Tuesday, September 6, 2011

Ibu Mengandung Memang Pelupa?

Yess.. Ini adalah fakta bukan auta yer. Dah banyak kali terbaca artikel menyatakan sememangnya ibu mengandung mudah lupa. So itu bukan lah satu perkara yang pelik dan nyanyuk. hehe..

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ibu mengandung mudah terlupa disebabkan perubahan hormon dan terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran, terutamanya ibu-ibu yang makin menghampiri tempoh untuk melahirkan bayinya.

Ibu mengandung juga mudah lupa disebabkan peningkatan jumlah estrogen yang banyak ketika mengandung.

Selain tu, otak ibu mengandung juga akan mengecut sedikit ketika mengandung... tetapi akan kembali normal selepas dua bulan melahirkan kandungan... (uhh otak mengecut??)

Haishh beria2 pulak bagi fakta tentang ibu mengandung yg pelupa ni.. Cam ade pape jer..

Tapi memang serius la dah lama perasan tentang benda ni, selalu sangat terlupa, memula risau takut2 termakan semut ke hape kan, bila dah jumpa artikel2 berupa fakta begitu lega sikit rasa hati ini. Rupa2nya SAYA MASIH MANUSIA NORMAL. Yahoo..

Terbaru, keterlupaan kritikal yang berlaku..
DAH SEBULAN LEBIH MEMANDU TANPA LESEN YG SAH!!
Huhu..sebenarnya lesen memanduku dah tamat sejak 23 Julai yang lalu. Boleh pulak tak perasan. Seingat aku sebulan sebelum tu dah sebut2 nak kena renew lesen bulan julai.. Tapi.. itulah.. yang nak di explain sejak awal tadi.. LUPA!

Sedar lesen dah tamat masa nak balik raya 26 Ogos lepas, konon-konon kalau suami letih drive boleh la gilir2..

Aik?? time nak kena gilir boleh pulak ingat lesen belum renew. Selama ni ko drive yungg sana yungg sini pegi keja tak pula teringat eh? Tu yg pelik tuh.. huhu

Apapun untuk pengetahuan polis2 dan Jpj2 diluar sana, saya dah renew lesen saya semalam.. Mungkin saya akan letak kat dashboard depan kereta untuk penglihatan lebih jelas. Hehe..

Kepada rakan2 taulan mungkin fakta2 yang saya jelaskan diatas boleh digunapakai sekiranya anda kantoi sebab x renew lesen.. Tapi pastikan anda seorang perempuan.. sekian

Berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang..

No comments:

Post a Comment