Showing posts with label Nota Kesal. Show all posts
Showing posts with label Nota Kesal. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Celcom nak saman saya!

 Assalamualaikum wbt.

Masihkah anda ingat akan entry saya yang bertajuk Tragedi Berulang dan Nak kena selkom ni beberapa bulan yang lalu? Haha. Sengaja meletakkan link disitu sebab tau, tak ramai yang ikuti blog picisan ini.kikiki.

Rentetan Peristiwa
Sebelum kejadian dalam entry Nak kena selkom ni tu, ada lagi 2 kejadian yang tak diceritakan di blog, so tak ingat la tarikhnya. Talian celcom saya di bar, dan apabila di hubungi customer sevice, saya diberitakan caj dah mencecah RM700+. Terkejut beruk jugak dibuatnya. Pung pang pung pang, setel la. Kemudian peristiwa sama berulang dan berulang. Akhirnya saya akhiri tragedi2 itu seperti diceritakan dalam entry Tragedi Berulang. Secara rasminya talian di terminate pada 23 Januari 2013.

Menunggu
Saya pun menunggu2 emel yang menyatakan bil dah ready untuk dibayar. Pada hemat saya (perh, 1st time guna perkataan hemat ni) maximum kena bayar pun mesti RM98 (sebulan) walaupun hakikatnya saya guna 4 hari sahaja mengikut cycle bil iaitu (18-21 Januari 2013) sebab 22 Januari 2013 dah kena bar. Unbilled amaun ketika itu RM257.80.
(Nota: bila ditanya tentang kesahihan unbilled amount, operator customer service menyatakan kena tunggu hingga bil sebenar keluar iaitu pada 18 Februari 2013)
Ok, saya tunggu.. selalunya akan dapat notification melalui emel kerana saya memilih untuk menyemak bil online sahaja. Bil yang dihantar ke alamat rumah akan dicaj lagi RM5. Membazir.

Bil dah keluar
Pada 23 April 2013 (rujuk gambar), iaitu setelah 3 bulan berlalu saya dapat emel menyatakan bil statement dah available untuk disemak. Bila klik link yang diberi dan cuba log in, tak dapat masuk kerana akaun inactive. Logik la dah terminate kan. Masa ni dah terkejut sebab tengok bil tu masih RM257.80. Sebab tu nak tengok bil statement, caj dibuat atas panggilan kemana? Dari bila ke bila?

Surat ugutan
Pada 28 April 2013, saya dikejutkan lagi dengan kemunculan surat amaran dari syarikat guaman mengatakan saya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar wang berjumlah RM257.80 bla.. bla.. bla.. sekiranya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ini, kami diarahkan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap tuan/puan tanpa sebarang rujukan dan segala kos guaman akan ditanggung oleh pihak tuan/puan. 

Amboi ini sudah lebih. Saya nekad takkan bayar selagi celcom tak dapat tunjuk statement bil saya. Sebab, adalah sangat tak logik caj RM257.80 untuk 4 hari!

Call Customer service lagi pada 29 April 2013.
Helo..bla..bla..bla.. (malas gila nak tulis benda yg sama macam entry2 lepas).

Celcom: caj tinggi ni sebab....

Saya: internet? (terus menyampuk, dah tau sangat dahhh)

Celcom: Yessssss..internet (nada bangga gila)

Saya: Tapi saya ada subsribe internet 3g sebulan, guna tak sampai 3g pon... 

Celcom: Eh aahla... sepatutnya dah tak caj, kalau guna lebih pon memang xde extra caj. Die caj ni untuk penggunaan internet bulan 2.

Saya: Saya dah terminate bulan 1, knapa bulan 2 caj lagi. extra pulak tu. 

Celcom: Aah, ada extra caj disini. Puan perlu ke branch celcom terdekat untuk buka kes ni. bla..bla..bla..

Operater kali ni sangatla sopan dan memuaskan hati. Adala jugak gaya dan nada nak menolong serta mengakui kesilapan yg berlaku. Dan dari percakapan beliau, beliau bukan melayu. Sebelum2 ni dapat operator melayu, tapi...emm.. asyik nak salahkan orang ja, sikit pon tak mengaku kelemahan sistem depa. Grrrr... 

Kesimpulan
Saya akan ke celcom dalam masa terdekat. Kalau tak settle mungkin akan ke SKMM, tribunal pengguna, CMF, CMCF, POLIS, SPRM, SPR, JKR... haaaaa...baru hgpa tauuuu... hehe

Persoalan
1. Saya yang patut saman celcom atau celcom patut saman saya?
2. Dapat notification melalui emel pada 23 April 2013 dan surat ugutan dari lawyer bertarikh 22 April 2013. Depa ugut dulu, pastu baru beritahu "tadaaa bil anda dah available..." (hakikatnya saya takleh pun tengok bil statement tu)
3. Yang nak saman tu celcom yang beralamat di KL, tapi syarikat guaman tu dari Kota Kinabalu. 
4. Masa tulis entry ni tiba2 black out. Ni mesti celcom yg sabotaj saya! (hahaha...ini tuduhan yang sangat tidak berasas, jangan percaya!) Tapi nasib baik, automatik save sebagai draft. 

Nota
Saya sanggup tak lunch harini untuk post entry ini sebagai rujukan dimasa hadapan. Juga untuk rujukan teman2 yang senasib. Perkembangan2 terkini akan diupdate kemudian. KALAU RAJIN. 

Akhir kata....tak sabar nak balik ngundi!!! *tiba2* 


Tuesday, January 22, 2013

Tragedi berulang

Assalamua'laikum wbt

Semalam bayar bil, harini kena bar.. Apa kej***hnya semua ini??
eh sori2 terkasar bahasa pulak, siaran hot di NTV7 suatu ketika dulu masih diingat2.

Yess, ini kali ke tiga (atau mungkin 4) benda ni terjadi, baru ja gayut dengan customer sevice selkom 31 disember lalu buat report, benda yang sama still berulang pada hari ini 22 januari. Lebih sadis lagi selepas sehari aku bayar bil. adoiyai, canggih sangat sistem depa ni sampai tak terjangkau dek akal.

Pelik kan, ade org pakai ok ja.. tapi aku nye no ni banyaak plak masalahnya, tiap bulan pulak tu. Bila search kat internet, rupanya ramai lagi yg menjadi mangsa. Erm.. Mula2 ingat nak bersabar..bersabar.. bersabar.. Tapi, kalo dah membuang masa aku tiap bulan nak call selkom selama 40 minit yang belum tentu boleh selesai masalah, aku dah mula pikir nak beralih arah. Selain itu, ia sangat la mengganggu emosi, bila nak guna HP tetiba eh tak boleh? Kalau kecemasan camna?

Jam 8.00 am.

Cik ade buat panggilan luar negara?
Takdek, confirm! 

Ooo, cik ade data plan kan..
Yer.
(bagus, ade improvement dari yang lepas, tak perlu diberitahu lagi)

Tapi penggunaan cik sekarang dah lebih limit.
Berapa?

RM257.
Dari bila  ke bila tu?

18/1 - 22/1
(22hb ko dah sekat kan) so lebih tepat lagi 18/1 - 21/1 pengguaan adalah RM257!
Saye call sape tu banyak sangat tu? Logik ke tu?

Kite takleh cek lagi sampai bil keluar 18/2 ni.. kena sekat sebab kredit limit RM200 je.
Hemmm... 
(taktau nak cakap, kagum sangat, canggih dan tuntas sistem pengecajan oleh selkom, bil tak kuar dah tau caj berapa, sememangnya kecanggihan teknologi sekarang tidak dapat disangkal lagi)

Camni la cik kene beri bayaran jaminan dulu..
Jaminan? (Wah, dah macam ketua kongsi gelap nak mintak wang jaminan bagai..)

Dengan nada tidak puas hati aku bertanya..

Kalau saya bagi wang jaminan, apa jaminan di pihak cik benda ni takkan berlaku lagi untuk bulan depan, bulan depan2, bulan depan3...

Er.. amm.. kite tak boleh nak bagi jaminan, ape2 kena tunggu bil keluar 18hb nanti jugak.

Itu jelaaa yang dilaung2kan sejak setengah jam yang lalu, kesimpulannye langsung tidak membantu, masalah tetap tak selesai.

Setelah termangu agak lama, termenung di talian... Last2..

Camni lah, cemana kalau saya nak terminate je no ni. Cer citer prosedurnya?

Terus gagap2,
cik kena tunggu lagi 24 jam...

sekarang tak boleh?
Tak boleh prosedurnya cik kne tunggu 24 jam, nanti ade kakitangan kite yang akan kol cik.

Huhu, tang depa 24 jam, tang kita zasss, terus sekat no.

Tapi cik kena ingat ye, bil bulanan tetap kne bayar.
Aik, dah talian kne sekat, pastu nak terminate, kne bayar gak bil bulanan..?

aa, er, bla3...bla3..blaaa.............

apentah merepek, dah malas! tunngu je la esok orang selkom call, then tunggu bil kuar, harap2 die caj yg aku guna je la. 18/1-21/1... (caj sebenar pliss..)

P/s: Celcom ni bukan tak bagus, malah yang paling bagus (bagi aku la) dari segi coverage nya. Internet juga boleh tahan kelajuannya. TAPI.. kalo barang bagus servis tak bagus tiada maknanya.

Ok, saya akan menggulung hujjah sekarang.. saya akan tukar no lagi, mungkin masih dengan celcom, tapi, kembali ke PREPAID la. Biarla leceh nak topup2 dari leceh asyik kena bar secara tiba2.

***merajuk!!***

Nota kaki: Sebijak mana pun telepon kalau talian kena bar, tak ubah seperti sebuah jam loceng.. huhu

Tuesday, September 1, 2009

Apa Ni ??!!

Aku yg dah 2-3 hari x bukak paper agak terkejut pabila membaca satu cerita ni.. Isu membantah pembinaan kuil di Selangor. Tak mau komen apa2 pasal pembinaan kuil tu, mereka lebih arif. Tapi cara pembantahan tu amat memilukan..huhu.. malu dan kesal dengan mentaliti umat islam ni.. Perkataan TAKBIR pun dipermain2kan. Tak Kira apa pun maksudnya dan pada sapa ia ditujukan, perkataan seperti "take beer' TAK sepatutnya digunakan menggantikan takbir.. isk2 malu. Rasa nak marah pon ada.. Xmau komen panjang2.. sila tgk photo di bawah yg aku cilok kot intenet gak..huhu.. Apalah salah lembu tersebut sampai kepalanya diperlakukan sebegitu rupa?.. ibarat habis daging kepala dipijak2..huhu..