Sunday, September 1, 2013

labbaik allahumma labbaik...

Assalamualaikum wbt

Ya Allah..!!! Lama giler tak update blog niii...

Ingat ja nak update tapi masa sangat mencemburui skang ni. Banyak komitmen alkisahnya..

Banyak sangat benda dah lepas, so jadi lupa nak update tentang apa. Orang tua2 cakap la kan, barang yg lepas usah dikenang. Kih3.. Update yg baru2 ni je la..

Semalam! selesai sudah Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat sempena mama & ayah nak menunaikan haji setelah sekian lama tertangguh.. stelah sekian lama di duga dengan pelbagai onak dan duri.. hehe. Tanggungjawab, keluarga, anak2, kewangan, masyarakat. SERIOUSLY beberapa tahun kebelakangan ni macam2 yg menimpa mama ayah. Tapi life must go on omputeh kata kan..

Alhamdulillah dengan izinNya mama ayah dapat ke Mekah menunaikan haji. DAN, alhamdulillah sekali lagi, dalam masa yg sama ayah juga ditawarkan pakej haji percuma pulak. Alaaa yg PM Najib umum aritu.. Tapi di uji la pulak mama ayah tak boleh pi sekali. Ting tong ting tong dipendekkan cerita, ayah mohon untuk tempat beliau (dengan pakej tabung haji dgn mama) digantikan dengan abang sulung sebagai mahram mama. Dah ayah pi pakej lain, tempat ayah kosong la.. Kebetulan pula YB parlimen kami adalah pengerusi Tabung Haji. (Allah permudahkan, alhamdulillah)... DAN sekarang permohonan adalah dalam proses. Harap2 tiada masalah la. Tolong doakan ye kawan2..

Mintak tolong juga kawan2 doakan supaya perjalanan haji mama. ayah dan abang sulung saya dipermudahkan. Semoga mereka mendapat Haji Mabrur... InsyaAllah

TERIMA KASIH...!!