Wednesday, January 16, 2013

Kisah2 kehidupan

Puan Wan Saadiah.. (nama sebenar)

Terasa amat kecewa kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..

Lalu..

Beliau menadah tangan mengadu pada yang Esa..

Ya Allah, sesungguhnya aku mengetahui Engkaulah yang maha memberi rezeki, aku yakin tiap yang hidup ada rezeki masing2, aku juga yakin Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Mu.

Tapi..

Kadangkala aku berasa gusar dengan keaadaan hidupku kini.. bagaimana dengan hari2 mendatang.. Risau nak melalui hari esok yang belum pasti. (dengan linangan air mata).. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah. APA YANG PERLU AKU BUAT YA ALLAH..

Kemudian..

Beliau teringat satu ceramah kat radio... kalau nak hati tenang, bacalah AlQuran beserta maknanya. Lantas beliau menyelak helaian AlQuran yang lengkap dengan tafsir, tempat yang sudah ditanda, ayat last yang sudah dibaca sebelumnya, ayat 150 surah Al Baqarah.

Jadi untuk malam itu, dimulakan dengan ayat 151... sampai ayat 155, beliau terhenti, membaca tafsirnya dengan tekun...


Ya Allah...aku dah mendapat jawapan!
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap rintihan hamba2Mu.
SABAR adalah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan dalam rintihan doanya tadi.

Pengajaran: Mengadulah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar

Sumber dari bernama.. :))

No comments:

Post a Comment