Thursday, May 23, 2013

Zaman gebu MRA

Assalamualaikum wbt..

Internet slow nya malam ni. Duk belek2 album jumpa balik gambar2 MRA zaman gebu2an dulu. Sekarang pun gebu jugak.. Hehe. Cuma lasaknya dia sampai x sempat ummi nk cubit2 pipi gebu tu lagi.

Layan..

Thursday, May 16, 2013

Entry Sempena Hari Guru

Assalamualaikum wbt

Dekat FB duk kecoh selamat hari guru sana sini. Tak kurang rakan2 yang mengimbau kenangan lama, kantoi ngan cikgu, warden.. hehe seronok jugak duk baca balik. Mengimbau memori lama la..

Saya sendiri tidak dapat lari la dari memori2 itu.

Masa sekolah rendah, skema, pelajar harapan kononnya. Cikgu pun garang2 belaka, terutamanya cikgu matematik merangkap guru disiplin. 10 minit pertama kelas math ada 'congak', cikgu sebut, terus tulis jawapan, tak sempat nak buat kira2, kira dalam kepala ja. Kalau ada salah, ada la yang kena tarik hidung sampai merah, rotan kat tangan, berdiri atas kerusi, macam2. Semua saya penah rasa. Darjah enam, guru kelas garang jugak, kalau kelas kotoq, pakat2 kena galas beg jalan keliling padang sekolah. Malu oo..

Naik sekolah menengah, masuk asrama pulak tu, macam kena gezutan budaya disitu. Bulan posa plak tu. Basuh baju sendiri, nak makan kena beratuq. Bayangkan, nak bukak posa, pukul 6.30 ptg dah start beratuq, dari pintu dewan makan sampai la masuk pagaq asrama, punya la panjang. Masa ni saya rasa kecewa, awat la mak pak saya hantaq saya masuk asrama SMKAB ni. Waktu prep petang gheja duk lena ja kat kelas, maklumlah kejutan lagi, hidup di hostel sangat letih, terkejar2 pi skolah, pastu balik, solat zuhur berjemaah, lunch, pastu mandi2 siap2 pi kelas prep pulak, balik solat asar jemaah & minum petang, pastu riadah pulak WAJIB...(nak main pun kena paksa), pastu naik mandi2, beratuq pulak nak makan malam, pastu solat maghrib berjemaah, tazkirah, solat isyak berjemaah, pastu pi kelas prep lagi, pastu balik, minum malam pulak kat Dewan Makan, pastu kena baca surah Al-mulk sebelum tidoq, pastu wajib tutup lampu pukul 11 malam. TIDOQ! Semua yang saya sebutkan diatas adalah WAJIB. Makan pun kena paksa baq hang.. Kami dikawal oleh warden2 dan pengawas2 asrama.

Form 2 & 3 dah mula menyesuaikan diri, dah nampak dah sikit keotaian disitu.Time2 ni juga saya mula berkenalan dengan kejutan2 lain seperti histeria, jin islam, hantu raya, hantu buluh betung dan sebagainya. Saya juga mula menghafal ayat kursi masa form 2. Simpati dengan rakan2 yang terjebak dengan kemelut ini. Mula2 takut, lama2 jadi biasa, siap boleh berkomunikasi dengan 'mereka'.

Form 4 & 5, mula besaq kepala. macam2 benda nak try, kadangkala mencabar kesabaran guru2, warden2 dan rakan2 pengawas. Bila guru2 tercabar, hidup kami pon jadi mencabar gak la..hehe. Antara kenangan2 indah itu:

baca yasin di dataran perhimpunan.
rotan di kaki sebab lewat pi sekolah.
baju2 habis kena lempaq kat dataran dewan makan, sebab bersangkutan dikatil.
bercakap dengan lori sebab lewat pi kelas prep.
jemuq tengah panas sambil berpanas telinga dengaq leteran warden.
dengaq warden beleteq kat dewan makan sampai terlena dibuai mimpi ngeri.
tulis "kami tidak akan ponteng lagi" 300x sebab ponteng kuliah maghrib.
menyorok bawah katil, dalam locker semata2 nak ponteng.
gheja lena dalam kelas, pastu boring, terus balik sambung lena kat hostel.
waktu kelas, selamber ja pi makan kat kantin, bila cikgu tanya, kata gastrik. huh
lepas isyak terus tidoq kat surau, konon2 nak balik stay up satgi, sedaq2 dah azan subuh. huhu
waktu rehat, berniat baik, balik hostel solat dhuha, pastu pakat malas nak pi skolah balik.
malam2, lepas minum malam, kadang2 ada spot check, pastu warden beleteq sampai 1-2 pagi.

Macam2 ragam lagi la.. huhu.. jenuh plak nak ingat semua sekali.

apapun, terima kasih cikgu2 yang bersusah payah mendidik kami. Alhamdulillah semua rakan2 saya dah menjadi 'orang' skang ni. Semua dah berjaya dalam bidang masing2.

SELAMAT HARI GURU!!


Wednesday, May 15, 2013

MRA 1 Tahun 6 Bulan 7 Hari

Assalamualaikum wbt
Inila antara kelaku Muhammad yg mencuit hati ummi. Terbongkok2 tiru orang solat. Dah pandai angkat takbir dengan baik sekali. Tapi terus rukuk, tangan dilantai bukan di lutut. Kalau sujud terus sembam ke lantai dengan badan2 sekali. Hehehe...
Kalau meniru azan, suaranya ada lenggok tersendiri. Tangan ditelinga dengan mata terpejam2 menunjukkan bersungguh2nya azan beliau tu.

Resepi: Nugget Ayam Tempura Untuk Bayi Anda (homemade)

Assalamualaikum wbt

Hahaha.. tetiba gelak memikirkan blog yang tak update ni. Bila naik sheikh rajin tu berbondong2 la entry. Bila malas tu, diam je la..

Dengan kemalasan yang bersisa ni saya gagahkan menulis mukaddimah ini disusuli karangan copy paste dari blog orang lain... Hehehe. Sumber: Sihat Macam Yaya

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pernah tak sediakan nugget ayam kat anak?

Ha, kali ni saya nak bagitau resepi home made nugget ayam tempura sesuai untuk anak-anak dan yang penting berkhasiat dan segar dari ladang..hehe

Sesuai untuk anak anda berusia 1 1/2 tahun dan ke atas.

Idola Chef saya Chef Jamie Oliver dan Chef Michael Smith. Saya suka cara mereka masak. Simple dan sedap. Tak de protokol sangat pun. Yang best sekali cara mereka masak 'campak-campak' je. Hehehe

 

Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)
Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)

Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura 

3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura

1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam blender. Dan 
    kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna 
    kat rumah tu pun boleh tau. 
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil

3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih. 
    Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka 
    tambah dan gaulkan dengan isi jagung.

4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian  golekkan pula ke dalam tepung 
    gandum.

5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar. (orang yang tak terer masak macam 
    saya kene jaga api selalu -nanti rentung nugget ku)

6. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.

7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^



Tips Sediakan Nugget Ayam Tempura Untuk Si Manja

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sangat kuat deria rasa lidah mereka. Oleh itu hanya sedikit sahaja herba yang digunakan sudah mencukupi dan mereka sudah dapat merasai rasa herba itu. 


Selamat Menyediakan Home Made Nugget Ayam Tempura untuk anak-anak kesayangan anda^_^