Monday, January 11, 2010

apa AZAM TAHUN BARU aku...

Salam..
Haishh dh 11 hari berlalu baru nak ckp psl tahun baru ka.. Dah lama sangat tak tengok blog ni..

Ermm azam tahun baru saya adalah ingin menjaga kesihatan sebaik2nya.. Bak kata satu pepatah arab.. aa.. yang bermaksud.. Minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas..
(aduss camna aku leh lupa ni..)

Antara perkara2 yg terkandung dlm azam baru aku..

1. Mee maggi adalah diharamkan (kecuali saat2 yg terdesak)
2. Kurangkan memakan fast food...(kfc, mcD, pizza bla3...)

Antara dialog2 yg perlu diberi perhatian..
2009 : Ish minggu ni kita x makan kfc lagi kan...
2010 : Ish tahun ni kita x makan kfc lagi kan.. (harap2 la..)

Kata2 Motivasi dari housemate aku..

"hang tau dak ayam yg depa duk buat kfc tu membesar dalam masa 2 minggu ja tau.. xtau la bahan apa yg depa guna untuk membesarkan ayam2 tersebut.."

kata2 inila peniup semangat aku supaya jgn mkn kfc..uhuk2..

3. Banyakkan minum air putih.. (x minum lagi air yg dimasak dari air berklorin..ada kesan jangka panjang ni..antara penyebab kanser darah..)

4. X minum air ber ais.. (baru sekali kot minum air ais dlm tahun ni..kawan aku pelik tetiba perubahan secara drastik..order barli suam time lunch..huhu)

5. Banyakkan aktiviti sihat..jogging sempena nak gi daki gunong ..bowling sempena masuk kejohanan boling tertutup..uhuk2

6. Banyak makan makanan yg dimasak sendiri.. oleh housemate aku..plus dengan bantuan aku..
supaya kebersihan lebih terjamin...


Ok, Langkah2 yg di ambil....

# Hebah2kan kpd kawan2 terdekat.. (Yg jauh xyah la kot)
haha sejak tahun lepas lagi aku dh bgtau siap2 apa azam tahun baru aku.. Macam2 reaksi kawan2 aku..huhu.. ada yang gelak beSSarr.. Tapi dalam gelak2 tu diorang support gak..
Hebahan ini juga berfungsi sebagai cabaran kpd diri sendiri..kalau depa tgk aku x penuhi azam tahun baru ni malu la kan..

# Memaksa rakan2 mengikut semua azam aku ni.. supaya aku x keseorangan
Dihujung minggu aku akan mengejutkan mereka seawal 6.30 pagi untuk join aku jogging..
(sila terbalikkan maksud ayat diatas)..
Rasanya kaedah ini agak berkesan kpd mereka2 yg ingin mengamalkan diet seimbang.. so x rasa bersalah sgt la...hahaha..

Wassalam