Tuesday, February 14, 2012

Mengasah Ketajaman Otak Kanan

Pheww~
Apo aku buat ni..
Time rehat tadi, berasa sangat bosan lalu...
Terima kasih daun keladi kepada Istana Cinta.
So..inilah hasilnya..kuikuikui..


Gune kaler kat sini http://pixlr.com/editor/

Wednesday, February 8, 2012

Pengalaman Bersalinku ~ woo anak ko dah 3 bulan baru nak tulis pengalaman bersalin ~

Arini mengikut lembaran kalendar atas meja ni genaplah umur Rayyanku sayang 3 bulan. Perkembangan terkini Rayyan dah bole senyum2, time nangis pun kalo kite usik akan berenti nangis jap senyum dlu pastu sambung nangis.. alahai comel.. Tengah nyusu pun senget2 mulut nak senyum jugak kalo diusik.. hehe.. cute.. Bila diajak berbual, akan tepat memandang mata kita dan macam faham je nak balas apa yg kita tanya kat dia.. aa.. arghh.. aumm..aum.. (macam ghimau la plak) haha xtau nak explain camna bunyi dia.. kadang2 borak sampai menjerit2.. Bile dia tido geram sangat nengoknye, dah macam org besar, kepala senget, tangan dah macam nak terbang, dengan mulut ternganga smpai umi tolong tutupkan takut kembung perut..haha (sila imagine sebab xdak gambo die tido..)

ok2.. berbalik kpd tajuk asal..
kisahnya bermula pada hari raya aidiladha. sebelum tu dah rasa sakit yg agak luarbiasa dibahagian pinggang masa dlm perjalan pulang ke kedah. Risau juga takut terbersalin dalam perjalanan.. hihi. Walaupun due date 19 November 2011, kami memang dah bersedia untuk menerima sebarang kejutan. Sekitar tengahari hari raya aidiladha 6 November 2011, aku dikejutkan dengan kehadiran cecair berwarna coklat.. huhu..
apo ni? Bila bagitau mama, tok tokwan tok nek sume cakap, haa tak lama dah tu. Sepupu yg kebetulan seorang doktor cakap, haa ada la 2-3 hari lagi tu.. fuhh lega sikit.. sempat lagi nak melantak lomang, ketupat rendang sume puas2 nih. cis yang tu je ko hingat??

Pada malamnya ..
sekitar 12.30am terjaga apabila terasa sakit2 manja ala2 senggugut. Buat tak tahu jer, sempat ni tunggu subuh baru nak kecoh.. Dalam pukul 1.30am bangun nak gi toilet, alamak dah ada sedikit pendarahan, macam period jer. Terus kejut suami, dia dah gelabah terus bgtau mak mertua.. Bincang punya bincang mm x sakit sangat pun, pegi hospital esok pagi pun sempat ni.. terus tido balik. Tapi dah x nyenyak sangat, sakit macam senggugut tu makin kerap, tapi masih boleh tahan sampai subuh, terus bangun mandi2 n bersiap ke hospital. Masa tu darah makin banyak.

Di hospital..
Ya Allah tak keruan dibuatnya, cepat2 call mama, salam suami, mak mertua n mohon maaf, minta restu bagai.. masuk2 check bukaan baru 1 cm jer.. ler..ingatkan baby dah nak kuar tadi. hahaha

Check punya check, org yg penah beranak je tau cemana rasa nyer.. aishh.. ngeri pulak ingat2 balik, ni yg den maleh nak tulis pengalaman bersalin ni.. Lepas check semua, aku disarankan masuk berehat di wad memandangkan dari rumah ke hospital agak2 jauh jugak. Dah macam orang sakit la pulak, padahal sakit sikit2 ja, macam senggugut, segan pulak bila org datang melawat.

Tanda-tanda bersalin..
Rupa2nya tanda bersalin ni kalau tak keluar air ketuban, keluar darah. Kalau keluar ketuban, prosesnya mmg cepat, kalau keluar darah, lambat & SAKIT. Ada juga yg datang melawat, siap cakap.. "oo..keluar darah eh? tunggu la malam nanti".. erk.. takutnya. Malam tu mama & suami teman sampai la maghrib. Selepas tu tinggal la aku sendirian di wad bertemankan kawan sebelah katil dan nurse2. Adoyai takut tau. Suami pula tak boleh tunggu dalam wad, so dia tido kat surau hospital la.. kesian..

Malam penuh debaran..
Malam tu bermula la saat yg ditakuti tus. Rasa sakit makin lama makin berganda. Bukan berterusan, tapi sekali sakit boleh buatkan badan meliuk lentuk beberapa saat, pastu hilang. Bila sakit hilang tu aku masih mampu tertidur. Lepastu akan rasa sakittt lagi. Kadang2 rasa cam nak buang air besar, banyak kali gak aku ke tandas dan buang air besar, nasib baik tak terberanak. Bila sakit tu rasa cam nak tekan loceng kecemasan, tapi bila hilang sakit, rasa masih boleh bertahan sampai subuh.. Kenapa ntah suka sgt tunggu subuh, sebab taknak menyusahkan doc & nurse kah? huhuhu..
Dalam pukul 2 pagi gitu, dah rasa tak tahan sangat dah, tapi masih ragu2 nak tekan loceng. arghh boleh lagi jalan ni, pi ke kaunter nurse, depa tnya kenapa? dah sakit ka? Hishh usah ditanya mmg sakit la.. huhu.. terus nurse mintak nak check.. tengok2 dah bukak 6 cm.. Huh.. dah dekat ni, boleh masuk labor room. Time tula baru nurse nak cakap..ok sediakan sepasang baju baby, selimut, pampers, satu set la utk baby dan ibu.. Lerr apsal tak cakap lepas saya beranak nanti jer.. Tengah2 sakit tu la aku capai mana2 yg patut utk masuk labor room, ingatkan juz bawak 1 beg pakaian tus.. haha..

Lebih kurang 2.30am ak ditolak ke labor room, check check dan check lagi. haishh berapa kali mau check daa.. masa tu dah pasrah, yang bermain di fikiran cepat2 la baby keluar. huhu.. Aku dipasangkan oksigen, dan alat utk memantau denyutan jantung baby, lalu dibiarkan sendirian terlentang atas katil tu. Contraction makin terasa, makin kerap dan makin sakittt sangat. Tak lama kemudian Doc datang bawak 1 alat panjang kaler putih, apa dia nak buat ni?? huhu rupa2nya dia pecahkan ketuban, tp air kuar sikit jer. Doc tu mcm heran, risau jugak ada masalah ker. Lepas ketuban dah kuar, makin sakit dan sakit. Aku berseorangan sambil ditemani suara2 nurse bagaikan pasukan sorak duk bagi semangat kat orang sebelah tgh bersalin, adoyai takutnya aku dengaq, cam susah ja nak beranak ni.. Lamaa baru dengar...uwaaa... huh baby die dah kluar..
'
Mana suamiku..?
Mula terpikir, xkan xmau bgtau suami kot dah nak bersalin ni, kalau boleh nak dia ada sekali. Tadi kelam kabut sgt smpai tak sempat. Tengah2 duk sakit tu sempat aku bgtau nurse suruh panggilkan suami. Nurse call nombor yg dah mmg ada dalam rekod diorang..ler mana dapat, en suami bawak hp lain time tu. No baru. Nurse datang balik, x dapat call husband awak. Ishh time2 ni la contraction datang pulak.. termengah2 aku nak bagitau nombor lain pulak. Nombor celcom ni suami baru je tukar, seb baik time2 sakit gitu aku x hilang ingatan.. huhu.. ergghh..019..xxx erghh..1402.. Haa camtu le gayanyer.. nurse ni kot ye pun tunggu la contraction aku reda jap. Tak lama kemudian nampak en suami datang melalui cctv.. alhamdulillah..
'
Dah hampir..
Hampir 5am.. dah makin hampir ni. Pegang tangan suami, sejukk.. sempat lagi tnya.. "awat tangan abang sejuk" konon2 nak meredakan keadaan yg x berapa nak reda jugak sebab x lama lepastu, memang sakit sampai terteran secara x sengaja. Nurse pesan jangan teran sampai disuruh teran. Nurse datang check dah 9cm, kna tunggu 1 cm ja lagi, kalau teran sekarang sangkut lagi ni, sian baby. Aku hanya mampu berselawat ke atas nabi dan beberapa potong ayat ringkas shj. Contraction datang lagi dan rasa mcm terteran, husband cepat
2 panggil nurse, terus diorang prepare utk sambut bayi. Lama juga push..berkali2 dengan bantuan suami. Adui mungkin kekurangan tenaga di awal pagi2 ni, sbb sedari tadi rasa macam lapar. huhu

Akhirnya..
Tepat jam 5.08am, baby Rayyan yang kuat berjaya keluar dengan selamat, dan diletakkan atas dada. Time ni dia xnangis pun, mata bulat! Haa..leganya.. dengar nurse cakap, laa.. dia pakai tasbih.. Rupa2nya badan Rayyan dililit dengan tali pusatnya yang berketul2 macam biji tasbih. Huhu.. Apa2 je la.. alhamdulillah dah selamat, lepas dicuci, nurse bawaRayyan kepada walidnya untuk diazankan. Aku masih sempat mendengar alunan azan yg penuh sebak dan syahdu itu, sambil nurse bersedia untuk sesi menjahit... Aku? Pasrah sambil memejamkan mata.. huhu..


Muhammad Rayyan Aziz beberapa jam selepas dilahirkan..

Dah balik rumah..

Hensemnya ada rambut lagi..

Selepas 7 hari, wan tolong cukur rambut, anak rambut banyak sangat bsambung ngan kening.. last2 gini le jadinye, nak potong sume takut kna kening.. hehe

SELAMAT DATANG PUTERA UMMI & WALID
Jadilah anak yang soleh buat kami
Jadilah abang yang baik buat adik adik adik adik mu nanti.. uish byk pulak..

Oh ya.. Jom LIKE page ni, projek terbaru saya 2012

Sekian~