spanar sungguh ummi hang ni lagu alipbata pon x pandai nyanyi ka smpai download video bagai.. Haha)

Ok bye.

Pesat

Assalaamualaikum Wbt

Syukur ke hadrat ilahi atas nikmat kurniaanNya.

Saat ini..rasa... Arhhh perkembangan MRA berkembang pesat. (ayat failed). Ummi dh x sempat catch up nak catat segalanya dalam blog nih.

Secara ringkas..

Selain flash card alif baa taa MRA dah pandai 'baca' alfurqan tahap 1. Bacalah sangat kan. Bila ummi cakap baca ni muhammad.. Dan dan bunyi... "kaa kaa... Kaa..kaa.." sebutannya agak dalam.
Bila di sebut mana buku muhammad aa? Cepat2 dia pi amik kat almari. Mmg tpt ltk buku dan kad2 dia la.

Bila dia dah sepah2kan buku dan kad.. Umi cakap..muhammad, simpan buku..simpan..simpan. (mesti nak sebut banyak kali supaya jelas dan nyata pd pendengaran beliau. Hehe) Mula2 dia kelip2 tengok ummi. Perkataan baru mungkin.. Pastu ummi cakap camni.. "Amik buku.. SIMPAN kat sini.. " sengaja ditekankan perkataan simpan. Mengajar melalui tauladannn. Ajaq sekali ja.. Sekarang dah pandai. Bila disuruh simpan dia akan kutip buku dan simpan kt tempat tu. Sebagai tanda sokongan ummi kata "muhammad pandaiii..."

Dan muhammad pon tepuk tangan sendiri sambil sengih2 bangga. (heran gak.. ummi x tepuk tangan pon masa sebut pandaiii tu.. Dia syok sendiri. Haha)

Kadang ummi suka usik kalau muhammad jatuhkan apa2. Ummi cakap.. "haa..haa... Muhammad.. Tak tauu..Muhammad bagi jatuh.." Yang nak gelaknya dia yg angkat2 jari telunjuk kat kita. Macam kita la pulak yg salahnya.. Adoi..

Muhamamd juga dh pandai menilai..sapa pakai baju nak pi jalan,sapa duk rumah. Yg pakai selekeh mcm baju tidoq sori la nak bdamping kan. Baru2 ni kat kampung.. Ummi dukung.. Maktok nak amik dia takmau. Bila maktok pakai tudung terus menerpa ke maktok dan cakap "bye...." sambil angkat tgn keciknya tu babai kat ummi. Terkelu seketika ummi ni..amboii..

Antara perkataan betul yg kuar dari mulut muhammad.

Babai..
Hai..
Nak naik..
Tengok org naik tangga dia sebut "nak naik".. Ummi amik meja jepun pon dia sebut "nak naik". Meja jepun tu dh jadi meja utk dia panjat2. Ummi pegang besen mandi pon dia sebut "nak naik"...mmm..


Psst: hangpa tau dak aku amik masa dekat sejam nak selotape tepi2 buku ni setiap muka surat dan tengah. confirm la dia tak dapat koyak.Buku tahap 1 je la ummi buat gini deh.