Saturday, June 26, 2010

Kota Kinabalu (Siri 1- KK, kami datang!!))

Dihujung minggu yang malas ini..rasa cam nak catat sesuatu di belog yg dh 2 tahun ditinggalkan (tipu!!) . Tak lain x bukan mengenai satu benda yg paling membanggakan aku setakat ini.. huhu.. XPDC Kinabalu dan PADAS Water Rafting telah berjaya aku lalui dgn gumbira.. Sila rujuk disini juga.. ---> Belog_Ronggeng. Setelah berbulan2 training.. kesana sini... x penah duk umah dihujung minggu.. panjat sana.. panjat sini.. gedebuk sana..gedebik sini.. lebam sana sini.. terseliuh.. lutut longgar.. joging tiap hari.. (tipu lagi!!) akhirnya peserta XPDC seramai 18 org terbang ke KK pada 16 jun 2010.....


16 Jun 2010 (Rabu)

Pada malam sebelumnya dari Kepong aku memecut tidak laju ke Putrajaya n tido diumah maira. Seawal pukul 6.45am kami memecut pula ke Nilai dan berkumpul bersama beah dan wani. Dengan bantuan ayah wani, kami smpai di KLIA pada jam 8 lebih gitu. Flight dijadualkan pd jam 9.20am.




Dalam flight.. seat aku la paling jauh dgn geng2 yg lain.. huh bosan dok'oh la.. lepas sarapan aku terus menidurkan diri yg x mengantuk.. Tetiba org sebelah aku kejut suh bangun makan aiskrim.. haha.. time kasih encik Jaafar.. (lepas die kejut makan aiskrim, terus borak ngan die..bla3..sampai la KK) Mmg kebetulan betul la dia jugak penah sampai puncak Kinabalu.. Itu yg rancak ja borak tuh.. Byk juga kata2 semangat dia bagi aku. Tapi.. ada 1 part yg betul2 merisaukan aku la.. Dia pi masa tahun 2002 dgn ahli xpdc seramai 25 org.. TETAPI.. hanya 4 org berjaya sampai puncak... erm.. susah sgt kah?? (monolog dalaman).. Beliau juga menggeleng2kan kepala pabila diberitahu kami akan ke PADAS water rafting pd keesokan harinya slps XPDC Kinabalu.. huhu.. (semangatku makin goyah ketika itu..haishh)..





Pd jam 11.55 am kami sampai di KKIA.. sempat juga en jaafar mmberi kata2 akhir..semoga berjaya dsb.. mekasih!! Di KKIA sebuah bas sudah sedia mnunggu ketibaan kami.. Seramai 18 org ahli XPDC berkumpul dan dibawa ke restoran utk lunch! Sedap gak makan time ni.. (sebab laparkah??) Makan2.. jauh lagi perjalanan pasni.. difahamkan kami akan melaui lagi 2 jam lebih perjalanan utk ke Kinabalu park..tempat kami akan bermalam..

Selesai isi perut, kami meneruskan perjaanan ke Kinabalu park.. Memula risau jugak bile guide tu bgtau jalan gunung ganang & berliku.. bukan ape takut mabuk+loya+mu**ah jer.. huhu.. tp naik ja bas.. semuanya tertido x sedar2.. keletihan setelah mgharungi perjalanan beribu batu.. sesampainya di Kinabalu park masing2 mengintai2 puncak kinabalu.. nantikan kedatangan kami!! Jauh disudut hati.. aku juga berkata..Aku akan menuju kesana dengan GAGAH esok!! (uwekk)



Ok dah sampai tu sila la keluarkan beg2 anda yer.. Disini la kami bermalam utk malam pertama di Kota Kinabalu.. Sile masuk bilik masing2..solat n bersihkan diri.. Kite akan dinner pada jam 6.30 pm ye..



Pukul 6.30 pm..kami bergegas ke cafe yang agak2 terasa jauh apabila lapar.. (Time balik makan dah rase dekat sikit.. huhu).. Mari2 makan jangan malu2..


Makan 4 org..tapi pinggan ade 7..ermmm??

Dengan perut yang tiada ruang kosong kami melangkah pulang ke hostel yg x berapa jauh..tp sblom.. tu terpaksa singgah toilet kerna kesulitan yg amat dikesali di toilet hostel kami.. erm... isk3.. Balik hostel...pack2 barang persediaan utk esok dan.. seawal 9 lebih kami tido dgn perasaan yg pelik..(sebab rasa mcm awal lagi)...tp badan dah letih selain nak kumpul tenaga yg gagah esok pagi...ZZzzZzZzZzzz....

1 comment:

  1. walah syak..ade gak citer kk kt sini...windunyer..mengimbau jap..nak tag ktne eh?.haha
    -beah-

    ReplyDelete