Friday, April 27, 2012

Susu Ibu : Rakan2, mari buka mata dan telinga

'
Ini bukan blog tentang penyusuan. Saja tergerak hati nak pos tentang penyusuan susu ibu kerana di dapati ramai lagi antara kita yang kurang ambil berat tentang ini. Saya sendiri juga gagal menyusukan anak saya secara eksklusif disebabkan masalah-masalah tertentu. Kini saya sedar masalah2 tersebut boleh ditangani sekiranya kita dapat info2 penting lebih awal dan sokongan orang sekeliling. Untuk bakal2 ibu lets cekidaut..!

klik gambar untuk tumbesaran ;)

Ni pula info copy paste dari http://www.facebook.com/HealthyLife.my

Apa itu Penyusuan Efektif?
================
Tiada susu yang lebih baik untuk bayi anda selain daripada susu ibu. Kini ramai kaum ibu tidak berjaya menyusukan bayi mereka yang baru lahir. Bayi yang baru lahir perlu menyusu 12 kali sehari atau 2 jam sekali.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah penyusuan susu ibu wujud seperti:

1) Kurangnya ilmu, keyakinan diri dan pendedahan bagi ibu yang melahirkan bayi yang pertama.
2) Lewat memulakan penyusuan serta penyusuan yang tidak kerap dan terlalu mengikut jadual
3) Kurangnya sokongan dari pihak keluarga.
4) Keengganan untuk memberi susu ibu datang dari diri sendiri kerana mempunyai pemikiran yang negatif.

Beri susu ibu kepada bayi anda mengikut keselesaan anda dan bayi. Bayi yang lapar akan menghisap dengan pantas pada awal penyusuan dan akan perlahan bila ia selesa. Lihat pergerakan mulut, leher dan dahi bayi. Apabila bayi anda menyusu dengan baik,anda akan lihat pergerakan mulutnya serta pergerakan dahi dan leher semasa aktiviti penelanan susu. Semasa menyusu,bayi mungkin tertidur.Ini adalah tanda yang bayi sudah kenyang.


Siapa yang perlu membantu?
---------------------------------
Seorang suami memainkan peranan yang penting dalam memastikan isteri mereka mempunyai keinginan, minat, sokongan serta galakan supaya penyusuan susu ibu dapat dilakukan. Penyusuan susu ibu dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli susu formula dan bayi tidak begitu kerap untuk mendapatkan rawatan doktor.

Sokongan moral dan galakkan daripada kaum keluarga serta rakan-rakan rapat juga penting dalam mengalakkan penyusuan susu ibu kerana mereka mempunyai hubungan yang dekat serta memahami perasaan seseorang ibu atau wanita. Majikan yang memperkenalkan dan mewujudkan tempat kerja yang mesra keluarga dapat membantu untuk mengalakkan penyusuan ibu dengan memberi cuti bersalin yang lebh ideal, memberi waktu pelepasan untuk penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sejam sehari, menyediakan bilik yang selesa yang lengkap dengan kemudahan seperti peti ais dan bersih.


Kenapa perlu mengalakkan penyusuan susu ibu?
-------------------------------------------------------
Penyusuan susu ibu adalah makanan berkhasiat yang lengkap untuk memenuhi keperluan zat dan emosi bayi bagi tempoh 4 hingga 6 bulan pertama dan menggalakan pertumbuhan kesihatan yang baik bagi bayi anda selepas 2 tahun dan seterusnya.

Susu ibu lebih mudah dihadam bagi kebanyakan bayi berbanding susu formula. Susu ibu sangat kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi bayi anda. Walaupun bayi anda hanya mendapat sejumlah kecil kolostrum setiap penyusuan, ia sudah mencukupi bagi saiz perut bayi anda.

Penyusuan susu ibu mampu meningkatkan keyakinan dan ketahanan diri ibu itu sendiri. Oleh yang demikian risiko untuk mendapat kanser ovari dan payu dara adalah rendah . Bagi ibu yang berkerjaya ia boleh merapatkan hubungan kemesraan di antara ibu dan anak selepas terpaksa berjauhan untuk beberapa jam. Dengan mempunyai teknik kedudukan yang betul semasa berlaku penyusuan ibu, kaum ibu juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis dan dapat membentuk badan yang asal dengan lebih cepat.

Bagaimana mengetahui bayi anda mendapat cukup susu ibu?
---------------------------------------------------------------------
Dengan melihat cara bayi anda menghisap , jika bayi berhenti selepas setiap kali menghisap, bermakna dia mendapat susu yang cukup dan sedang menelan susu itu. Sekiranya aktiviti tersebut kerap berulang, bayi sudah pun mendapat susu yang mencukupi.
Sekiranya bayi anda membuang air besar dengan najis yang berwarna hijau,kelihatan cair, sedikit jumlahnya dan kerap membuang air besar dan kecil, ini menunjukkan bayi anda mungkin mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan akhir atau mungkin juga bayi anda mengalami sindrom terlebih susu. Ia berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali penyusuan berlaku.

Susu yang keluar pada peringkat awal penyusuan dikenali sebagai susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protein dan air. Peringkat akhir dikenali sebagai susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Kaum ibu digalakkan untuk memberi penyusuan pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan, kemudian bertukar kepada payu dara sebelah yang lain untuk memastikan bayi anda mendapat segala khasiat yang diperlukan.

Jika cara hisapan bayi anda amat perlahan, lemah, mengantuk dan bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu atau bayi anda kurang membuang air kecil selepas 3 hari lahir atau najis bayi masih berwarna hijau melepasi hari kelima kelahirannya, dapatkan bantuan dengan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kebanyakkan masalah boleh diatasi dan diselesaikan dengan mudah sekiranya nasihat dan bimbingan diperolehi lebih awal.


p/s: Untuk ibu2 bekerjaya x sempat susukan anak dirumah, anda boleh pam di ofis & buat stok macam gambar di bawah ni.. Susu anda boleh bertahan hingga 6 bulan dalam deep freezer tu. Jadi tiada alasan untuk tidak menyusukan anak yer.

ChePah, pinjam photo mu eh.. haha ;))

2 comments: