Wednesday, August 17, 2011

Bersahur Jam 4.30 PM ??

Assalamualaikum wbt..

Selamat bercuti bagi kawan2 yang bercuti hari ini. Semoga anda mendapat rehat yang cukup untuk terus beribadat kepadaNya disebelah malam nanti InsyaAllah.. Anda yang sedang bekerja, apa khabar puasa anda hari ini? Huhuhu...

Hari ni sempena hari ke 17 Ramadhan bersamaan Hari Nuzul Al Quran kami suami isteri dengan hampanya terjaga tanpa sempat bersahur.. Aduss.. first time la puasa tahun ni ter miss sahur. Cemana la boleh tersilap set alarm kat HP 4.30PM pulak tu. Huhuhu..

Risau juga kalau tak mampu menahan lapar & dahaga. Suami siap suruh bawak bekalan makanan in case kalau dah tak tahan sangat. Kesian baby nanti kalau tak dapat makanan yang cukup. Tapi setakat ni (jam 1.55pm) aku masih mampu untuk bertahan. Baby pun aktif je gerak, InsyaAllah boleh teruskan lagi ni.

Tadi siap search google study dulu apa tanda2 yang memaksa ibu mengandung terus membatalkan puasa, antaranya muntah melebihi 3 kali, terasa mau pitam, pening dan mata berasa kunang-kunang.. Kunang2 ?? (sambil terbayangkan kunang2 si kelip2) owh berpinau2 kot. Maklumlah baca artikel dalam bahasa indon kot tadi.. hehe

p/s: Fizah dah selamat bersalin.. yahoo.. seronotnya.. seronok dpt berita 2-3 orang kawan dah selamat bersalin. Memang ramai betul kawan2 pregnant tahun ni.


2 comments:

  1. aah fizah hussian la.. selamat lahirkan baby girl.. comel sgt.. tgk fb beliau..

    ReplyDelete