Wednesday, February 27, 2013

Ajar MRA membaca

Assalaamualaikum wbt

Ini entry kedua saya di cherengin resort bla3 di janda baik ni.. Kekenyangan baru lepas dinner n mesyuarat warga bsfj. Sangatlah santainya mesyuarat kali ni.

Seawal MRA 1 tahun saya cuba dedahkan MRA dengan huruf2 hijaiyah. Niat di hati nak galakkan Muhammad dapat membaca alquran seawal yg boleh.

Dimulakan dengan beri die main flashcard alif baa taa. Untuk selamatkan flashcard tu ummi balut tepi2 kad dengan selotape. Macam biasa.. 1. Jimat xyah beli banyak2 kali sb dah tentu2 la benda tu akan koyak kalo x dibalut. 2. Takda la dia kunyah2 kad tu buat chewing gum.

Sessi mengajar:

Hasil pembacaan ummi, teorinya kna ajar baby start dari sebutan yg selalunya yg pertama kuar dari mulut bayi iaitu ma dan ba seterusnya da..

Ummi: muhammad ni 'ma' (sambil tunjuk mim garis fathah)

MRA: A'aaa..

Ummi: ma...

MRA: A'aa..

Ummi: ok2... Kalau 'a' yang ni... Tunjuk hurul alif berbaris fathah.

MRA: Buat donno....sambil ketuk2 kad. Bawak kad tu lari sana sini..

Ummi: erm... Its ok..anak ummi lum bersedia. Slow2 ek..

P/s: jeles tul aku nengok adik darwish and darwisha yg boleh baca quran dan hafal pada usia 3 tahun lebih. X caya cer gugel. Ibu mereka inila yg memberi inspirasi ini. Terima kasih.

Telatah MRA

Puji2an bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas Rasulullah saw dan nabi2 sebelumnya.

Assalaamualaikum.wbt pembaca2 blog yg budiman.

Saya sekarang berada di cherengin resort bla2. (tak igt nama penuh)

Baru petang semalam balik dari sekin fisherman resort bla3 di sekinchan, harini di janda baik pula sampai esok.

Ok berbalik pada tajuk asal. Biasala bila berjauhan dengan anak mula la terbayang2 keletah si kecik yg manja tu. Tersenyum sorang2 bila teringat MRA yg kelakar tu duk buat lawak.. Kdg2 buat jalan terkangkang2 sambil sengih2. Pastu jalan senget2 pulak duk bagi org gelak. Belajaq mana taktau..

Sekarang dah x mau tidoq sangat dah, padahal mata dah nak pejam. Menguap takyah cakap la. Tapi still aktif ke sana sini. Orang tua2 cakap la kan kalo nak bagi anak tidoq si ibu kena pura2 tidoq. Ummi pon amik la bantal bagai...buat2 la tidoq..

Pejam..pejam...

MRA yg aktif duk ke hulu ke hilir.. Sekejap2 dia mai kat ummi.. cium2 pipi ummi..

Ummi..sabar2..jangan respon.

MRA..nganga2 nak gigit idung ummi.

Ummi pusing kot lain sambil tahan gelak. Sambil2 duk memantau MRA dengan ekor mata.

MRA lari sana lari sini..pastu datang kat ummi naik atas badan ummi pulak buat kuda.

Ummi..haish.budak ni.. Sabar2..

Tiba2.....

Ngapppp....

Adoiiiii.... Awat Muhammad gigit bahu ummi???!!

Sakit gila kot..dia gigit sekuat hati..geram sangat gamaknya ummi dia xda respon. Hahaha..

Nota: gambar dibawah di ambil semasa kereta sedang parking. Jangan tiru aksi ini dirumah. Huhu

Wednesday, February 20, 2013

Internet lembab

Semenjak 2 menjak ni internet lembab sungguh.. Buka fb nak baca status kawan2 pon 2 jam setengah baru kuar. Maleh aku nak nunggu. Pepagi buta tu kot la nak laju skit. Daripada bangun pagi buta semata2 nak baca status fb rakan2 baik aku baca quran kan..tahajud ka.. Huhu..

Kesimpulannnya nak highlitekan kat sini..sori kalo lama x komen2 kat fb hangpa semua.. X wish besday.. Sempat like tu dah kira btuah.

Hipotesis aku utk masalah ini adalah mungkin dekat2 pru 13 ni orang ramai duk cari maklumat kot internet kot. Sebab tu jadi slow. Zaman la ni tak main dah tengok2 telebesen tu.. Last aku tengok telebesen secara bersungguh2 masa crita setia hujung nyawa.. Tu pun tertengok secara tak sengaja..pastu tak sengaja tertengok sampai episod last.

Psst....: itu hipotesis ja..aku tak rajin la nak buat kajian dan eksperimen utk mendapatkan jawapan sebenar. Jadi jangan pecaya sangat deh..

MRA solat

Assalamua'laikum wbt

Ini entry pendek lg.

Masih tentang MRA..blog ni mmg di update untuk diaaa je lah.. Kot2 nanti ummi hilang ingatan ka.. Boleh baca balik. Huhu... Ingatan ni hanya pinjaman semata, bila2 ja Allah swt boleh tarik balik. *Tiba2 terasa bimbang dengan statement sendiri..*

Penah post entry sebelum ni..tajuk apa tak ingat yg ada gambaq MRA duk langut kat tv time azan. Dari dulu dia mmg alert sangat dengan azan. Pengasuh dia pun selalu alertkan dia bila dengaq azan. Alhamdulillah dapat pengasuh yg baik.

Sekarang..tiap kali dengaq azan...akan terus buat muka terkejut sambil bunyi.. Hoh?..hoh..? Ummi pun tolong tokok tambah.. Allaahuakbar..sambil angkat takbir. Cepat2 dia pun sebut.."wawaaa....wawaaa" sambil angkat takbir jugak, pastu terus sembam2 muka kat lantai..sujud la tu.. Huhu.. Bila ummi nak solat, ummi baru bentang sejadah dia mai sujud siap dah.

Moga jadi anak yg soleh...

Ok entry in terpaksa dihentikan secara paksa sbb ummi ngantuk. Bye!

Monday, February 18, 2013

Eeii gewamnyerr...

Assalam. Ini entry pendek.

MRA, 1 tahun 3 bulan, sedang belajar ekspresi muka.

Kalo masam..kenyit2 mata sampai ketaq kepala.

Kalo ditanya geram macam mana?

Ummi expect dia akan ketap bibir atau kancing gigi dengan genggam2 jari jemari.
Rupa2nya.....dia cubit pipi dua2 belah sambil pejam2 mata dan sebut.. eeiii... Rujuk gambar. Alahaaii so sweet.. Dia belajar dari org duk cubit pipi dia sambil sebut geramnyaa..geramnya... Huhu..

P/s: igt senang nak snap gambar aksi MRA? Ummi terpaksa on video..mintak dia buat, pastu video tu nanti ummi pause n capture screen. Huh gigih!

Kualiti gambar mungkin tidak memuaskan.

Friday, February 15, 2013

Tips untuk mak2 & pak2 orang

Assalamua'laikum wbt
Puji2an bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas Rasulullah saw.
Harini entry ttg tips utk ibu2 bapa2 orang.. Layan..
Tips ajar anak membaca...
Rujuk gambar..
Bertepatan pula dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Bacalah!
MRA mula pegang buku sejak 7 bulan.. Pada umur 12 bulan beliau bukan sahaja menggigit malah berjaya mengoyak buku.
Sebagai ibu yg prihatin lagi berjimat cermat umi tampal balik ngan selotape.. Hihi..
Jika dipikirkan dari sudut negatif... Gila kedekut dia nih ngan anak pun berkira. Beli lain la.
Dari sudut positifnya. Buat apa nak membazir. Koyak 1 page ja. Boleh guna lagi kan. Buh selotape...dia leh baca lagi.. Dan koyak lagi.. Ya sememangnya buku tu dah koyak buat kali ke2 baru2 ni.. See..see.. Kan betul umi cakap..
Keterangan gambar: (gmbar tak tersusun. Padankam sendiri..kah3)
1. Bacalah
2. Khusyuk membaca
3. Dah koyak
4. Umi tampal balik..kan dah boleh baca lagi..
5 dan 6. Ummi tak kedekut. Hehe..

Thursday, February 14, 2013

Malas

Banyak benda nak cerita, nak catat dalam blog sebagai kenangan. Tapi........rujuk tajuk diatas.
Stk.

Cara minum air

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad saw.

Assalamualaikum wbt kpd pembaca setia blog. (perasan ada pembaca setia)

Pepagi tadi otw pi sarapan dan lagi bukak fb. Terbaca info menarik. Sila baca pada gambar.

Peringatan..sila share dengan pasangan anda. Takut2 pelik pulak dia nengok nanti.. Apahal ngan bini aku ni.. Bangun tidoq terus merangkak sambil minum air.. Mimpi harimau jadian ka apa.. Huhu..

Wednesday, February 6, 2013

Tukar nombor

Assalamm..

Entry ini adalah rentetan entry sebelum2 ini bertajuk Tragedi Berulang.

Hasilnya..aku dah tukar nombor. Banyak buruk dari baiknya tukar nombor ni. Kononnya.. Kawan2, sedara mara, rakan sejawat tak sejawat semua dah xda nombor kita. Lebih malang lagi nombor lama dah digunakan utk register macam2. TAC maybank2u contohnya semua mesti kasi tukar.

Tapi...apalah sangat kesusahan sementara ini. Zaman la ni canggih dah..TAC tu tukaq la no fon kat atm. Cuma bank islam kena pi bank no... Xleh tukaq kat atm. Segala borang yg dah diisi pi la update balik, apa susah.. Kawan2 xdak nombor, boleh ja PM kat facebook tu.. Semua org ada fb la skang ni.. Sedara mara yg tinggal jauh sms la depa tanya kabaq.. Sambil2 bagi nombor baru ha.. Apa yg susah sgt kan.. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..

TAPI......

Duk sibuk sangat update no kat kawan2, sedara mara, jiran tetangga sampai lupa nak update kat bos cemana?


P/s: Ermm..cangggih le sangattt....tadak line kalu, rasa cam nak lempaq ke dinding.. Hehe.. 

Tuesday, February 5, 2013

Ustaz Don di sambutan maulidurrasul KKR 2013

Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum semua pembaca blog yg setia membaca blog ini.. (perasan!)

Ini ialah siaran tertunda. Sesungguhnya aku hamba yg lemah. Yang baik ditangguh2 yang biasa2 baiknya di update laju2.. Ish3..

30 januari lalu di dewan tan sri mahfuz telah diadakan sambutan maulidurrasul bersama Ustaz Don dan adik2 tahfiz Al Yamani kg baru.

Ustaz Don menceritakan ttg keagungan Rasulullah saw dan betapa pentingnya kita2 umat baginda saw ini sentiasa mengasihi kekasih Allah ini. Sesungguhnya Rasulullah saw amat merindui umatnya yg beriman sebelum kita lahir ke dunia lagi. Semasa dihujung nyawa baginda saw masih menyebut2 umatnya dan baginda saw akhirnya tersenyum apabila diberitakan oleh Jibril umat2 baginda adalah umat yg pertama akan memasuki syurga.

Ustaz Don juga menceritakan bagaimana Rasulullah saw mendapat wahyu. Bagaimana baginda didatangi malaikat Jibril dlm rupa sebenar dan byk lagi.. Ya Allah pada masa tu baru kusedar banyaknya kisah2 Rasulullah saw yg aku lupa dan tak tahu! Kalau kisah hidup Rasulullah saw pun tak tahu cemana kita nak mencintai baginda saw? Kalau kita tak cintakan Rasulullah saw cemana kita nak cintakan Allah swt. Layakkah kita nak mendapat syafaat baginda saw di hari akhirat nanti? Tak malukah kita nak mengaku umat baginda saw kalo kita tak cukup kenal baginda saw.

Pada penutup ceramah ustaz Don meninggalkan kami para hadirin dengan 2 soalan..

Pertama.. Apakah benda dalam rumah kita yg bila kita tengok, kita akan teringat kat Rasulullah saw. Jangan kata Al quran..sbb kita ni tengok al quran kita hanya akan igt bila laaa aku nak baca quran ni.. Betui jugak.. Jadi sehingga hari ini aku masih terkulat2 pikir apa benda dalam rumah aku yg akan mengingatkan kepada Rasululah saw.

Kedua..... Mmm.. Aku dah lupa soalan kedua.. Hahaha.. Inilah jadinya bila masuk majlis ilmu bagaikan itik pulang petang.. Lenggang kangkung sambil bergelak ketawa.. Dushh! Bajet2 leh ingat kot semua yg ustaz Don cakap dengan hanya merenung muka ustaz Don. Huhuhu..

P/s: kepada diri sendiri dan sahabat2.. Marilah byk2kan selawat ke atas Rasulullah saw. Nak harapkan solat sunat..puasa sunat.. Sangat la jarang2 sekali. Bak kata ust Don, kalo org pompuan tu harap ada posa ganti ja depa posa selain bln ramadhan, kalo tak..tobat lahom la...haha. Ok loghat utara dia sangat kuat, orang penang katekann..

Oh.. Lupa nak cerita pasal adik2 tahfiz yg comel. Len kali sambung la. Cam dah panjang ja entry ni.. Prinsip hidup aku ialah takkan tulis entry panjang2.

Sekian terima kasih.

Perkembangan..

MRA dah 1 tahun 3 bulan . Dah makin cerdik pandai anak ummi ni.

# dah pandai sebut ikan. Lalu kat akuarium ja "IKAN.." Ikan yg dah di goreng pon kenal.. "ikan.."

# dah kenal kepala, mata dan tonten (panggilan manja bagi bebird nya..huhu)
bila tanya mata mana mata?
Cepat2 dia kelip2 mata.
Kepala?
Dua2 tangan naik atas kepala.
Tonten?
Tunjuk bebird sambil sengih2.. Huhu..

# Lepas menyusu akan angkat botol tunggu ummi amik. Kadang2 amik penutup botol.dan cuba tutup. Tapii kalo tengah mengantuk sangat, lepas menyusu dia hawin (lempaq) botol tu kot atas kepala... Ya Allah anak ummi ni..

# Dah pandai pass2 barang. Nah..nah..nah.. selagi orang tak ambik, duk nah..nah..nah.. tu la sampai ke sudah. Dah amik barang tu ummi akan kata, terima kasihhh. Mungkin dia main ikuut2 ja sekarang dia yang bagi barang dia yang cakap "ceh" (terima kasih le tu). Disebabkan comel sangat dia sebut "ceh" tu, ummi sengaja duk mintak2 apa2 barang kat tangan dia. Tiap kali dia bagi mesti sambil sebut "ceh".. hahaha. Kadang takdak apa kat tangan pun, dia buat2 letak barang sejemput kat tangan kita. hihi. Sungguh comel tangan kecik dan sebutan "ceh" tanpa perasaan itu..

# Baru-baru ni MRA demam, tapi aktifnya saama ja, tak nampak macam orang demam pon. Bila malam ja meragam, sampai ummi amik cuti esoknya, mungkin lama duk kampung yang sejuk, mai KL terus demam pulak dah. Sejak demam, MRA laaaagi banyak mulutnya, ntah apa2 ja dia duk membebel. pot pet pot pet pot pet..

# Kadang2 dia panggil ummi Mi Mi.. Mi Mi.. huhu.. kadang2 Ma Ma..Ma Ma..

# Kalo jumpa tudung ummi kat mana2, dia akan mai sua kat ummi sambil berkata, nah..nah..nah..nah.. (sampai umi ambil).. Nak ajak ummi keluar la tu, sebab petang2 ummi akan kalut2 pakai tudung dan bawak dia keluar jalan2.

# Ummi penah duk luar rumah, tinggal dia kat dalam, menjerit2 dia nak keluar, duk sat dia mai bawak seliparnya (masa tu umur baru masuk setahun). Kaget ummi seketika, pertama sebab dia tau nak keluar kena pakai kasut, kedua, dia kenai kasut dia sendiri siap bawak kedua2 belah kasut, ketiga eh dah besaq rupanya anak ummi ni...hihi
mana mata?
rujuk perenggan no. 3.. huhu

# MRA juga dah pandai menilai yang mana salah yang mana betul. Kalo ummi kata aaappp.. ada la yg tak kena tu, sebagai ummi yg protective dan tinggi daya imaginasi, aku cukup risau kalau MRA pegang pen, terbayang2 MRA berlari dan jatuh dan...pen tu mungkin membahayakan.. Lalu.. ummi berkata aapppp..Muhammaddd... Dengan rasa bersalah mungkin, MRA akan cepat2 huluq pen kat ummi dari jauuhh lagi, nah..nah..nah..nah.. alahai.. ummi usap2 kepala MRA, jangan main pen ni sayang, bahaya...(drama..drama!).. 20 minit kemudian, dia akan main lagi kalo jumpa benda yang sama atau seakan2 sama, ntah mana dia jumpa!

sendiri sangkut beg kat leher, sendiri jerit.. huhuhu.. alolo ciann..

P/s: anak kecil ini perlu sentiasa dipantau perlakuannya.