Friday, April 27, 2012

Susu Ibu : Rakan2, mari buka mata dan telinga

'
Ini bukan blog tentang penyusuan. Saja tergerak hati nak pos tentang penyusuan susu ibu kerana di dapati ramai lagi antara kita yang kurang ambil berat tentang ini. Saya sendiri juga gagal menyusukan anak saya secara eksklusif disebabkan masalah-masalah tertentu. Kini saya sedar masalah2 tersebut boleh ditangani sekiranya kita dapat info2 penting lebih awal dan sokongan orang sekeliling. Untuk bakal2 ibu lets cekidaut..!

klik gambar untuk tumbesaran ;)

Ni pula info copy paste dari http://www.facebook.com/HealthyLife.my

Apa itu Penyusuan Efektif?
================
Tiada susu yang lebih baik untuk bayi anda selain daripada susu ibu. Kini ramai kaum ibu tidak berjaya menyusukan bayi mereka yang baru lahir. Bayi yang baru lahir perlu menyusu 12 kali sehari atau 2 jam sekali.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah penyusuan susu ibu wujud seperti:

1) Kurangnya ilmu, keyakinan diri dan pendedahan bagi ibu yang melahirkan bayi yang pertama.
2) Lewat memulakan penyusuan serta penyusuan yang tidak kerap dan terlalu mengikut jadual
3) Kurangnya sokongan dari pihak keluarga.
4) Keengganan untuk memberi susu ibu datang dari diri sendiri kerana mempunyai pemikiran yang negatif.

Beri susu ibu kepada bayi anda mengikut keselesaan anda dan bayi. Bayi yang lapar akan menghisap dengan pantas pada awal penyusuan dan akan perlahan bila ia selesa. Lihat pergerakan mulut, leher dan dahi bayi. Apabila bayi anda menyusu dengan baik,anda akan lihat pergerakan mulutnya serta pergerakan dahi dan leher semasa aktiviti penelanan susu. Semasa menyusu,bayi mungkin tertidur.Ini adalah tanda yang bayi sudah kenyang.


Siapa yang perlu membantu?
---------------------------------
Seorang suami memainkan peranan yang penting dalam memastikan isteri mereka mempunyai keinginan, minat, sokongan serta galakan supaya penyusuan susu ibu dapat dilakukan. Penyusuan susu ibu dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli susu formula dan bayi tidak begitu kerap untuk mendapatkan rawatan doktor.

Sokongan moral dan galakkan daripada kaum keluarga serta rakan-rakan rapat juga penting dalam mengalakkan penyusuan susu ibu kerana mereka mempunyai hubungan yang dekat serta memahami perasaan seseorang ibu atau wanita. Majikan yang memperkenalkan dan mewujudkan tempat kerja yang mesra keluarga dapat membantu untuk mengalakkan penyusuan ibu dengan memberi cuti bersalin yang lebh ideal, memberi waktu pelepasan untuk penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sejam sehari, menyediakan bilik yang selesa yang lengkap dengan kemudahan seperti peti ais dan bersih.


Kenapa perlu mengalakkan penyusuan susu ibu?
-------------------------------------------------------
Penyusuan susu ibu adalah makanan berkhasiat yang lengkap untuk memenuhi keperluan zat dan emosi bayi bagi tempoh 4 hingga 6 bulan pertama dan menggalakan pertumbuhan kesihatan yang baik bagi bayi anda selepas 2 tahun dan seterusnya.

Susu ibu lebih mudah dihadam bagi kebanyakan bayi berbanding susu formula. Susu ibu sangat kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi bayi anda. Walaupun bayi anda hanya mendapat sejumlah kecil kolostrum setiap penyusuan, ia sudah mencukupi bagi saiz perut bayi anda.

Penyusuan susu ibu mampu meningkatkan keyakinan dan ketahanan diri ibu itu sendiri. Oleh yang demikian risiko untuk mendapat kanser ovari dan payu dara adalah rendah . Bagi ibu yang berkerjaya ia boleh merapatkan hubungan kemesraan di antara ibu dan anak selepas terpaksa berjauhan untuk beberapa jam. Dengan mempunyai teknik kedudukan yang betul semasa berlaku penyusuan ibu, kaum ibu juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis dan dapat membentuk badan yang asal dengan lebih cepat.

Bagaimana mengetahui bayi anda mendapat cukup susu ibu?
---------------------------------------------------------------------
Dengan melihat cara bayi anda menghisap , jika bayi berhenti selepas setiap kali menghisap, bermakna dia mendapat susu yang cukup dan sedang menelan susu itu. Sekiranya aktiviti tersebut kerap berulang, bayi sudah pun mendapat susu yang mencukupi.
Sekiranya bayi anda membuang air besar dengan najis yang berwarna hijau,kelihatan cair, sedikit jumlahnya dan kerap membuang air besar dan kecil, ini menunjukkan bayi anda mungkin mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan akhir atau mungkin juga bayi anda mengalami sindrom terlebih susu. Ia berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali penyusuan berlaku.

Susu yang keluar pada peringkat awal penyusuan dikenali sebagai susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protein dan air. Peringkat akhir dikenali sebagai susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Kaum ibu digalakkan untuk memberi penyusuan pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan, kemudian bertukar kepada payu dara sebelah yang lain untuk memastikan bayi anda mendapat segala khasiat yang diperlukan.

Jika cara hisapan bayi anda amat perlahan, lemah, mengantuk dan bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu atau bayi anda kurang membuang air kecil selepas 3 hari lahir atau najis bayi masih berwarna hijau melepasi hari kelima kelahirannya, dapatkan bantuan dengan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kebanyakkan masalah boleh diatasi dan diselesaikan dengan mudah sekiranya nasihat dan bimbingan diperolehi lebih awal.


p/s: Untuk ibu2 bekerjaya x sempat susukan anak dirumah, anda boleh pam di ofis & buat stok macam gambar di bawah ni.. Susu anda boleh bertahan hingga 6 bulan dalam deep freezer tu. Jadi tiada alasan untuk tidak menyusukan anak yer.

ChePah, pinjam photo mu eh.. haha ;))

Mode: Rindu Rayyan

Assalamualaikum Rayyan anak umi yang soleh
Maafkan umi kerana terpaksa berjauhan dengan Rayyan.
Perpisahan ini bukanlah atas kerelaan umi, tapi umi terpaksa demi masa depan kita..
Setiap detik umi teringatkan Rayyan & umi sentiasa doakan kesejahteraan anak umi..
Setiap hari, walaupun kita berjauhan umi masih pam susu badan umi untuk Rayyan, Rayyan mesti minum nanti yer. Rayyan kan anak yg baik. Selagi termampu umi akan beri yang terbaik untuk anak umi.


Umi selalu terbayang2 saat Rayyan dilahirkan, Hari kedua, ingatkan dah boleh balik, rupa2nya Rayyan ditahan di wad akibat jaundis. Masa tu Rayyan asyik nangis bila diletakkan bawah lampu tu, suara anak umi la paling kuat dalam wad tu. haha. Hero la katakan.. ;) Bila duduk atas tila dengan umi boleh pulak tido kan.

Maafkan umi kerana gagal menyusukan Rayyan dengan baik masa tu. Entah dimana silapnya susu untuk Rayyan lambat pula keluar (hari ke 3). Terpaksa beri Rayyan susu formula seawal kelahiran Rayyan. Kesian anak umi.


Selepas kelahiran Rayyan, umi banyak belajar tentang penyusuan. Banyak info umi dapat dari Kumpulan Ibu2 Menyusu di Facebook dan blog2. Baru la umi tahu selok belok penyusuan ni yang secara umumnya belum pun meluas di Malaysia. Di negara luar, dah jarang2 jumpa susu formula di pasaraya kerana kesedaran yang tinggi di kalangan ibu bapa di sana. Kita di Malaysia masih jauh dibelakang.

Nasihat saya kepada ibu2, bakal ibu2 banyakkan ilmu tentang penyusuan ni, utamakan barang2 kelengkapan untuk penyusuan. Banyakkan buat research k, tentang penyimpanan susu ibu, berapa lama susu ibu boleh bertahan dll.

Tuesday, April 24, 2012

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat (Al-Fatihah)

Rabu 18 April 2012, lebih kurang jam 7 malam aku dapat 1 panggilan telefon dari ayah. Ayah sampaikan berita yang agak mengejutkan, Tok Banun telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirajiu'n. Malam itu juga aku bergegas pulang ke kedah. Nasib baik ada bas jam 9 malam dari Pudu ke Kulim.

Esoknya, aku ke rumah tok menziarahi jenazah buat kali terakhir. Cuaca hari tu mendung sejak pagi seolah-olah menangisi satu pemergian. Sebaik sampai aku terus menuju ke tempat tok dimandikan oleh anak-anaknya termasuk ayah. Ya Allah pertama kali dalam hidup melihat jenazah dimandikan. Sedih sangat waktu tu, aku menatap wajah tok puas-puas. Jenazah allahyarhamah nampak bersih, orang yang mandikan turut mengakui tubuhnya bersih dan mudah dimandikan. Alhamdulillah. Selesai mandi, tok dipakaikan 'pakaian' serba putih.. Lalu anak dan cucu dipanggil untuk mengucup wajah tok buat kali terakhir. Aku antara yang terawal mengucup wajah tok, sekali lagi terasa sayu yang amat sangat. Tok telah sedia untuk dikapankan, aku masih tak berganjak di situ, terasa masih tak puas memandang wajah tok.

Selesai dikapankan jenazah diangkat ke keranda untuk dibawa ke masjid. Van jenazah yang sedang tunggu di luar tidak digunakan kerana cucu-cucunya meminta untuk mengusung saja jenazah untuk dibawa ke masjid. Sebelum keluar dari rumah, ayah selaku salah seorang waris allahyarhamah sempat membuat sedikit ucapan ampun dan maaf bagi pihak tok dan mohon di tuntut sekiranya tok masih berhutang dengan siapa2. Suara ayah yang sebak dan tersekat-sekat sangat menyentuh perasaan ketika itu. Sebelum jenazah diusung ayah sempat menepuk lembut keranda sambil berkata "selamat jalan".. sedihnyaa..

Selepas di solatkan di masjid, jenazah dibawa ke tanah perkuburan tepat jam 12 tengahari. Cuaca pada hari itu mendung dari pagi tetapi tidak hujan. Urusan pengebumian berjalan lancar dengan anak cucu yang bertungkus lumus. Sesekali kelihatan ayah termenung panjang. Mama pun sama.. Mungkinkah kebetulan, sebaik sahaja selesai tanah ditimbus, dan tempat orang membaca talkin disiapkan hujan turun renyai2. Orang ramai masih tidak berganjak. Talkin dibaca sebanyak 3 kali dalam suasana yang penuh keinsafan. Sekali sekala hujan berhenti dan diikuti angin yang menggoyang2 pokok di sekeliling. Sejukk, walaupun jam menunjukkan hampir jam 1 tengahari.

Talkin ke 3 dibaca oleh ayah sendiri dalam keadaan sebak dan terhenti henti. Saudara mara mula tersedu sedan. Ya Allah.. ayat2 dalam bacaan talkin kadangkala menggerunkan. Terutama part "selepas kami beredar akan datang 2 malaikat akan menyoal....." Dengan angin pulak bertiup2, suasana yang agak mendung dan gelap, ish2..memang rasa pelik la time tu. Tak pernah lagi alami perasaan macam tu. Mungkin sebab first time tengok pengebumian kot. Mungkin orang lain rasa biasa ja kan.

Selesai saja talkin ke 3, selepas bacaan doa, tiba2 ada tanda-tanda hujan akan turun dengan lebat. Kami beredar ke rumah tok untuk makan tengahari. Masa tu la hujan turun selebat2nya. Sekali lagi mungkin kebetulan,wallahua'lam, hujan turun sebaik sahaja selesai urusan di tanah perkuburan.

* Tok pergi pada usia 83 tahun, sebelum tu terlantar dan mengalami lumpuh sebelah badan. Aku hanya dapat ziarah tok sekali sekala time balik kampung. Kali terakhir ziarah tok pada 26 Mac 2012 yang lalu. Ingat lagi masa tu bawa Rayyan, tok menghulur2 tangannya nak pegang Rayyan. Rupa-rupanya tu la kali terakhir tok pegang Rayyan.

* Tok menghembuskan nafas terakhir di depan ayah, sesudah ayah dan dan sahabat/saudara2 membacakan Yasin. Ayah sempat membisikkan kalimah Laailaahaillallah di telinga tok. Tak lekang dibibir tok kalimah Allah..Allah..Allah. Menurut ayah tok pergi dalam keadaan yang sempurna. Alhamdulillah..

* Sampai saat ini aku masih terbayang-bayang wajah bersih tok sebelum di kapankan. Kekalkanlah bayangan ini sebagai peringatanku..

Disebabkan baki cuti yang tak seberapa aku terpaksa bergegas pulang ke KL sebaik selesai urusan pengebumian tok.

Selang 2 hari, pada petang sabtu 21 April 2012, aku dikejutkan pula dengan satu lagi berita kurang enak dari kmpung. Tok sebelah mama pula ditemui jatuh di bilik air dalam keadaan tak sedarkan diri dengan tangan dan kaki dah kebiru-biruan. Dipercayai jatuh juga akibat strok dan tok disitu dalam tempoh yang lama iaitu tak kurang dari semalaman. Sekarang tok di hospital, dengarnya agak kritikal. InsyaAllah akan balik ke kedah lagi minggu ni.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku.. Aku masih mengharapkan tok sembuh seperti sediakala..