Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Kisah2 kehidupan

Puan Wan Saadiah.. (nama sebenar)

Terasa amat kecewa kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..

Lalu..

Beliau menadah tangan mengadu pada yang Esa..

Ya Allah, sesungguhnya aku mengetahui Engkaulah yang maha memberi rezeki, aku yakin tiap yang hidup ada rezeki masing2, aku juga yakin Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Mu.

Tapi..

Kadangkala aku berasa gusar dengan keaadaan hidupku kini.. bagaimana dengan hari2 mendatang.. Risau nak melalui hari esok yang belum pasti. (dengan linangan air mata).. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah. APA YANG PERLU AKU BUAT YA ALLAH..

Kemudian..

Beliau teringat satu ceramah kat radio... kalau nak hati tenang, bacalah AlQuran beserta maknanya. Lantas beliau menyelak helaian AlQuran yang lengkap dengan tafsir, tempat yang sudah ditanda, ayat last yang sudah dibaca sebelumnya, ayat 150 surah Al Baqarah.

Jadi untuk malam itu, dimulakan dengan ayat 151... sampai ayat 155, beliau terhenti, membaca tafsirnya dengan tekun...


Ya Allah...aku dah mendapat jawapan!
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap rintihan hamba2Mu.
SABAR adalah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan dalam rintihan doanya tadi.

Pengajaran: Mengadulah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar

Sumber dari bernama.. :))

Monday, July 9, 2012

Amaran: Jangan Jadikan HP Sebagai Penanda Buku

Assalam..

Di pagi isnin nan indah, sesampai saja di ofis mataku meliar di segenap sudut meja, mencari2..
Cis rupa2nya ada kat dalam buku. Memang dah jadi tebiat dah kalau nak tanda buku tu ntah apa2 ja aku capai atas meja ni, stapler, gunting, pen, HP, calculator.. apa je lah yang boleh tandakan buku.. huhu.. hasilnya, jumaat aritu saya pulang kerumah tanpa HP. Terbejat otakku selama 2 hari kerana tak dapat berhubungan dengan dunia luar..

Bila xda HP:

1. Tak dapat nak amik2 gambar anak sedang beraksi.
2. Tak dapat tengok gambar anak dalam HP, walaupun anak depan mata. (*_+)
3. Otomatik takda jam. Dah lama tak guna jam tangan.
4. Jam loceng pun takda.
5. Tak leh nak mesej/call sapa2. tak koser nak guna public phone (ada lagi ke public phone?)
6. Tak leh hantar2 gambar anak kat sedara mara.
7. Hilanglah satu permainan anak untuk di lempor2.. (T_T) (seb baik HP jenama norkiah cap ayam je)
8. Dan macam2 lagi kegunaan HP.

Rupa2nya HP sangat penting, jadi hargailah HP anda!

sekian..

Thursday, May 3, 2012

Peringatan mesra ;)

Assalamua'laikum wbt

Susulan daripada entry sebelum ini, ada pulak orang tak puas hati.. Orang nak buat entry blog untuk share dengan rakan2 pun dikatakan menyindir. Terasa sendiri tu kenapa? Sikit pun tak sebut nama dia kot. Just nak share pasal susu ibu kerana memang ilmu penyusuan ni sangat baru di Malaysia, aku pun baru tau sejak ada anak ja.

Kalau tak mau baca, jangan bukak blog ni, in fact aku dah block orang itu di FB, tiada alasan 'tertengok' tajuk entry yg kuar kat timeline FB. Kalau 'terbukak' blog ni, ada tanda 'X' kat atas sebelah kanan tu kan.. boleh klik situ.

Aku tak perlu pun pembaca blog yang tak percayakan fakta dan berfikiran jumud serta ego. Aku hanya nak share pengalaman dengan orang yang terbuka dan support each other.

Wassalam.

Tuesday, February 14, 2012

Mengasah Ketajaman Otak Kanan

Pheww~
Apo aku buat ni..
Time rehat tadi, berasa sangat bosan lalu...
Terima kasih daun keladi kepada Istana Cinta.
So..inilah hasilnya..kuikuikui..


Gune kaler kat sini http://pixlr.com/editor/

Wednesday, September 28, 2011

Raya Raya Raya !!

Assalamualaikum wbt.

27 Sept 2011 (Selasa) berlangsungnya Mesyuarat Warga + Sambutan Aidilfitri (macam biasa strategi jimat bsfj) dalam meraikan staf2nya. Apapun memang menarik perisiannya (cover) sehingga mendapat pujian melangit dari penceramah2 jemputan. Oh ya.. selain mesyuarat + sambutan aidilfitri sememangnya majlis turut dimuatkan dengan slot2 keilmuan. Untuk edisi kali ini diadakan ceramah agama dan ceramah mengenai jenayah oleh Kamal Afendi. (agak teruja disitu dengan kehadiran beliau).. sakit2 perut dan sekitar mulut akibat ketawa berlebihan. Astaghfirullahala'zim..

.
.
.
Sebenarnya just nak tunjuk gambar ni.. Tak tahula kenapa saya sangat suka gamba2 ini. Mungkin sbb baru dapat 2 gambar ni je baru (itupun kat FB). Maira oii mana lagi gambar2 kite???

Engineer2 CFS bergambar kenang-kenangan. GOOD LUCK ye semua!

Thursday, August 18, 2011

Bonus Oh Bonus Bila Mau Masyuk??

Assalamualaikum..

Tunggu punya tunggu punya tunggu... taaak masuk-masuk.
Kebelakangan ni asyik dengar ja nenongg..nenonggg...nenonggg.. (bunyi kereta polis gini ka?) menuju ke bank negara ni. Kelihatannya bertreler-treler dah menuju ke situ sambil di escort oleh polis. Hah bawak duit bonus la gamaknya.. hehe..

Tapi...
Kenapa tak masuk-masuk bonus kami ni. Saja ja kan nak uji tahap kesabaran kami-kami di HQ ni kan. Geng-geng JKR negeri kebanyakannya dah dapat bonus, leh shopping raya dah. Takkan kami dapat lepas raya kot. sob sob sob... Kang ada yang pegi rompak bank negara ni kang.. haha

Tapi dalam meeting tadi pengarah sendiri pun belum dapat bonus. Hihi.. Ada problem gamaknya geng kewangan ni. Apapun tetap bersyukur di beri juga bonus. MUNGKIN inilah bonus terakhir dari Kerajaan Malaysia buat kami-kami yang CFS ni. Hehe

Sabar ye kawan-kawan, terbarunya dengar2 esok pulak masuknya. Dah berapa kali esok ntah aku dengar. Tak po lah masuk bila pun. Yang penting MASUK. *pasrah*

p/s: semalam berjaya puasa penuh yeahuuu... tapi time buka tu hambik ko, banyak gila aku makan. eh aku & BABY makan (kedengaran sedikit tidak keterlaluan)

Tuesday, August 16, 2011

Restoran Mamak.. Apa Pendapat Anda??

Assalamualaikum.. salam ramadhan almubarak.

Hari ini genap hari ke-16 ummat islam berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu, terasa macam baru sangat mula puasa, rupa-rupanya dah separuh jalan pun. Dah masuk fasa ke-2 Ramadhan, marilah sama2 memohon keampunan dari Allah swt. Astaghfirullahal A'zim.. (intro persis seorang ustazah)

Berbalik kepada tajuk utama kita pada hari ini. Tangan ini rasa naak sangat tulis isu restoran mamak ni.. Bulan puasa ni la kita ada masa nak LIHAT, FIKIR dan NILAI sendiri. Kalau bulan tak puasa dengan nafsu makan membuak2 terus makan ja tanpa fikir panjang.

Baru2 ni, hujung minggu pertama puasa pergi ke Kajang atas satu urusan. Duduk seketika tepi jalan bertentangan restoren mamak, baik punya kalimah2 Allah & Muhammad, Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama kedai yang sehabis ISLAMIK. Tetiba pekerjanya membawa sebungkus minuman, nampak macam milo ais.. haishh.. Puasa ke idak? islam ke idak? Kedai juga beroperasi seperti biasa. Restoran mamak memang bukak secara terang-terangan eh time bulan puasa? Tak salah eh?

Kes 2, dialami oleh encik suami. Beliau ternampak seorang pekerja restoran mamak, terang-terangan menanggalkan kopiah, letak kat tepi, ATAS MEJA sambil baik punya duk makan & minum. Tu kalau kena tangkap ngan pegawai agama islam apa agak2 jawapan dia eh??

Adakah:
"tuan jgn konfius, saya bukan islam, saya bukan India Muslim, saya beragama dotdotdot.."

Memang.. memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan islam tidaklah jatuh haram (tetapi makruh) selagimana tidak melibatkan benda2 haram seperti babi dan sebagainya.. Juga barang2 dapur mestilah tidak bercampur aduk halal dan haram.

Tapi kenapa mesti menipu, menyamar, pakai kopiah macam seorang muslim. Kalau dalam bab2 yang luaran ini pun mereka boleh menipu, adakah kita boleh yakin lagi dengan bahan2 masakan yang dimasak tu bersih serta halalan toyyiban di ceruk dapur mereka???

p/s: husband juga penah terjenguk kt dapur restoran mamak time nak gi toilet, tengok tukang masak tengah baik punya duk masak kari.... Ntah mcm mana keadaannya yg mengakibatkan beliau dah tak lalu lagi nak makan kat kedai tu.. huhuhu..

Selain keHALALan, Islam juga amat menitikberatkan soal keBERSIHan..

Mari fikir-fikirkan ye..

Friday, August 14, 2009

Dah dapat PC baru!!

Salam..
Ada plak request dari sorang member nak tgk PC baru aku menggantikan PC lamaku yg gedabak, semacam TV serta skrinnya yg kelabu asap.. (byk lagi kekurangan yg x sampai plak hati ini nk describe). Walopon beliau buruk, 6 bulan le jugak beliau berjasa kepadaku..uhuk2..
Inilah rupe bentuk beliau..





Err tengok PC dah ler..(lupa lak nak kemas meja tu sblom amik gambau..) Ok jom tengok PC baru lak.. Ehem..sedap skit mata memandang..



Hehe..tambahan skit, ni plak kalendar yg slalu sgt aku tenung skang nih. Besa la time2 nak posa ni, duk kira2 dah berapa hari nak amik cuti raya, berapa kali nak nak balik kg bukak posa ngan family yg jauh di utara..uhuk2.. setelah dikira2 sempat balik skali ja kot sempena Hari Merdeka yg jatuh pada hari senin, dapat la balik lama skit..


Wassalam...





Thursday, August 13, 2009

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan rasminya blog ni dibuka pada hari ini Khamis, 13 Ogos 2009..
Baru ja beralih arah ke blogspot setelah bosan dgn wordpress.. huhu..sesuka hati aku ja..
Saja2 nak try blogspot lak, wordpress pon masih guna k..
wassalam...