Wednesday, January 16, 2013
Kisah2 kehidupan
Terasa amat kecewa kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..
Lalu..
Beliau menadah tangan mengadu pada yang Esa..
Ya Allah, sesungguhnya aku mengetahui Engkaulah yang maha memberi rezeki, aku yakin tiap yang hidup ada rezeki masing2, aku juga yakin Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Mu.
Tapi..
Kadangkala aku berasa gusar dengan keaadaan hidupku kini.. bagaimana dengan hari2 mendatang.. Risau nak melalui hari esok yang belum pasti. (dengan linangan air mata).. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah. APA YANG PERLU AKU BUAT YA ALLAH..
Kemudian..
Beliau teringat satu ceramah kat radio... kalau nak hati tenang, bacalah AlQuran beserta maknanya. Lantas beliau menyelak helaian AlQuran yang lengkap dengan tafsir, tempat yang sudah ditanda, ayat last yang sudah dibaca sebelumnya, ayat 150 surah Al Baqarah.
Jadi untuk malam itu, dimulakan dengan ayat 151... sampai ayat 155, beliau terhenti, membaca tafsirnya dengan tekun...
Ya Allah...aku dah mendapat jawapan!
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap rintihan hamba2Mu.
SABAR adalah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan dalam rintihan doanya tadi.
Pengajaran: Mengadulah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar
Sumber dari bernama.. :))
Wednesday, July 18, 2012
Bersama Ustaz Semanis Kurma
Harini ada majlis sambutan ramadhan di ofis. Majlis dihiasi majlis bacaan yasin, tahlil, ceramah dan pesta durian. Sambutan setengah hari tapi padat dengan aktiviti.. heheh..
Banyak input dari Ust Wan Akashah (UWA) hari ni..
UWA: Dalam perut kita ada usus. Eja usus U.S.U.S.. ikut saya.. U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (dengan penuh semangat)
UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (lagi semangat)
UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi)
UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi dan lagi)
UWA: Lembu minum apa?
Hadirin: SUSU..!!! (dengan semangat kesukanan)
UWA: oo..lembu kat jkr minum susu..
Hadirin: Opsss..hahahaha
Kesimpulannya, UWA telah membuktikan apa yang berlaku kepada kita sangat dipengaruhi keadaan sekeliling. Jadi kita kena sentiasa fokus dalam membuat apa saja keputusan. Kalo tak fokus memang jadi la seperti di atas. Pelik gak masa tu, main jawab ja, tak sedar pulak terjawab susu. adoyainyepunnn...
* Banyak lagi input menarik dalam ceramah dia tadi, nanti la tulis. pening2 plak makan durian banyak sangat.. huhu
Saturday, June 2, 2012
Yang Baik2 Aja...
p/s: sijil penghargaan diatas turut didedikasikan kepada anakanda tercomel kerana turut memberi kerjasama dan berkembang dengan cemerlang dlm rahim umi sepanjang Mac-November 2011.. haha..
Wednesday, September 28, 2011
Raya Raya Raya !!
27 Sept 2011 (Selasa) berlangsungnya Mesyuarat Warga + Sambutan Aidilfitri (macam biasa strategi jimat bsfj) dalam meraikan staf2nya. Apapun memang menarik perisiannya (cover) sehingga mendapat pujian melangit dari penceramah2 jemputan. Oh ya.. selain mesyuarat + sambutan aidilfitri sememangnya majlis turut dimuatkan dengan slot2 keilmuan. Untuk edisi kali ini diadakan ceramah agama dan ceramah mengenai jenayah oleh Kamal Afendi. (agak teruja disitu dengan kehadiran beliau).. sakit2 perut dan sekitar mulut akibat ketawa berlebihan. Astaghfirullahala'zim..
.
.
.
Sebenarnya just nak tunjuk gambar ni.. Tak tahula kenapa saya sangat suka gamba2 ini. Mungkin sbb baru dapat 2 gambar ni je baru (itupun kat FB). Maira oii mana lagi gambar2 kite???
Tuesday, July 26, 2011
Hari Ke-2 Di Tapak Pembinaan


Wednesday, July 6, 2011
Petua Jodoh - Dr Fadzilah Kamsah
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


