Monday, December 31, 2012

Nak kena selkom ni..

Tenet2 hp berbunyi..

Kindly note yr usage of RM316.93 as at 31/12/12 has exceeded yr cr limit. Pls mk pymt as yr line may hv been barred.U can dial *111#/ 1111 for assistance.TQ

Ish selkom ni buat hal lagi. Baru 4 hari lepas kot aku bayar? Apa lagi yg kau mahu dariku? (drama..drama..)
Tanpa membuang masa, tet tet tet tet... Ku dail 1111. Sebelum dapat sambung aku diperdengarkan 12 buah lagu..

Haa dapat dah..
Dengan nada selembut salju semanis kurma aku luahkan segala permasalahan..
Dah bagi no tepon.no ic. Nama ibu.. Bla2..

Ok tunggu sekejap.....3 buah lagu diperdengarkan..

Selkom: No cik kene bar.. Ade unbilled amount bla3..

Aku: mana plak dtg bil byk2 tu. Cer citer cer citer..

Selkom: cik ade pakai internet?

Aku: memang ada. Saya subscribe data plan 3gb sebulan. Yg tu pon x abis guna. Nak caj apa lg?

Selkom: mungkin cik ada langgan apa2?

Aku: tadak! Mmg saya ada plan nak langgan majalah solusi. Tp tak langgan lagi. Xkan nak caj? (bab majalah solusi ni hnya monolog dalaman) haha

Selkom: cik ada buat panggilan keluar negara?

Aku: tadak! Sekarang bukan musim haji kot saya nak kol mak ayah kat sana. (monolog lg). Saya ni buat pggilan purata sehari sekali ja. Itupun dlm negara.

Selkom: jap saya semak.

Didendangkan 20 buah lagu..............

Selkom: saya dh semak.. Xde apa2 langganan. Dah pakai pakej internet... Pelik jugak ek. Caj apa ni ek. (eh dia tnya kita balik?) camni cik tunggu la sampai bil kuar 18 hb.

Aku: haaa..abistu saya nak guna hp apa? Boleh guna hp cik? (ayat tambahan)

Selkom: kalau mcm tu cik bayar dulu.

Aku: saya tak guna sampai tahap tu buatpe saya nak bayar? Camni, saya penah ada pengalaman mcm ni (2 bln lepas unbilled amount adalah rm700+). Cik boleh buat laporan kes saya ni.. Pastu aktifkan fon saya ni. (10x ulang ayat sama). -Kalau masih bedegil mungkin akan ulang lg 15x.

Selkom: ok saya semak apa saya boleh bantu....

Diperdengarkan lagi 67 buah lagu...............

Selkom: Ok saya dah buat laporan. Dan talian cik akan diaktifkan dalam masa 30 minit.

Aku: ok terima kasih.

Fuhhh..aku kira2 dekat 40minit nak selesai kes ni.

Unbilled amount tu gapo dio? Cer gugel cer gugel. Aku nak explain kang rasa nak marah 10x lagi. Astaghfirullahala'zimmm... Jauhi aku dari sifat marah kerna marah itu tipu daya syaithonnn....

Selamat tahun 2013. Peace.... (^__________^)v

Pssttt..Gambar dibawah sungguh menenangkan bukan?..

Sunday, December 30, 2012

Iklan : Portuguese Grill

Awas ini bukan rancangan jalang2 cari makang. Bukan jua rancangan rempah ratus adabi apatah lagi alagapas.

Semasa outstation ke kelantan kami sempat terjah food court KB Mall, jumpa dengan masterchef che pah. Hebak demo lo ni. Siap kuar dari dapo amik oder lengkap ngan pakaian mastecep lagi beb.

"nak make gapo?!!" (sambil pegang senduk)
Tergagap2 kekaguman aku jawab nak make itu ini.. hehe...

Rasa order skek ja. Yg sampai menimbun2. Haha.. Macam banyak... Makan2.. aik habis.. Hihi..

Kawan2 yg budiman.. Sapa2 gi KB anda wajib singgah di portuguese grill tu, rasa lah masakan che pah yang soodappp bangat tu.. Bukan senang tau nak rasa masakan engineer cum masterchep ni..

Saturday, December 29, 2012

Buku: personality plus

Alhamdulillah selesai sudah membaca buku personality plus ni setelah 2 bulan lebih dibawa ke sana sini dalam handbag. 2 bulan lebih baru abis 1 buku..dush3. Buku yg menimbun lagi 15 buah tu sapa nak tolong baca?..

Secara ringkasnya buku ni menceritakan tentang 4 jenis karektor manusia di muka bumi Allah ni. Kemungkinan kita pelopori 1 jenis karektor secara ekstrim atau gabungan antara karektor2 tersebut. Di awal buku ni ada 1 ujian personaliti test, so that dari awal lagi dah tau la kita ni org lagu mana k..

Setelah ujian dibuat aku jatuh ke kategori peaceful phlegmatic & sedikit perfect melancholy. Nak tahu ciri2nya sila baca buku ni.. Buku ni ditulis berdasarkan kajian, pengalaman penulis yg selalu menganjurkan sesi2 kaunseling. Banyak teori2 dlm ni yang boleh dikatakan tepat dan terkena kat btg hidung sendiri.. Haha

Sila baca demi keamanan manusia sejagat. Semoga kita lebih menghargai diri dan org sekeliling..

Sila rujuk pic dibawah tu. Statement paling atas. Huh..tolong jangan gunakan saya sebagai tong sampah.. Peace!!

Wednesday, December 26, 2012

MRA Al-Hafiz

Tolong doakan tajuk entry ini.. hihi

Mm..mungkin tajuk blog ni dah boleh tukar jadi Diari MRA kot noh, asyik cerita pasal beliau je nih..

Perkembangan terbaru MRA, janganla nak baca paper depan dia, dengan selambernya dia akan datang, bedebuk duduk atas paper tu, tak pi mana dah. Siap tarik-tarik paper. adoi. sebijik macam anak kucing comel peliharaanku suatu masa dulu, nama beliau Abu.

Abu ni kan, pantang tengok orang baca paper, slow2 ja dia mai duk bersimpuh atas paper sambil jilat2 bulu di badan dengan santai sekali!.. Kalau kita duduk sedap2 menonton TV, beliau datang baikk punya parking atas ribaan kita. cet macam baby la konon inginkan belaian. Bila tidur malam, mesti terasa ada makhluk berbulu duk tidur kat kaki, lantas aku kejutkan dia suh gi cari tikus. banyakk cantik muka ko abu, siang tido, malam tido!

Ehh dah ter cerita pasal abu pulak dah. Tapi yang sedihnya beberapa tahun lepas abu pergi membawa diri setelah ditampar bertubi2 oleh abangku. ok, tipu ja. tampar sikit je pun, tak ingat sebab apa..isk3..

Soalan menguji minda:
Kenapa kalau yang comel2, kecik2 kacau kita baca paper, kita tak rasa marah pon. Cuba bayangkan adik ko yang umo 47  tahun datang duduk atas paper masa  ko tengah baca paper.. Mesti rasa nak tampo laju2 kan.. haha.. ok bye!

P/s:
Tajuk entry tiada kena mengena dengan entry kali ni
Tiada sebarang niat nak samakan MRA dengan Abu, just nak share perasaan kasih dan sayang sesama makhlukNya..

Gambar ni juga langsung tiada kena mengena dengan entry blog apatah lagi en Abu.


*entah apola aku merepek harini..aishhh*

Friday, December 21, 2012

MRA 1 tahun 1 bulan 13 hari

Assalamualaikum wbt

Amboi rajin plok update blog smpai tiap hari nak update nih.

MRA..
Sekarang dah makin lasak dan aktif. Kesian beliau asyik kena tinggal. Nak buat cemana umi keluar mencari sebulan punya suapan nasi. (bukan sesuap nasi lg dah) Hehe. Hujung2 tahun ni banyak pula outstation. Bermula dari johor bharu - cameron highland - perlis - kota bharu.

Bila umi balik, tengah mamai2 terus beliau tersenyum. Dan hulur tangan nak datang kat umi. Aishh tu yg buat umi x senang duduk bila berjauhan tu. Duk dalam pelukan umi pot pet pot pet pot pet terus tertidur. Budak memang gitu kot banyak betul cakap time ngantuk nak tidur tu.

Sekarang beliau jalan laju ya amat macam berlari. Letih nak kejar. Dah jarang2 sangat jatuh. Kalau nampak org solat dia paling suka siap guling2 atas sejadah. Sabo jela..

Bila sebut Allahuakbar sambil angkat takbir, dan2 dia tertonggeng2 sujud la kununnn.. Haha lawok pon ada beliau nih.

Bila sebut babaiii... Dan2 goyang2 tangan babai suma orang. Bila hulur tangan sambil cakap salam2...terus sambut tangan n letak kat mulut dia. Mm..

Bila tunjuk ikan... Dia bunyi shh..shh.. Slalu ajar dia fish..fish.. Hehe. Bila nampak kucing pun bunyi shh..shh jugak sebab maktok dia selalu halau kucing sapontah suka masuk rumah curi lauk. Shuhh..shuhh.. Hahaha..

Bila nampak kucing, umi kata eiii meow3.. ( dgn muka geli habiss sbb kucing tu agak kurang comel disamping x penah mandi, mungkin) selamberr ja beliau ligan nak tarik ekor kucing tu. Aishh..ingatkan dia nak geli.

Haa lagi satu skang ni dh pandai buat muka masam.. (baru2 ni try bagi dia rasa buah strawberry..kriut2 muka masam) sejak tu bila kita kata "buat masam, buat masam camna?) dan2 la beliau buat muka keriut2 masam sampai geleng2 kepala.. Haha.. Anak umi pandai buat lawak la..

Ya Allah aku bersyukur diatas kurniaan anak yang cerdik ini. Jadikanlah dia anak yang soleh, jauhi dia dari sebarang penyakit dan bahaya, jauhi dia dari perbuatan jahat jin dan manusia.

Thursday, December 20, 2012

Heroin kecik

Assalamualaikum

Selalu tulis pasal anak sendiri ja. Harini jom crita pasal anak buah plok. Beliau merupakan student sekolah permata. Boleh dikatakan heroin disekolah. Murid2 yg dibuli sentiasa mendapat pembelaan beliau.

"mai sini. Mai sini.." sambil kuit2 tangan memanggil budak yg kena buli berlindung dibelakangnya. - dari penceritaan guru permata.

Mari test beliau:

Makteh: what is your name?
Pia: my name is qattutada topia <----- qatrunnada sofia
Makteh: how old are you?
Pia: trzzz years old <---- three sebenarnya...
Makteh: zzzz

Beliau suka berimaginasi contohnya..
Pia: makteh2 boleh dak pia tukaq jadi muhammad, muhammad jadi pia? (nama panggilan MRA = muhammad)
Makteh: abihtu pia jadi anak makteh, muhammad jadi anak mama pia? (melayan utk mperkayakan lg imaginasi beliau)
Pia: makteh tukaq ar ngan mama pulak..
Makteh: dah2 jgn libatkan makteh dlm hal ni (tetiba kluar skrip drama ptg2. Haha)

Beliau petah bercakap. Tp kdg2...lawak pun ada..cth nya..

Pia: makteh tangkap la muhammad mai sini pia nak main ngan dia.
Makteh: ingat anak makteh tu apa nak tangkap2 aa?

Kalau ayah beliau cuti, beliau akan kawal si ayah xbg pi mana2. Kalau keluar mesti nak ikut. Ikuuttt keliling rumah. Agak2 mencurigakan beliah akan terus bertanya lagak seorang polis:

Pia: tu ayah nak pi mana tu?
Ayahnya: x pi mana aih duk rumah ja. (padahal nak lari senyap2)
Pia: tu pakai semat2 tu??
Ayahnya: ishhhh...

Hahaha...letih gak nk layan  budak ni. Cakap bukan main pandai lagi. Ok itu saja utk kali ni..  Babaiii..

Big Bad Wolf 2012

Assalamualaikum wbt

Saya ada hobi. Hobi saya suka beli buku. Saya berasa bermotivasi tinggi dengan hanya melihat buku2 motivasi. Saya suka bau buku baru. Tapi saya malas membaca. Apa masalah saya sebenarnya?

Akan tetapi sekarang saya sedang sangat bermotivasi membaca buku2 yg dibeli dan inilah salah satu azam 2013 saya. (azam no 1 seksyen a.. Hebat tak hebat tak??) hahaha...

Haha.dah start dah karangan darjah 2. Dah lama tak menulis kan..

Fakta nombor: 3hari.24buah.rm200

Thursday, November 8, 2012

Dedicated to my beloved son

Assalamua'laikum wbt
Pada tarikh ini setahun yang lalu, jam 5.08am...lahirnya seorang khalifah di bumi yang fana ini.. hihi. ok full stop! Sebenarnya tak pandai nak buat ayat power rangers bagai.. Sori, umi mu ini bukan sasterawan yang mampu menulis seperti, "dikala ini penaku menari2 mencoret rasa hati...bla3"

Ok, straight to the point, masa tu, hari ke 3 aidil adha, ingat lagi masa Muhammad Rayyan Aziz ni lahir, nurse cakap, amboii dia duk kira tasbih, sebab masa tu tali pusat berketul2 macam biji tasbih melilit kat leher dan badan.. hihi. Untuk kisah lanjut sila ke >>>> sini.

 
8.11.2011

Sekarang 8.11.2012
Muhammad Rayyan Aziz dah genap 1 tahun. Sekejap sangat masa berlalu. Sekarang dah pandai buat macam2. Yang paling penting, dia dah pandai jalan! 

Berjalan
Sejak 11 bulan dia duk training, selalu terjatuh, jalan macam robot, tak pandai pusing badan lagi. Jalan2.. agak2 lambat, terus duduk merangkak sebab nak cepat. Tapi bila dah hampir2 masuk 12 bulan tu dah siap nak lompat2 lagi, dah boleh pusing padan semasa berjalan. Dah boleh pegang bola dan campak bola sambil berjalan, kira dah agak stabil la walaupun kadang2 hilang keseimbangan jugak.

Gigi
Duk 4 batang tuuuu ja sejak berumur 7 bulan. Bagus gak tak tumbuh banyak2. Yang 4 batang tu pun terjerit2 umi nak cuci akibat gigitan 'manja' anak umi ni.. huhuhu

Mulut
Hmm... mesti la belum pandai cakap. Tapi boleh tahan gak banyak mulut dia tu, x macam umi dia yang pendiam ni. hew3.. (sempat lagi). Tapi yang paling jelas, dia suka sebut, mimimimimi.. (umikah?)....appecepecepece... appeteh abbujih. entah le, umi ye kan je la apa dia cakap tu.

Ok mari biarkan gambar yang berkata-kata.. (nampak sangat malas nak tulis dah!)

Merenung masa depan, sambil gigit jari

  
Hebat kan.. Pantang pegang mainan mesti dihempuknya sampai berderai. 
Macammana la umi nak belikan dia ipad ni.. (sambil survey ipad mainan!)

 Cer teka dia tengah buat apa ni..
Comel betul la si comel ni.. (cit puji anak sendiri)
Sebenarnya die tengah meratib ni, bukan main lagi kalau dia tengah jalan2, then kita sebut "Laailahaillallah..Laailahailllallah.." Terus dia duduk sambil  meratib kedepan kebelakang sampai tertonggeng2, kalau kedepan tu sampai terangkat2 la bontot, kalau kebelakang sampai umi kena tolong support kot belakang, takot jatuh!. sila imejin.. hehe

Lagi satu beliau sangat meminati azan, kalau dengar azan terus buat muka terkejut dan terdiam.. Kalau dengar dari tv, terus terpa duk depan tv, macam ni..


Ok sekian saja coretan sederhana panjang sempena ulangtahun kelahiran Muhammad Rayyan Aziz yang pertama.. Umi tak mampu nak celebrate besar2an dengan..
mainan yang mahal2.. (takut anak umi hempuk ke lantai..hihi)
kek yang hebat2. (budak kecik x boleh makan kek..)
erm.. mungkin boleh consider sepotong kek secret recipe khas buat umi jer

Hanya doa umi mengiringi hidup anak umi sepanjang masa. InsyaAllah..

Doa umi, semoga anak umi..

#Sentiasa taat pada perintah Allah.
#Hormat pada umi, hormat pada walid.
#Menghormati orang yang lebih tua.
#Berakhlak mulia.
#Berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

* Selamat Hari Lahir Sayang*

# umi cayunk anak umi cangat3 lew #  <<< bila besar nanti sila jangan cakap camni

hehe.. assalamua'laikum
8.11.2012 @ 1pm

Monday, October 15, 2012

Tajuk : Tidak Pasti

Assalamualaikum wbt

Dah lama rasanya tidak menulis di  blog. Semuanya gara-gara 2M iaitu;

1. Malas
2. Tiada Masa
(kalau ada masa, rujuk M no. 1) kohkohkoh..

ok..ok serius..
Baru2 ni pernah jugak nak buat post dalam blog, sekali upload gambar, terbalik2 pulak, den tak tau nak ejas kat mano sejak2 kuar blogger baru ni. Last2 blog ni ditinggalkan begitu sahaja. Sapa tau camno nak terbalikkan gambo sila Pm saya.. huhu

Contoh:

Sila terbalikkan PC/Laptop/Smartphone anda untuk gambaran lebih jelas.. Kan dah cakap memang akan terbalik gini.. Dah buat macam2 cara, termasuk edit gambar, rotate, & bla3.. tetap begini jadinya, sebab tu saya jadi M no. 1.

Contoh nombot 2:


Contoh nombot 3:
 
Sekian sahaja entry yang memeningkan kepala bagi menjelaskan maksud M no. 1 diatas. (Cover baik punye..)

Nota tarikh penting:
23/10/2012 : Tempuhi satu lagi ujian penentu masa depan, redha dengan apa jua keputusan berikutan dah lalui macam2 ujian berat sebelum ini.
24/10/2012 : InsyaAllah akan selesai separuh bab. alhamdulillah..
5/11/2012 : Tak tahu lagi setakat mana penyelesaiannya..

Wednesday, September 26, 2012

Minna No Nihongo




Mencari-cari buku di internet, tiba-tiba terjumpa buku ni. Oh sangat menggamit memori ok. Dulu masa belajar kat UMP semester berapa entah, aku ambil subjek Japanese For Beginners. Ingat lagi, berebut2 orang nak amik course ni. hehe.. Yang menambah minat aku nak belajar jepun ni sebab masa tu sangat gilakan anime NARUTO dan lain2 anime lagi. Yang paling ingat Naruto lah sebab sampai sekarang pun layan Naruto Shippuden di TV3, cuma agak hilang keaslian disitu bila Naruto cakap melayu!

Sampai sekarang masih ingat tau nama lecturer yang ajar bahasa jepun ni, Razali sensei. Ingat2 balik cam lawak pun ada bila ada slot lakonan kena cakap jepun, siap tiba2 terhenti lakonan sebab lupa skrip. haha! Ada juga siap bawak skrip masa berlakon tu. Sensei senyum2 buat2 tak nampak ja..

Balik kg nanti nak cari balik buku ni, agak2 ingt lagi ke tak apa yg belajar dlu.. huh..

Yang aku ingat, masa sensei ajar banyak sebut... ano.... ano... ;), ano tu macam 'aa..' camtu le kot aku rasa.. hehe..ntah2 salah..

Lagi yg aku ingat...

Anata no namae wa nan desuka..
watashi wa syakirah des..

lagi...

Tadaima!

Hajimemashite.. (entah betul ke tak eja..)

Ganbatte Kudasai..

Kawaii... (ni blajar dari cite jepun yg comel2 tu)

lagi...

ano...ano... ano...

hahaha...rupa2nya aku hanya ingat sekelumit saja... sorry Razali sensei!.. penat je ajar ini budak kan..

nota kaki: dah lama sangat tak tengok citer jepun, yg dalam hardisk ni pun banyak dah delete..

Sunday, September 23, 2012

alahai sayang umi ni..

Rasa rugi plak kalau tak abadikan gambar ni dalam blog. Hehe..kenangan... Jarang2 dpt snap gambar ghupe ini. Tengah syiok2 memunggah barang umi yer.. Budak ni skang sensitip sangat. Kalau dia buat salah, umi cakap 'aaapppppp'... Dia akan terus tunduk sambil buat2 belek jari.. Hihi..comel sangat..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 20, 2012

Untuk ulat2 buku






ulat2 buku sekalian, siapa nak beli buku online sila ke mphonline.com. Ada percuma penghantaran sehingga 30 sept. ni. Nak best lagi cari la buku2 yang ada diskaun 25%, memang jimat.

Saya dah beli, anda bila lagi? layari www.mphonline.com - gaya duta mph.. huhuhu

Saturday, September 15, 2012

Demam Raya

14.09.2012 - mesyuarat warga bsfj dan sambutan raya
15.09.2012 - sambutan aidilfitri peringkat cawangan kejuruteraan senggara

Dua hari berturut2 yang sangat meriah dan mengujakan..!

ok, malas nak tulis panjang2 apa yg mengujakan sangat tu lihatlah gambar dibawah. Meja kami 11 orang telah menyapu sebanyak 8 hadiah cabutan bertuah!.. penat menjerit kegembiraan bagi pihak orang yg dapat hadiah, sebab aku antara 3 orang kat meja tu yang tak dapat hadiah... huhuhu.. Apapun best sangat, rasa mcm menang pertandingan meja paling bertuah.. Yang tak tahan tu ada pulak yang gi amik kuih then curi2 tengok nombor yg dicabut, kebetulan no dia naik, kami pakat2 la ready nak jerit lagi bila nombornya dipanggil.. siap bagitau meja sebelah kami nak jerit lagi kejap lagi.. kui3.. macam2..

15.09.2012, sambutan peringkat cawangan plok. Ini lagi satu keterujaan berlaku.. Dah kenyang2 makan tu macam biasa cari port bgambor la kejanya.. tetiba tetamu2 vip lalu, nak kuar dewan, kami panggil la dato' pengarah bsfj untuk bergambar. Sekali Dato pi panggil Dato Seri Ketua Pengarah untuk bergambar skali, terpaksa la Ir Adanan, pengarah kanan cawangan turut serta.. klik..klik..klik...klik... huihh dah macam retis dah.. banyak sangat kamera.. haha!

Terima kasih kepada Y.Bhg Dato' Seri Ir. Hj Mohd Noor Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Adanan Mohamed Hussain, Pengarah Kanan CKS dan Dato' Ir. Hj Hamizan Mohd Inzan, Pengarah BSFJ kerana memeriahkan suasana raya kami... hihihi

Friday, September 7, 2012

Lupa Daratan.. (oh KEDAH tanah airku...)

Jumaat @ 9.30 pagi


Baru ja balik dari jumpa pengarah, dengan semangat membuak2..

Tekan 0, tettt.. " tolong sambung ke JKR Langkawi.."
tuuuttttttt2...tuuttttttttttt2... tuuttttttt2... tuutttttt2... tuutttttt2...............
"eh mana semua org JKR Langkawi pi ni..."
.
.
.
.
.
HOI HARI NI KEDAH CUTI LAH..!! (aku bermonolog sendirian..haha)

Hahaha... lupa pulak.. tu la lama sangat merantau...

yang lawaknya operator tu pun sama lupa cam aku gak.. aku suh sambung dia main sambunggg ja.. hehe.. erm.. mungkin sebab ada sogo sale hari ni.. emm..emm..



Oh KEDAH tanah airku...

Monday, September 3, 2012

Interview di musim perayaan..

Assalamualaikum wbt

lalala.. interview dah lepas berminggu2, baru nak update..

Yer tahun ni dapat interview di musim perayaan, terpaksa la balik beraya dengan buku2 untuk study.. (kononnyerrrr).. Kesimpulannya tak la study sangat pun sebab time2 raya ni banyak benda nak pikir, contohnya...

# knapela aku tak tambah banyak sikit masa makan laksa kat umah dot dot dot
# knapela masa dot dot dot offer lemang mama mintak lemang paling pendek dan kecik, padahal lemang dot dot dot buat paling sedap berbanding lemang2 yg dibeli tu.
# agak2 berapa duit raya anak aku dapat tahun ni? thehehehe..
# berapa hengget sorang nak bagi duit raya kt bebudak ni..
# mana la kuih raya kesukaan ku..cari2.. laa mama dah bagi kat orang.. hihi. takpo sesungguhnya bagi benda yg kita sayang kat orang besar pahalanya..
# BILA LAA AKU NAK STUDY NI?? (sambil mengunyah lemang!)

Itulah jadinya.. Study sikit2 ja mengikut naluri keibuan eh naluri kejuruteraan ku.. Alhamdulillah naluri kejuruteraan boleh pakai la sebab ada 3-4 benda yang aku spot ditanya oleh panel. Antaranya lapisan jalan, papan tanda, camna nak kenalpasti jalan persekutuan dan jalan negeri, faktor2 kerosakan jalan dan cara mengatasinya.

Perjalanan interview tersebut boleh diringkaskan seperti dibawah. Kepada rakan2 bsfj, dibawah ni adala edisi copy paste dari yang aku send dlm emel berantai kita, sila jangan bosan membacanya.. hehehe

Sampai di pusat temuduga pd jam 7.30am. Tengok ramai dah beratur, terus beratur skali... rupa2nya mereka2 itu interview jawatan jururawat.. huhu.. jadi untuk jrutera awam, saya calon pertama! Target nak jadi calon ke 3@4.. Jadi sapa yg ada target mcm saya, sebelum daftar kat kaunter tengok2 dulu k.. Tapi lain tempat mungkin lain suasananya..

Di dalam bilik temuduga..

Panel pun masih fresh, macam biasa dimulakan denga panel spa (Chinese, perempuan, nama dah lupa).

1. perkenalkan diri

2. ceritakan skit skop kerja

3. sebutkan nama2 highway... PLUS, LEKAS, LKSA bla3...

4. LEKAS tu apa nama penuhnya? (Tips: hati2 dalam memberi contoh ye kawan2..)

5. Panjang highway PLUS

6. Terangkan pasal ROW. Apa nama penuh ROW tu?

7. Terangkan cara kamu buat audit jalan (in English)

8. baiki kerosakan, peruntukan dari mana?

9. Kegiatan luar yang kamu sertai

Mana soalan nkra, 1 malaysia, isu air dsb??? (langsung tiada!, seb baik study gitu2 jer)


Panel JKR (melayu, perempuan, nama: nametag die kabur, x nampak nama..huhu)

1. terangkan tentang papan tanda. (mungkin time die semak sijil kursus saya ada attend kursus papan tanda.. so hati2 dengan sijil2 yg banyak itu) 2. lapisan jalan 3. apa bsfj buat untuk kurangkan kemalangan di musim perayaan.

4. daripada audit yg dijalankan apa pendapat kamu tentang jalan2 yang rosak, faktor2 kerosakan.

5. apa yg kamu buat untuk mengatasinya

6. bagaimana org awam nak kenalpasti jalan negeri / persekutuan utk buat aduan.

Mana2 soalan yang agak terer, huraikan sampai dia stopkan supaya tak banyak soalan ditanya..huhu..


Kemudian, panel spa pulak..

Apa sumbangan yg kamu boleh beri sekiranya mendapat jawatan ini Kalau ditempatkan di negeri Kelantan macam mana, boleh?? (soalan saja nak test..mcm biasa time interview semua boleh..)

Ok itu saja yang saya ingat,maaf kalau ada yg tertinggal..


Kepada yang dah selesai interview..

Mesti ade rase cmni kan,

"Ala.. knape la aku tak jawab cmni, knapela soalan senang pun tak boleh jawab, knape la aku jawab tak pasti mase panel tanye tadi... knape la.. knape la..."

Takper, semua tu lumrah, xde yang akan perfect, mungkin Dia timbulkan kegusaran tu supaya kita sentiasa berdoa kepadaNya.. Kalau semua dah perfect, mesti confiden giler sampai lupa nak minta (doa) kepadaNya.. Ingatlah bahawa Allah sayangkan kita dan Dia nak kita sentiasa dekat denganNya.. Jadi mari terus berdoa semoga nama kita terus tersenarai dalam kekosongan jawatan tu.. sekian, renung2kan dan selamat beramal!..


Friday, August 17, 2012

Friday, August 10, 2012

Si Meoww mintak penampar..

10.8.2012 @ 7.25am

zzzz (=_=) tahan mata guna mancis..
mengantuk tahap suria perkasa hitam dah ni
boleh pulak si kecik Rayyan tu bangun pukul 3 pagi. duk cakap sorang2..

"tatatatatatata"
"mamamamamama"
"apapapapapapapapap"

2 malam lepas,

dah pukul 12.20 malam, dia tak nak tidur lagi. Dah tutup lampu pun masih tak mau tidur. Abih baju-baju dipunggahnya..dalam gelap tu..
aku dapat idea nak usik Rayyan... Meowww.. Meowww (sambil buat2 pejam mata)
Nampak ada respon, try lagi kali ni lebih ganas Aoowwwwwww... Aoowwwwwww
(dah mcm kucing jantan la plak..huhu)

Rayyan dah cuak, slow2 jer dia merangkak mai kat umi dia ni. aku stil buat2 pejam mata sambil bunyik lagi..

meowwwww...meowwwww....

dia datang lagi dekat sambil perati ja mulut umi..

bunyi lagi.. meowwwww...meo...

tiba-tiba*

paaaAAANGGGG........

adeihhh sapa tampaq umi nih???

Tak tau.. taktau.. bukan Rayyan yang buat...

adeihh.. &^%$#@#^&()^%### (dah la tangan tu gumok)

Wednesday, August 8, 2012

9 Bulan daa

Assalamualaikum..


Esok Rayyan genap 9 bulan. cepatnya masa berlalu. Dah pandai macam2 skang ni..

Cakap
mulut tu pot pet pot pet.. antara perkataan yg selalu kuar..

"atatatatatata..."
"mamamamama...." umi balas "umi la.." hehe perasan anak panggil..
"apapapapapa..."

dan macam2 lagi yg sukar digambarkan dengan kata2 dewasa, hanya dia yang faham..

pagi tadi, tengah sahur dia dah bangun, mcm biasa, uwaaaa....

umi pi tepuk2 bontot dia.. "tido la dulu rayyan ummi nak makan sat.."
terus dia bangun, duduk sambil berkata.. "atan"
haha.. terus umi dukung pi makan sambil tengok muka beliau.. alahai comelnya.. nak atan yer..

Berdiri
Skang dah boleh berdiri dalam 2-3 saat, sambil duk bergantung tu kdg2 dia lepas tangan sebelum jatuh.. hehe.. 2-3 hari lagi boleh lari le tu.. huishh!

Gigi
Dah 4 batang, 2 kat bawah tumbuh dulu, kecik ja.. Yang atas 2 batang beso skit, ntah2 gigi kapak.. huhu

Minat
Beliau sangat berminat dengan bahan bacaan. Pantang umi baca buku, novel, paper. Dia akan merangkak dengan pantas dengan muka girang sambil nganga2 mulut....aummmm (ok tipu..) Dia akan datang dengan laju seterusnya... gigit..gigit..gigit... haishh...

Rayyan di MPH bookstore.. kalau lama sikit duk sini maunya kosong rak tu Rayyan kerjakan.. isk isk isk, orang duk pilih buku dia pun sibukk la jugak..

Moga Rayyan terus jadi anak yang cintakan buku, cintakan ilmu..

Pengasuh
Pengasuh cakap suara dia paling kuat kalau nangis boleh tekejut semua jiran tetangga.. "Akak pun risau takut orang ingat akak dera budak" hahaha.. rileks kak sora dia memang kuat gitu. Yer masa awal2 kelahiran, kat hospital memang suara dia paling kuat ok..

pengasuh: mintak maaf la bukan nak kata le kan, orang kedah memang suara kuat kan.. kak pun ada sedara org kedah..
aku: haha..memang pun orang kedah sembang deghaih, serupa nak gaduh..sebenaqnya takdak apa pun..

Sejak minggu ni Rayyan dah kenal erti 'selamat tinggal'. Sebelum ni bila hantar kat pengasuh,

Umi: Bye Rayyan, umi pi keja dulu, duk elok2 na.. assalamualaikum..
Rayyan: (buat muka blur)

Umi: (langkah skit)..bye Rayyan umi nak pi keja ni...
Rayyan: (mata terkulat kulat terkelip kelip)

Umi: Bye.. umi nak pi ni.. (dengan harapan ada respon)
Rayyan: (muka blur sambil pandang ke arah lain..)

Umi: (Terus berlalu pergi dengan linangan air mata..tskkk)

Sekarang...

Baru sua ja kat tangan pengasuh terus.. Uwaaaaaaaaaa! Uwaaaaa......!
alahai Rayyan...

Sekarang kalau tengah2 main tetiba terasa uminya hilang, terus...uwaaa.. umi nak gi toilet ja.. Lebih melampau lagi..umi baru berdiri nak solat..uwaaa..sambil bergantung gantung kat telekung..(sila imejin) isk isk isk..

Orang tua2 cakap, budak nak berubah bulan memang gitu, manja lebih... oooooo..ok!

Tuesday, August 7, 2012

Main Tuju Kasut

Assalam

sapa penah main tuju kasut? Hmm..budak2 zaman sekarang ntah penah dengar ke idok permainan nih? Selain tuju kasut, kecik2 dulu saya juga turut bermain tuju tin. Sampai time PJK tingkatan 3 pun duk main tuju tin lagi. Ingat tak kawan2 3 abu bakar smkab 2000, siap main kat court bola keranjang tu.. Pi sekolah ketung ketang ketung ketang bawak tin. Time riadah pun main lagi kat depan surau. hehehe.

sumber gambar : sini

PS: cerita bab tuju kasut, header pun dh bertukar.. ehem.. saya baru belajar adobe illustrator & tu hasil karya saya yg pertama.. ehem..

Monday, August 6, 2012

Budak Bertuah #3

Assalamualaikum wbt

Budak kecik memang suka menggigit eh?
mentang2 la dah tumbuh gigi 4 batang semua benda nak digigitnya..
gigit kang!!

puan umi sedang sibuk cari resepi untuk berbuka.. (percaya saja ya tuan2 & puan2 yg budiman)
si anak soleh umi tu sibuk menggigit..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini la hasilnya.. grrrr~

so what umi??
amboih boleh pulak eh?

Tuesday, July 31, 2012

Lesen memandu dan pokok kelapa

Assalamualaikum wbt

Kadang2 aku boleh tersenyum2 seorang diri dalam kereta bila terkenangkan saat2 indah aku nak amik lesen kereta dulu.. huhu..indah le sangat.. pui..

Sebelum dapat lesen L kan kena dengar kuliah dulu oleh guru memandu. Punnnyyyaaa la boring dia duk pung pang punng pang kat depan tu. Aku kat belakang boleh duk berangan sorang2. Bajet2 duk tengah menikmati keindahan alam di tepian pantai. Dengan imaginasi yang ada penaku menari2 di atas kertas. Camni la lebih kurang lukisan aku time tu.

Asyik betul melukis.. Tiba2.. "emh..emh..emh.. cantiknya pemandangann.. siap ada pokok nyiuq lagi".. Aduss cemana pulak cikgu ni boleh ada kat belakang ni?? Bukan dia duk ngajar kat depan ka tadi... huhu...

Tuesday, July 24, 2012

Jumpa kawan lama yg menyentapkan.. (tajuk tak bley blah)

4 Ramadhan @ 1.00pm

Dipertengahan jalan menuju kebaikan, terjumpa member lama, tempat meluah perasaan masa zaman muda2 dulu. Tempat mengadu domba bila tak puas hati dengan bos, tempat kongsi resepi (entry puding), selalu bagi hint teringin nak makan macam2 lebih dari mengidam dan konfem dia akan bawak apa yang diidamkan tuh... (tetiba teringat laksa kedah beliau...slurppp), selalu bawak makanan ke ofis dan kami akan makan dengan gembira.

Sampai la beliau ditukarkan ke cawangan lain, boleh lagi call. "Syakirah ni makcik nak pi HQ, ni ada bawak benda skit ni, mai ambik na, lagi 5 minit makcik sampai". Aku terus menjenguk kot tingkap, nampak makcik jalan laju giler dari stesen komuter bank negara, terkocoh2 aku tekan lif turun nak mengimbangi kelajuan makcik.

Yer panjang lebar pulak ceritanya.. Dah lama jugak tak jumpa Makcik Faridah ni..

Berbalik kepada cerita asal tadi jumpa masa otw ke jalan kebaikan..

Makcik Faridah: Hah! Dah bulan posa ni baru nak nampak muka kat surau..
Saya: Haha.. besa la makcik.. (isk..sentap..)

Nampak sangat tak pi surau.. Ish2, Makcik Faridah yang ofisnya nun jauh disana pun selalu mai surau HQ ni tau..

Yer, masa awal2 masuk sini ja rajin pi surau, lama2 dah malas, solat kat bilik ja. Huhuhu. Jadi sempena Ramadhan tahun ni, inila pembaharuan yang aku tengah cuba try test untuk diamalkan. InsyaAllahhhh...

Anyway, orang puteh penah cakap la kan.. Better Late Than Never

Monday, July 23, 2012

Resepi Bayi : Avocado

Assalamua'laikum wbt

Perlu ke nak letak tajuk resepi, bukan masak pun..
Semalam den try bagi Rayyan makan buah Avocado, sebelum tu uminyer rasa dulu.. eii apa ke pesen buah gini? first time rasa.. tak sedap. Tapi lama2 duk lam mulut boleh tahan gak rasanya. Mungkin buah ni berkonsepkan cair di mulut macam cekelat tu. Rasa lemak2, boleh la..
Eh umi pulak lebih2 bagi komen nya..

Tengok Rayyan cam lapar ja. Padahal budak tu sibuk main. (ini dinamakan naluri keibuan!..haha.. padahal nak experimen, suke ke idok buah ni) Ok try bagi Rayyan makan sesudu, nyum2.. capp..capp.. uish sedap je nampak, suap lagi. Dah nganga2 mulut siap nak panjat badan umi lagi, sedap beno lettew..

Ok, pas ni boleh beli lagi.. Cara nak bagi baby makan cmni:

1. Beli buah avocado sekurang2nya sebijik. sebab xde jual 1/2 bijik.. thehehe
2. Peramkan sampai masak dalam suhu bilik jewr.. 1-3 hari, jgn lama2 nanti buruk buah tu. Buah ni juga takkan masak kalau di letak dalam peti sejuk ye.
3. Bila dah masak (lembut bila dipicit), boleh la di lenyek2 dan sajikan kepada baby anda.

Tengok gambar la senang..zassss...!

Ni la avocadonya - Google

Korek2 isinya, lenyek2 & feed ur baby!

Senang kan, sesuai untuk ibu2 yang kurang rajin. Inila strategi mudah yang menjimatkan masa dan tenaga selain sangat BERKHASIAT!!

Saturday, July 21, 2012

Resepi Bayi : Bubur Nasi Kurma

Assalamua'laikum wbt

Sempena ramadhan ni, byk pulak dapat kurma free.Rentetan daripada itu terus dapat idea nak bagi Rayyan makan kurma. Jumpa satu resepi yang ringkas dan sangat la mudah, tak sampai 10 minit boleh siap.. Resepi ni sesuai untuk bayi 8 bulan keatas.

Bahan:
3 sudu nasi yang sudah dimasak. (nasi lebih sahur tadi)
1/4 cawan air
2 biji kurma yang dibuang bijinya

Cara:
Campur semua bahan dan kisar... Hidangkan

Hmmmp, bau macam sedap.. opss tak boleh rasa..

Alhamdulillah Rayyan pun suka.. tu ha dah terlena balik dah setelah kekenyangan..

@ 1st Ramadhan @10.45am...

Thursday, July 19, 2012

Budak Bertuah #2

Add Image
Rujukan:

RAM - Ramlee Awang Murshid (satu2nya spesis novel yang dibaca dengan tekun)

Wednesday, July 18, 2012

Bersama Ustaz Semanis Kurma

Assalamualaikum wbt
Harini ada majlis sambutan ramadhan di ofis. Majlis dihiasi majlis bacaan yasin, tahlil, ceramah dan pesta durian. Sambutan setengah hari tapi padat dengan aktiviti.. heheh..

Banyak input dari Ust Wan Akashah (UWA) hari ni..

UWA: Dalam perut kita ada usus. Eja usus U.S.U.S.. ikut saya.. U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (dengan penuh semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (lagi semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi dan lagi)

UWA: Lembu minum apa?
Hadirin: SUSU..!!! (dengan semangat kesukanan)

UWA: oo..lembu kat jkr minum susu..
Hadirin: Opsss..hahahaha

Kesimpulannya, UWA telah membuktikan apa yang berlaku kepada kita sangat dipengaruhi keadaan sekeliling. Jadi kita kena sentiasa fokus dalam membuat apa saja keputusan. Kalo tak fokus memang jadi la seperti di atas. Pelik gak masa tu, main jawab ja, tak sedar pulak terjawab susu. adoyainyepunnn...

* Banyak lagi input menarik dalam ceramah dia tadi, nanti la tulis. pening2 plak makan durian banyak sangat.. huhu

Monday, July 16, 2012

Pagi-pagi

Assalamualaikum

Pagi tadi dengan rileksnya bersiap2 ke tempat kerja, anak masih tidur, nyenyak betul tidur yer.. Dah siap semua tibalah masa untuk hantar Rayyan ke rumah pengasuh, tukar pampers dulu, confirm la terjaga budak ni, macam biasa merengek2 la mamai baru bangun tidur.

Pastu bawak dia ke sinki untuk membersihkan taik2 idung dan apa2 la yang comot2 tuh.. huhu. Malu la plak nak hantar anak dalam keadaan comot ke rumah pengasuh.. hehe.. Dah cuci2 tu boleh pulak dia tengok muka umi sambil tersengih-sengih. Haishh mula la berat hati nak tinggal budak ni. Terus duduk2 main ngan dia dulu walaupun jam dah menunjukkan.. "perlu gerak sekarang!!!"

Tengok la muka dia bile tersengih2.. aduh, terpaksa la letak wallpaper muka dia ja kat opis ni..






Time dia seronok memang la best layan budak ni, mai time dia mengantuk tapi sayang mata takmo tido, ini la jadinya... huhuhu
.
.
.
.