Tuesday, August 23, 2011

Panik.. Panik..




Assalamualaikum..

Tetiba terasa panik bila 'tersedar diri' kandungan dah genap 27 minggu sabtu lepas. Bermakna minggu depan dah 28 minggu. 28 minggu = 7 bulan ye dak? Cepat sungguh masa berlalu. Memang excited bila bayangkan akan dapat baby, tapi takut benor nak lalui detik-detik itu. Huhu..

Dalam minggu ni kerap betul baby menendang2, memang sentiasa sedar diri la dah jadi mak buyung. Kadang2 terkedu seketika bila terasa tendangan kencang kat perut. hehe.. Kadang2 gerakan kecil tapi berkali2.. Selalu terfikir apa yang beliau buat kat dalam tu?? Kadang2 terasa macam meliuk lentuk kat dalam, teringin nak tau cemana posisi dia time tu. Kepala kat mana, kaki kat mana.. boleh?

Nafas pun dah lain macam sekarang ni, naik tangga sikit dah termengah2. tapi takpa orang cakap kalau selalu naik tangga nanti mudah bersalin. Mudah-mudahan.. hehe..

Pemeriksaan Gigi
Semalam baru gi check gigi setelah hampir 4 bulan tertangguh. Untuk info prosedur check up memerlukan si ibu buat pemeriksaan gigi sekurang2nya sekali dalam tempoh mengandung ye. Pegi juga check semalam sebab khamis ni ada chek up kat klinik. Tak pasal-pasal kang nurse bengang je tengok kad tu x bercop pemeriksaan gigi lagi.

Khamis ni check up macam biasa harap semuanya ok. Bulan lepas nyer check up berat badan terlebih naik. Hihi.. Sepatutnya naik 2 kg je, tapi aku naik 2.2 kg. Siap buat muka bangga lagi tu, ingatkan normal.

"Naik 2.2 kg normal le kan nurse??"
"Ehh ni dah terlebih ni.. terlebih 200 g"
Sambil tulis dengan pen MERAH kat kad tu..

Ishh nurse ni 0.2 kg pun nak berkire.. tulis dalam gram memang nampak banyak.. alaa nak psiko le tus.. hihi..


===============================================================
Dialog Pilihan:

Depan cermin..
Encik suami : Kaki abang nampak kecik la kan, abang ada sakit kencing manis kot no..??
Puan Isteri : (Pening pikir apa kaitan kaki kecil dengan sakit kencing manis??)

Depan cermin lagi..
Encik suami : Dulu badan abang tak macam ni tau, abg selalu pi Gym, dulu badan abg mendabik dada oo..
Puan Isteri : (Perlukah nak mendabik dada??)
===============================================================

Saturday, August 20, 2011

Steamboat Ramadhan Kali Ini


Kisah teringin berbuka puasa di steamboat.

Pada suatu hari yang senja (memang la senja kan dekat2 nak buka posa dah) kami tiba di suatu restoran steamboat somewhere in Sri Gombak. Sebelum tu memecut laju ke Taman Melati sebab nak makan kat Sabak Steamboat, tetapi hampa... Sabak steamboat sudah tiada disitu..

Yang tinggal hanyalah sisa2 kenangan berbuka disitu setiap tahun sejak berhijrah ke KL.. Hehe. Tiap tahun mesti ada gak sekali atau 2 kali berbuka di Sabak Stemboat, kalau tak dengan rakan2 sepejabat mesti dengan housemate.. Dengan pakwe je tak penah. hihi

Inila gambar2 tahun lepas..



.
.
.
.
.
.
.
Berbalik ke Sri Gombak, dalam pukul 6.40 pm dah la kami suami isteri sampai disitu. Tengok akak tu sibuk bebenor ke sana ke sini duk letak label meja2 yang dah di booking. Kami pun tanya la..

"Akak, ada tempat kosong lagi ke tak?"
"2 orang je ek? ade2, kalau 2 org je ade je tempat.." akak menjawab dengan yakin.

Kami tunggu lagi, kot2 dia nak tnya nama kami untuk turut di book kan meja untuk kami. Si akak berkata.

"Ok2.. nanti akak book kan." Sambil berjalan ke sana sini lagi.
"Ok la kak kami gi jalan-jalan sekitar sini dlu, nanti kami datang balik la"
"Ok2.."

Kami pun pegi la berjalan seiringan sambil berpegangan tangan.. hohoho.. Dalam pukul 7 gitu kami balik ke kedai steamboat tersebut dengan harapan dah ada la tempat untuk kami.

Sesampainya di sana, masih macam tadi, akak masih sibuk dengan label2nya. Bila ditanya, kalut dia jawab kejap ye dik sambil berlalu pergi. Pekerja yang lain sibuk dengan tugasan masing2. Tunggu punya tunggu punya tunggu... Laaast skali..

"Maaf le dik, dah x cukup tempat la.."
" Tak cukup....mm tak pe la kak.. " *dengan sabar dan tabah*

"terima kasih la kak. InsyaAllah.. kami dah x datang dah kedai akak lepas ni" *dalam hati*



Thursday, August 18, 2011

Bonus Oh Bonus Bila Mau Masyuk??

Assalamualaikum..

Tunggu punya tunggu punya tunggu... taaak masuk-masuk.
Kebelakangan ni asyik dengar ja nenongg..nenonggg...nenonggg.. (bunyi kereta polis gini ka?) menuju ke bank negara ni. Kelihatannya bertreler-treler dah menuju ke situ sambil di escort oleh polis. Hah bawak duit bonus la gamaknya.. hehe..

Tapi...
Kenapa tak masuk-masuk bonus kami ni. Saja ja kan nak uji tahap kesabaran kami-kami di HQ ni kan. Geng-geng JKR negeri kebanyakannya dah dapat bonus, leh shopping raya dah. Takkan kami dapat lepas raya kot. sob sob sob... Kang ada yang pegi rompak bank negara ni kang.. haha

Tapi dalam meeting tadi pengarah sendiri pun belum dapat bonus. Hihi.. Ada problem gamaknya geng kewangan ni. Apapun tetap bersyukur di beri juga bonus. MUNGKIN inilah bonus terakhir dari Kerajaan Malaysia buat kami-kami yang CFS ni. Hehe

Sabar ye kawan-kawan, terbarunya dengar2 esok pulak masuknya. Dah berapa kali esok ntah aku dengar. Tak po lah masuk bila pun. Yang penting MASUK. *pasrah*

p/s: semalam berjaya puasa penuh yeahuuu... tapi time buka tu hambik ko, banyak gila aku makan. eh aku & BABY makan (kedengaran sedikit tidak keterlaluan)

Wednesday, August 17, 2011

Bersahur Jam 4.30 PM ??

Assalamualaikum wbt..

Selamat bercuti bagi kawan2 yang bercuti hari ini. Semoga anda mendapat rehat yang cukup untuk terus beribadat kepadaNya disebelah malam nanti InsyaAllah.. Anda yang sedang bekerja, apa khabar puasa anda hari ini? Huhuhu...

Hari ni sempena hari ke 17 Ramadhan bersamaan Hari Nuzul Al Quran kami suami isteri dengan hampanya terjaga tanpa sempat bersahur.. Aduss.. first time la puasa tahun ni ter miss sahur. Cemana la boleh tersilap set alarm kat HP 4.30PM pulak tu. Huhuhu..

Risau juga kalau tak mampu menahan lapar & dahaga. Suami siap suruh bawak bekalan makanan in case kalau dah tak tahan sangat. Kesian baby nanti kalau tak dapat makanan yang cukup. Tapi setakat ni (jam 1.55pm) aku masih mampu untuk bertahan. Baby pun aktif je gerak, InsyaAllah boleh teruskan lagi ni.

Tadi siap search google study dulu apa tanda2 yang memaksa ibu mengandung terus membatalkan puasa, antaranya muntah melebihi 3 kali, terasa mau pitam, pening dan mata berasa kunang-kunang.. Kunang2 ?? (sambil terbayangkan kunang2 si kelip2) owh berpinau2 kot. Maklumlah baca artikel dalam bahasa indon kot tadi.. hehe

p/s: Fizah dah selamat bersalin.. yahoo.. seronotnya.. seronok dpt berita 2-3 orang kawan dah selamat bersalin. Memang ramai betul kawan2 pregnant tahun ni.


Tuesday, August 16, 2011

Restoran Mamak.. Apa Pendapat Anda??

Assalamualaikum.. salam ramadhan almubarak.

Hari ini genap hari ke-16 ummat islam berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu, terasa macam baru sangat mula puasa, rupa-rupanya dah separuh jalan pun. Dah masuk fasa ke-2 Ramadhan, marilah sama2 memohon keampunan dari Allah swt. Astaghfirullahal A'zim.. (intro persis seorang ustazah)

Berbalik kepada tajuk utama kita pada hari ini. Tangan ini rasa naak sangat tulis isu restoran mamak ni.. Bulan puasa ni la kita ada masa nak LIHAT, FIKIR dan NILAI sendiri. Kalau bulan tak puasa dengan nafsu makan membuak2 terus makan ja tanpa fikir panjang.

Baru2 ni, hujung minggu pertama puasa pergi ke Kajang atas satu urusan. Duduk seketika tepi jalan bertentangan restoren mamak, baik punya kalimah2 Allah & Muhammad, Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama kedai yang sehabis ISLAMIK. Tetiba pekerjanya membawa sebungkus minuman, nampak macam milo ais.. haishh.. Puasa ke idak? islam ke idak? Kedai juga beroperasi seperti biasa. Restoran mamak memang bukak secara terang-terangan eh time bulan puasa? Tak salah eh?

Kes 2, dialami oleh encik suami. Beliau ternampak seorang pekerja restoran mamak, terang-terangan menanggalkan kopiah, letak kat tepi, ATAS MEJA sambil baik punya duk makan & minum. Tu kalau kena tangkap ngan pegawai agama islam apa agak2 jawapan dia eh??

Adakah:
"tuan jgn konfius, saya bukan islam, saya bukan India Muslim, saya beragama dotdotdot.."

Memang.. memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan islam tidaklah jatuh haram (tetapi makruh) selagimana tidak melibatkan benda2 haram seperti babi dan sebagainya.. Juga barang2 dapur mestilah tidak bercampur aduk halal dan haram.

Tapi kenapa mesti menipu, menyamar, pakai kopiah macam seorang muslim. Kalau dalam bab2 yang luaran ini pun mereka boleh menipu, adakah kita boleh yakin lagi dengan bahan2 masakan yang dimasak tu bersih serta halalan toyyiban di ceruk dapur mereka???

p/s: husband juga penah terjenguk kt dapur restoran mamak time nak gi toilet, tengok tukang masak tengah baik punya duk masak kari.... Ntah mcm mana keadaannya yg mengakibatkan beliau dah tak lalu lagi nak makan kat kedai tu.. huhuhu..

Selain keHALALan, Islam juga amat menitikberatkan soal keBERSIHan..

Mari fikir-fikirkan ye..

Monday, August 1, 2011

Ada apa dengan 1st Ramadhan 2011


Amboi3..seronok bebenor kome yer..

Hari ni masih di site. Kalau dah kat site tu, balik site mesti ngidam air macam2 punya.. Cepat2 amik hp. "Kehadapan kekanda tersayang...(ayat mesti power) sudilah kiranya kekanda memenuhi hajat adinda...

Haha..kena tipu..camni ja sms nyer..
"Abg, bini 1st abg bersama2 anak 1st abg kepingin bangat sama jus buah2 buahan dengan papadom. Boleh x abg tulun beli satgi?"

..... (tiada balasan..)

.
.
.
.
.
Jam 4.30pm..yeayy mari pulang. (Dah tukar WP1)
Sampai saja dirumah..ala..letihnya.. pinggang dah rasa nak tercabut, akibat pagi petang turun site. tetapi...segala keletihan lenyap begitu saja apabila...

"Abang dah buat jus epal.. sambil tersengih2..." dengan masih berbaju ofis.
"Waah pandai jugak abg buat jus no.. leh buat tetiap hari camni"
(Terus x jadi nak mangidam air asam boi pulak esok hari..nak jus epal jugak) hahaha...

Ok..itu lah mukadimahnyaa...
Berbalik pada tajuk asal.. Banyak perkara PERTAMA berlaku sempena Ramadhan 2011 ni.

* Pertama kali berpuasa sebagai isteri.
* Setiap hari pening kepala nak sahur apa esok..nak masak apa time buka posa..
* Mesti kena sahur tiap hari, nanti sian baby I.. Kalau I x bagi dia makan sapa lg?? hehe
* InsyaAllah pertama kali berpeluang puasa penuh sebulan!.. (InsyaAllah jika mampu)
.
.
.
.
.
* Kali pertama naik sampai tingkat 12 KKR2 juga pada 1st Ramadhan.. adeihh sakit pinggangku!
sebelum posa dapat naik smpai tingkat 7 je.. huhuhu..dah posa gatei nak naik sampai atas gak.. Apa la baby ni.. hehe..(salahkan baby)

cover perut.. ;)

p/s: Tak sia-sia jadi pemegang sijil smpai ke puncak everest..eh kinabalu.. hihihi~