Thursday, September 29, 2011

Baby Sihat & Kuat !! (siaran tertunda)

29/9/2011

Lepas balik kerja terus bergegas ke putra medical centre sg buloh. Teringin nak tengok aksi si kecik dalam perut. sihat ke die? nak tunggu scan kat klinik kesihatan lambat lg. hehehe.. Sampai pmc dah pkul 7 lebih.. tunggu punya tunggu..alamak dah maghrib, seb baik x la lama sangat tunggu.. terus dapat masuk jumpa doc. Scan 3D.. Rupa2nya si kecik tengah tidur.. kesian. letih ke? eh maghrib2 pun tido ke.. bangun2.. ummi & walid nak tengok ni.. huhuhu

X dapat pun tengok muke baby dengan jelas, sbb lindung ngan jari jemari comelnye, satu tangan kat muka satu kat kepala.. alololo comelnyer tido. ikut sapa la tido cenggitu ye?? adoyaii.. doc siap tunggu n try pelbagai angle, x nampak juger.. betul2 nak surprise kan ummi n walidnyer.. hehehe..

Tapi seronok sebab dapat tahu baby sihat. alhamdulillah.. berat dah 1.7 kg, normal bagi umur beliau yg menjangkau 33 weeks. doc jangkakan berat akan mencecah 2kg ++ ketika lahir nanti. Moga dipermudahkan urusan melahirkan Muhammad R***** A***. Hehehe.. Sekarang baru la confident sikit nak sebut2 nama ni, sbb agak jelas kelihatan dia punya tuutt..



p/s: makin kuat gerakan2 baby, nak tidur mula rasa x selesa. Kalau mengiring tu rasa benjol je sebelah perut.. hihihi.. x selesa.. tapi bahagia... moga dilahirkan sebagai anak yg soleh.. jadi anak yg baik yer.. moga dipermudahkan segalanya.. sob3..

Wednesday, September 28, 2011

Raya Raya Raya !!

Assalamualaikum wbt.

27 Sept 2011 (Selasa) berlangsungnya Mesyuarat Warga + Sambutan Aidilfitri (macam biasa strategi jimat bsfj) dalam meraikan staf2nya. Apapun memang menarik perisiannya (cover) sehingga mendapat pujian melangit dari penceramah2 jemputan. Oh ya.. selain mesyuarat + sambutan aidilfitri sememangnya majlis turut dimuatkan dengan slot2 keilmuan. Untuk edisi kali ini diadakan ceramah agama dan ceramah mengenai jenayah oleh Kamal Afendi. (agak teruja disitu dengan kehadiran beliau).. sakit2 perut dan sekitar mulut akibat ketawa berlebihan. Astaghfirullahala'zim..

.
.
.
Sebenarnya just nak tunjuk gambar ni.. Tak tahula kenapa saya sangat suka gamba2 ini. Mungkin sbb baru dapat 2 gambar ni je baru (itupun kat FB). Maira oii mana lagi gambar2 kite???

Engineer2 CFS bergambar kenang-kenangan. GOOD LUCK ye semua!

Friday, September 23, 2011

Check Up 31 weeks

As salam

Semalam pegi check up minggu ke 31. Esok dah genap 32 minggu.. ohh cepatnya masa berlalu.

Di klinik..

Macam biasa sampai je klinik, sebelum serah kad merah kt nurse, semak dlu berat badan bulan lepas, ok 47.9 kg (setelah turun 1.4kg time bulan puasa).

Pastu terus gi test air kencing.. pastu timbang berat badan. Aik, 51.4kg.. biar betul alat ni.. rosak kot.. try skali lagi.. di skrin tertera.. 51.4 pastu 51.5 pastu 51.4 pastu 51.5.. Haha.. dah tentu2 la aku amik yang 51.4 tu kan.. Hmm.. naik 3.5 kg. Tinggi giler tuh.

Pastu cam biasa, dah check darah, tunggu jumpa nurse pulak.. Sangat bosan ok.. tunggu punya tunggu.. punya tunggu.. masuk toilet dah 4-5 kali. Padanla dapat no giliran 1075 kan, memang lama la nunggu nyer.

Dekat pukul 12 tgh baru la selesai semuanya.. Baby pun dah mengeras tahan lapo ni. Nurse pun heran apsal keras sgt ni. huhu.. keseluruhannya keadaan baby sihat2 saja, cuma ibunya berlebihan berat badan. nurse nasihatkan supaya kawal skit nafsu mkn tu yer, kalo lapar sebelum tiba waktu mkn, mkn biskut jer..!

Harini amik cuti, semangat berkobar2 untuk membeli keperluan baby dan menyelesaikan beberapa urusan penting diluar. Wahh rambang mata k tgk brg2 baby, tp ingat pesan orang2 tua, jgn beli banyak sangat, baby cepat besar.

Balik rumah dah letak setempat brg2 baby. nanti senang nak angkut kan. Plannya hujung minggu baru nak cuci pakaian baby, tapi sebab x tahan dengan kecomelan pakaian baby tersebut, aku dah start cuci separuh semalam.. haha.. Camna la nanti dah lama2 ada baby, adakah masih rasa excited begini??

p/s: Semalam mak mertua dah pesan itu ini.. terus ke hospital kalau rasa sakit.. mm.. dah semakin hampir rupanya.. * perasaan bercampur baur *

Tuesday, September 6, 2011

Ibu Mengandung Memang Pelupa?

Yess.. Ini adalah fakta bukan auta yer. Dah banyak kali terbaca artikel menyatakan sememangnya ibu mengandung mudah lupa. So itu bukan lah satu perkara yang pelik dan nyanyuk. hehe..

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ibu mengandung mudah terlupa disebabkan perubahan hormon dan terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran, terutamanya ibu-ibu yang makin menghampiri tempoh untuk melahirkan bayinya.

Ibu mengandung juga mudah lupa disebabkan peningkatan jumlah estrogen yang banyak ketika mengandung.

Selain tu, otak ibu mengandung juga akan mengecut sedikit ketika mengandung... tetapi akan kembali normal selepas dua bulan melahirkan kandungan... (uhh otak mengecut??)

Haishh beria2 pulak bagi fakta tentang ibu mengandung yg pelupa ni.. Cam ade pape jer..

Tapi memang serius la dah lama perasan tentang benda ni, selalu sangat terlupa, memula risau takut2 termakan semut ke hape kan, bila dah jumpa artikel2 berupa fakta begitu lega sikit rasa hati ini. Rupa2nya SAYA MASIH MANUSIA NORMAL. Yahoo..

Terbaru, keterlupaan kritikal yang berlaku..
DAH SEBULAN LEBIH MEMANDU TANPA LESEN YG SAH!!
Huhu..sebenarnya lesen memanduku dah tamat sejak 23 Julai yang lalu. Boleh pulak tak perasan. Seingat aku sebulan sebelum tu dah sebut2 nak kena renew lesen bulan julai.. Tapi.. itulah.. yang nak di explain sejak awal tadi.. LUPA!

Sedar lesen dah tamat masa nak balik raya 26 Ogos lepas, konon-konon kalau suami letih drive boleh la gilir2..

Aik?? time nak kena gilir boleh pulak ingat lesen belum renew. Selama ni ko drive yungg sana yungg sini pegi keja tak pula teringat eh? Tu yg pelik tuh.. huhu

Apapun untuk pengetahuan polis2 dan Jpj2 diluar sana, saya dah renew lesen saya semalam.. Mungkin saya akan letak kat dashboard depan kereta untuk penglihatan lebih jelas. Hehe..

Kepada rakan2 taulan mungkin fakta2 yang saya jelaskan diatas boleh digunapakai sekiranya anda kantoi sebab x renew lesen.. Tapi pastikan anda seorang perempuan.. sekian

Berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang..