Tuesday, August 23, 2011

Panik.. Panik..




Assalamualaikum..

Tetiba terasa panik bila 'tersedar diri' kandungan dah genap 27 minggu sabtu lepas. Bermakna minggu depan dah 28 minggu. 28 minggu = 7 bulan ye dak? Cepat sungguh masa berlalu. Memang excited bila bayangkan akan dapat baby, tapi takut benor nak lalui detik-detik itu. Huhu..

Dalam minggu ni kerap betul baby menendang2, memang sentiasa sedar diri la dah jadi mak buyung. Kadang2 terkedu seketika bila terasa tendangan kencang kat perut. hehe.. Kadang2 gerakan kecil tapi berkali2.. Selalu terfikir apa yang beliau buat kat dalam tu?? Kadang2 terasa macam meliuk lentuk kat dalam, teringin nak tau cemana posisi dia time tu. Kepala kat mana, kaki kat mana.. boleh?

Nafas pun dah lain macam sekarang ni, naik tangga sikit dah termengah2. tapi takpa orang cakap kalau selalu naik tangga nanti mudah bersalin. Mudah-mudahan.. hehe..

Pemeriksaan Gigi
Semalam baru gi check gigi setelah hampir 4 bulan tertangguh. Untuk info prosedur check up memerlukan si ibu buat pemeriksaan gigi sekurang2nya sekali dalam tempoh mengandung ye. Pegi juga check semalam sebab khamis ni ada chek up kat klinik. Tak pasal-pasal kang nurse bengang je tengok kad tu x bercop pemeriksaan gigi lagi.

Khamis ni check up macam biasa harap semuanya ok. Bulan lepas nyer check up berat badan terlebih naik. Hihi.. Sepatutnya naik 2 kg je, tapi aku naik 2.2 kg. Siap buat muka bangga lagi tu, ingatkan normal.

"Naik 2.2 kg normal le kan nurse??"
"Ehh ni dah terlebih ni.. terlebih 200 g"
Sambil tulis dengan pen MERAH kat kad tu..

Ishh nurse ni 0.2 kg pun nak berkire.. tulis dalam gram memang nampak banyak.. alaa nak psiko le tus.. hihi..


===============================================================
Dialog Pilihan:

Depan cermin..
Encik suami : Kaki abang nampak kecik la kan, abang ada sakit kencing manis kot no..??
Puan Isteri : (Pening pikir apa kaitan kaki kecil dengan sakit kencing manis??)

Depan cermin lagi..
Encik suami : Dulu badan abang tak macam ni tau, abg selalu pi Gym, dulu badan abg mendabik dada oo..
Puan Isteri : (Perlukah nak mendabik dada??)
===============================================================

No comments:

Post a Comment