Tuesday, July 31, 2012

Lesen memandu dan pokok kelapa

Assalamualaikum wbt

Kadang2 aku boleh tersenyum2 seorang diri dalam kereta bila terkenangkan saat2 indah aku nak amik lesen kereta dulu.. huhu..indah le sangat.. pui..

Sebelum dapat lesen L kan kena dengar kuliah dulu oleh guru memandu. Punnnyyyaaa la boring dia duk pung pang punng pang kat depan tu. Aku kat belakang boleh duk berangan sorang2. Bajet2 duk tengah menikmati keindahan alam di tepian pantai. Dengan imaginasi yang ada penaku menari2 di atas kertas. Camni la lebih kurang lukisan aku time tu.

Asyik betul melukis.. Tiba2.. "emh..emh..emh.. cantiknya pemandangann.. siap ada pokok nyiuq lagi".. Aduss cemana pulak cikgu ni boleh ada kat belakang ni?? Bukan dia duk ngajar kat depan ka tadi... huhu...

Tuesday, July 24, 2012

Jumpa kawan lama yg menyentapkan.. (tajuk tak bley blah)

4 Ramadhan @ 1.00pm

Dipertengahan jalan menuju kebaikan, terjumpa member lama, tempat meluah perasaan masa zaman muda2 dulu. Tempat mengadu domba bila tak puas hati dengan bos, tempat kongsi resepi (entry puding), selalu bagi hint teringin nak makan macam2 lebih dari mengidam dan konfem dia akan bawak apa yang diidamkan tuh... (tetiba teringat laksa kedah beliau...slurppp), selalu bawak makanan ke ofis dan kami akan makan dengan gembira.

Sampai la beliau ditukarkan ke cawangan lain, boleh lagi call. "Syakirah ni makcik nak pi HQ, ni ada bawak benda skit ni, mai ambik na, lagi 5 minit makcik sampai". Aku terus menjenguk kot tingkap, nampak makcik jalan laju giler dari stesen komuter bank negara, terkocoh2 aku tekan lif turun nak mengimbangi kelajuan makcik.

Yer panjang lebar pulak ceritanya.. Dah lama jugak tak jumpa Makcik Faridah ni..

Berbalik kepada cerita asal tadi jumpa masa otw ke jalan kebaikan..

Makcik Faridah: Hah! Dah bulan posa ni baru nak nampak muka kat surau..
Saya: Haha.. besa la makcik.. (isk..sentap..)

Nampak sangat tak pi surau.. Ish2, Makcik Faridah yang ofisnya nun jauh disana pun selalu mai surau HQ ni tau..

Yer, masa awal2 masuk sini ja rajin pi surau, lama2 dah malas, solat kat bilik ja. Huhuhu. Jadi sempena Ramadhan tahun ni, inila pembaharuan yang aku tengah cuba try test untuk diamalkan. InsyaAllahhhh...

Anyway, orang puteh penah cakap la kan.. Better Late Than Never

Monday, July 23, 2012

Resepi Bayi : Avocado

Assalamua'laikum wbt

Perlu ke nak letak tajuk resepi, bukan masak pun..
Semalam den try bagi Rayyan makan buah Avocado, sebelum tu uminyer rasa dulu.. eii apa ke pesen buah gini? first time rasa.. tak sedap. Tapi lama2 duk lam mulut boleh tahan gak rasanya. Mungkin buah ni berkonsepkan cair di mulut macam cekelat tu. Rasa lemak2, boleh la..
Eh umi pulak lebih2 bagi komen nya..

Tengok Rayyan cam lapar ja. Padahal budak tu sibuk main. (ini dinamakan naluri keibuan!..haha.. padahal nak experimen, suke ke idok buah ni) Ok try bagi Rayyan makan sesudu, nyum2.. capp..capp.. uish sedap je nampak, suap lagi. Dah nganga2 mulut siap nak panjat badan umi lagi, sedap beno lettew..

Ok, pas ni boleh beli lagi.. Cara nak bagi baby makan cmni:

1. Beli buah avocado sekurang2nya sebijik. sebab xde jual 1/2 bijik.. thehehe
2. Peramkan sampai masak dalam suhu bilik jewr.. 1-3 hari, jgn lama2 nanti buruk buah tu. Buah ni juga takkan masak kalau di letak dalam peti sejuk ye.
3. Bila dah masak (lembut bila dipicit), boleh la di lenyek2 dan sajikan kepada baby anda.

Tengok gambar la senang..zassss...!

Ni la avocadonya - Google

Korek2 isinya, lenyek2 & feed ur baby!

Senang kan, sesuai untuk ibu2 yang kurang rajin. Inila strategi mudah yang menjimatkan masa dan tenaga selain sangat BERKHASIAT!!

Saturday, July 21, 2012

Resepi Bayi : Bubur Nasi Kurma

Assalamua'laikum wbt

Sempena ramadhan ni, byk pulak dapat kurma free.Rentetan daripada itu terus dapat idea nak bagi Rayyan makan kurma. Jumpa satu resepi yang ringkas dan sangat la mudah, tak sampai 10 minit boleh siap.. Resepi ni sesuai untuk bayi 8 bulan keatas.

Bahan:
3 sudu nasi yang sudah dimasak. (nasi lebih sahur tadi)
1/4 cawan air
2 biji kurma yang dibuang bijinya

Cara:
Campur semua bahan dan kisar... Hidangkan

Hmmmp, bau macam sedap.. opss tak boleh rasa..

Alhamdulillah Rayyan pun suka.. tu ha dah terlena balik dah setelah kekenyangan..

@ 1st Ramadhan @10.45am...

Thursday, July 19, 2012

Budak Bertuah #2

Add Image
Rujukan:

RAM - Ramlee Awang Murshid (satu2nya spesis novel yang dibaca dengan tekun)

Wednesday, July 18, 2012

Bersama Ustaz Semanis Kurma

Assalamualaikum wbt
Harini ada majlis sambutan ramadhan di ofis. Majlis dihiasi majlis bacaan yasin, tahlil, ceramah dan pesta durian. Sambutan setengah hari tapi padat dengan aktiviti.. heheh..

Banyak input dari Ust Wan Akashah (UWA) hari ni..

UWA: Dalam perut kita ada usus. Eja usus U.S.U.S.. ikut saya.. U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (dengan penuh semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (lagi semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi dan lagi)

UWA: Lembu minum apa?
Hadirin: SUSU..!!! (dengan semangat kesukanan)

UWA: oo..lembu kat jkr minum susu..
Hadirin: Opsss..hahahaha

Kesimpulannya, UWA telah membuktikan apa yang berlaku kepada kita sangat dipengaruhi keadaan sekeliling. Jadi kita kena sentiasa fokus dalam membuat apa saja keputusan. Kalo tak fokus memang jadi la seperti di atas. Pelik gak masa tu, main jawab ja, tak sedar pulak terjawab susu. adoyainyepunnn...

* Banyak lagi input menarik dalam ceramah dia tadi, nanti la tulis. pening2 plak makan durian banyak sangat.. huhu

Monday, July 16, 2012

Pagi-pagi

Assalamualaikum

Pagi tadi dengan rileksnya bersiap2 ke tempat kerja, anak masih tidur, nyenyak betul tidur yer.. Dah siap semua tibalah masa untuk hantar Rayyan ke rumah pengasuh, tukar pampers dulu, confirm la terjaga budak ni, macam biasa merengek2 la mamai baru bangun tidur.

Pastu bawak dia ke sinki untuk membersihkan taik2 idung dan apa2 la yang comot2 tuh.. huhu. Malu la plak nak hantar anak dalam keadaan comot ke rumah pengasuh.. hehe.. Dah cuci2 tu boleh pulak dia tengok muka umi sambil tersengih-sengih. Haishh mula la berat hati nak tinggal budak ni. Terus duduk2 main ngan dia dulu walaupun jam dah menunjukkan.. "perlu gerak sekarang!!!"

Tengok la muka dia bile tersengih2.. aduh, terpaksa la letak wallpaper muka dia ja kat opis ni..






Time dia seronok memang la best layan budak ni, mai time dia mengantuk tapi sayang mata takmo tido, ini la jadinya... huhuhu
.
.
.
.

Monday, July 9, 2012

Amaran: Jangan Jadikan HP Sebagai Penanda Buku

Assalam..

Di pagi isnin nan indah, sesampai saja di ofis mataku meliar di segenap sudut meja, mencari2..
Cis rupa2nya ada kat dalam buku. Memang dah jadi tebiat dah kalau nak tanda buku tu ntah apa2 ja aku capai atas meja ni, stapler, gunting, pen, HP, calculator.. apa je lah yang boleh tandakan buku.. huhu.. hasilnya, jumaat aritu saya pulang kerumah tanpa HP. Terbejat otakku selama 2 hari kerana tak dapat berhubungan dengan dunia luar..

Bila xda HP:

1. Tak dapat nak amik2 gambar anak sedang beraksi.
2. Tak dapat tengok gambar anak dalam HP, walaupun anak depan mata. (*_+)
3. Otomatik takda jam. Dah lama tak guna jam tangan.
4. Jam loceng pun takda.
5. Tak leh nak mesej/call sapa2. tak koser nak guna public phone (ada lagi ke public phone?)
6. Tak leh hantar2 gambar anak kat sedara mara.
7. Hilanglah satu permainan anak untuk di lempor2.. (T_T) (seb baik HP jenama norkiah cap ayam je)
8. Dan macam2 lagi kegunaan HP.

Rupa2nya HP sangat penting, jadi hargailah HP anda!

sekian..

Monday, July 2, 2012

Hatiku cair melihat kau tersenyum.. huhuhu

2.7.2012
Alhamdulillah Rayyan kembali bersama ummi pada 26 Jun yang lalu setelah berjauhan selama 2 bulan 18 hari. Hari ni Rayyan start tinggal dengan pengasuh, duk elok2 tau, ummi pi kerja, ni yang buat ummi tak sabo nak balik umah ni..








Perkembangan Rayyan:

Gigi bawah dah nak tumbuh, dah rasa tajam2.. Pastu suka buat muka geram tu or org tua cakap muka huduh.. huhu.. knapa ntah setengah org tak bagi kata comel.. Merangkak dah laju giler, pantang nampak benda boleh di paut, mesti berdiri.. Nak bebas2, x suka org pegang2, aktif merangkak sana sini sambil2 kutip apa boleh dirasa.. ish ish ish. Paling geram tengok orang baca paper or buku, bunyi kriuk2 paper tu amat menarik perhatian beliau. Slalu cuba tarik perhatian dia ngan benda len, selalunya dia buang gitu ja kalo tak berkenan di hati... hahaha.. Bila nak tidur kena mengamuk2 dulu, tunggang langgang, pusing sana sini sambil mata pejam dan kaki yang menendang2.. adoyai boleh tahan sakitnya kalo terkena muka..