Wednesday, July 18, 2012

Bersama Ustaz Semanis Kurma

Assalamualaikum wbt
Harini ada majlis sambutan ramadhan di ofis. Majlis dihiasi majlis bacaan yasin, tahlil, ceramah dan pesta durian. Sambutan setengah hari tapi padat dengan aktiviti.. heheh..

Banyak input dari Ust Wan Akashah (UWA) hari ni..

UWA: Dalam perut kita ada usus. Eja usus U.S.U.S.. ikut saya.. U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (dengan penuh semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (lagi semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi dan lagi)

UWA: Lembu minum apa?
Hadirin: SUSU..!!! (dengan semangat kesukanan)

UWA: oo..lembu kat jkr minum susu..
Hadirin: Opsss..hahahaha

Kesimpulannya, UWA telah membuktikan apa yang berlaku kepada kita sangat dipengaruhi keadaan sekeliling. Jadi kita kena sentiasa fokus dalam membuat apa saja keputusan. Kalo tak fokus memang jadi la seperti di atas. Pelik gak masa tu, main jawab ja, tak sedar pulak terjawab susu. adoyainyepunnn...

* Banyak lagi input menarik dalam ceramah dia tadi, nanti la tulis. pening2 plak makan durian banyak sangat.. huhu

2 comments:

  1. Lembu tu minum susu sapa la pulak? Hahaha... Aku pun tekena smlm syak...hehe

    ReplyDelete
  2. kui..kui..kui.. sama2 terkena.. boleh la kenakan orang lain pasni..

    ReplyDelete