Showing posts with label Nota Jalanan. Show all posts
Showing posts with label Nota Jalanan. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Entry Carca Merba [Edisi Semalam]

Assalamualaikum wbt

Semalam gi check up 34 minggu.. Alhamdulillah semuanya sihat, terutamanya si ibu yg terlebih sihat. Berat dah naik lagi 1.6kg dalam masa 2 minggu jer. Huh..

Terus buat muka kesian.. Cakap kat en suami.. Nak diet la pasni.. (Padahal dlm hati.. ala.. camna ni takkan nak kena control makan kot~).. hahaha..

Depan nurse saja buat2 tanya.. berat saya ok ker.. Padahal dah tau memang berlebihan dah.. huhu. nurse cakap, dah lebih.. tapi jangan diet2 tau. (Eh nurse ni magic la cam leh baca je otak aku kan). Tapi lepas nurse cakap jangan diet, muka terus bersinar2.. yess! juz nurse pesan, kurangkan karbohidrat, banyak makan lauk2 takpe.. ok!!

Nurse check kaki dah sembab skit, tapi normal. Minggu lepas pun kaki dah bengkak2 mcm belon, jari jemari kaki dah jadi kontot2 jer. hahaha.. Sebab terlalu lama duduk~ je dalam kereta. Travel jauh kan.

Oh.. minggu lepas outstation 3 hari ke Kota Tinggi. Sib baik en suami sudi temankan. hehe.. Terima kasih abang..

Menarik jugak Air Terjun Kota Tinggi ni, sejukk.. jauh dari hiruk pikuk kota.. rasa nak terjun ja dan berenang2 je kat situ. (atau lebih tepat lagi berendam sebab x tahu berenang pun!) Atau sekurang2nya dapat la celup kaki kan. Tapi.. cuaca begitu tidak mengizinkan, asyik hujan renyai2 ja kat sana, batu2 pun licin.. so lain kali la bawak anak2 pi picnic kat mana2 waterfall nanti.. hahaha

ok sila bayangkan mak buyong meluncur laju sambil menjerit ketakutan .. kikiki

Ni hasil amuk WSU di kota tinggi.. hahaha.. seb baik x cedera parah ..

Bergerak pulang .. Selamat tinggal Kota Tinggi Waterfall

Perjalanan pulang ke KL yang memenatkan setelah 3 hari di Johor..
adoyai... tido~ je sepanjang jalan.


Tuesday, September 6, 2011

Ibu Mengandung Memang Pelupa?

Yess.. Ini adalah fakta bukan auta yer. Dah banyak kali terbaca artikel menyatakan sememangnya ibu mengandung mudah lupa. So itu bukan lah satu perkara yang pelik dan nyanyuk. hehe..

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ibu mengandung mudah terlupa disebabkan perubahan hormon dan terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran, terutamanya ibu-ibu yang makin menghampiri tempoh untuk melahirkan bayinya.

Ibu mengandung juga mudah lupa disebabkan peningkatan jumlah estrogen yang banyak ketika mengandung.

Selain tu, otak ibu mengandung juga akan mengecut sedikit ketika mengandung... tetapi akan kembali normal selepas dua bulan melahirkan kandungan... (uhh otak mengecut??)

Haishh beria2 pulak bagi fakta tentang ibu mengandung yg pelupa ni.. Cam ade pape jer..

Tapi memang serius la dah lama perasan tentang benda ni, selalu sangat terlupa, memula risau takut2 termakan semut ke hape kan, bila dah jumpa artikel2 berupa fakta begitu lega sikit rasa hati ini. Rupa2nya SAYA MASIH MANUSIA NORMAL. Yahoo..

Terbaru, keterlupaan kritikal yang berlaku..
DAH SEBULAN LEBIH MEMANDU TANPA LESEN YG SAH!!
Huhu..sebenarnya lesen memanduku dah tamat sejak 23 Julai yang lalu. Boleh pulak tak perasan. Seingat aku sebulan sebelum tu dah sebut2 nak kena renew lesen bulan julai.. Tapi.. itulah.. yang nak di explain sejak awal tadi.. LUPA!

Sedar lesen dah tamat masa nak balik raya 26 Ogos lepas, konon-konon kalau suami letih drive boleh la gilir2..

Aik?? time nak kena gilir boleh pulak ingat lesen belum renew. Selama ni ko drive yungg sana yungg sini pegi keja tak pula teringat eh? Tu yg pelik tuh.. huhu

Apapun untuk pengetahuan polis2 dan Jpj2 diluar sana, saya dah renew lesen saya semalam.. Mungkin saya akan letak kat dashboard depan kereta untuk penglihatan lebih jelas. Hehe..

Kepada rakan2 taulan mungkin fakta2 yang saya jelaskan diatas boleh digunapakai sekiranya anda kantoi sebab x renew lesen.. Tapi pastikan anda seorang perempuan.. sekian

Berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang..

Tuesday, July 26, 2011

Hari Ke-2 Di Tapak Pembinaan

Tajuk skema habis.. teringat plak masa sekolah rendah cikgu paksa buat diari penat nak memikionye ..""6.30am: bangun dari tidur, 7.00am: sarapan, 7.30am: bertolak kesekolah (patutla slalu lewat), 1.15pm: pulang dari sekolah, 2.00pm...bla3""

Ok kembali ke ceritera asal..
Hari ni dah masuk 2nd day, 1st day semalam Ya Allah.. Rasa cam nak tecabut dari pinggang ke bawah. Terpaksa la ajak suami mkn kt luar ja.. hehe..

Tapi harini rasa bertenaga lah pulak. panjat punya panjat punya panjat.. boleh la jugak sampai level 7. Jom layan view KL dari tingkat 7 cmno..


Leh tahan jugak view KL ni.. Bak kata sepotong ayat yg aku blaja dari dayang sejak aku berkawan dgn dia dah nak masuk 3 tahon ni.. "KACAK NA VIEW TUK"..
Memang tak patut la dayang ni hanyalah sepotong ayat bahasa sarawak yg dia ajar kitorang..

Ok tu je la 2 kepin gambo aku leh tunjuk.
Banyak2 kang ada yg kata aku gi site makan angin je kan..
Kang aku tunjuk gambo besi2 & konkrit kang mesti laju2 je korang klik butang X kat atas belah kanan tu kan..

Serba salah aku dibuatnya.. hehe..
Nota kaki: sebenarnya aku pun malas nk tulis n upload gmbar byk2..

Nota tangan: Ikut progress dh smpai level 12 projek ni, mampu ke aku sampai nun di atas sana?? Doakan saya kawan2..

Monday, July 11, 2011

Rangka Ayam Di Pertengahan Jalan

Assalamualaikum..
Penah makan rangka ayam? penah? penah?
Huhu..dah lama aku sebut2nak makan rangka ayam ni. Tapi x dapat2, tak tau mana nak cari sebab jarang2 sangat nak menjengah ke pasar2 malam kat KL ni.
Semalam kebetulan balik dari kedah ke KL. Nak di jadikan cerita ikut la jalan lama sambil menghirup udara segar.
(padahal tido je sepanjang jalan.. serius! ditambah dgn hujan kat luar dengan aircond yang sepoi2 bahasa.. pergh..dia punya mengantuk tu rasa cam mkn ubat tido jer)

Lepas singgah jama' zuhur & asar baru segar skit mata ni. Perut pun lapar mula la mencari2 port baik punya nak makan kan. Waah pasar malam, pasar malam.. Dah 10 tahun x penah g pasar malam jom kita singgah bang... dah lamaa x makan rangka ayam.. (dengan muka kesian serta mata yang berkaca2..ahahah)

Akhirnya...
ngap..ngap..ngap.. kami menghabiskan 2 ekor rangka ayam. Bukan berdua yer..
kami berEMPAT!

Gambo google jek. Mane nak sempat snap2 gambo kalo dah lapo~

Kami meneruskan perjalanan setelah ayam tu betul2 tinggal rangka jer.. Siap pesan kat semua hadirin.. ingat ye nama tempat ni, Nanti balik kampung leh singgah lagi.
Lokasi: Temoh, Perak (dekat Tapah kalo x silap)
Masa : Ahad.. jam... dah nama pasar malam mestila bukak dari petang sampai malam kan..

P/S: Teringat plak kisah beli rangka ayam masa zaman bujang di Kepong Sentral.. blueks.

Monday, January 11, 2010

apa AZAM TAHUN BARU aku...

Salam..
Haishh dh 11 hari berlalu baru nak ckp psl tahun baru ka.. Dah lama sangat tak tengok blog ni..

Ermm azam tahun baru saya adalah ingin menjaga kesihatan sebaik2nya.. Bak kata satu pepatah arab.. aa.. yang bermaksud.. Minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas..
(aduss camna aku leh lupa ni..)

Antara perkara2 yg terkandung dlm azam baru aku..

1. Mee maggi adalah diharamkan (kecuali saat2 yg terdesak)
2. Kurangkan memakan fast food...(kfc, mcD, pizza bla3...)

Antara dialog2 yg perlu diberi perhatian..
2009 : Ish minggu ni kita x makan kfc lagi kan...
2010 : Ish tahun ni kita x makan kfc lagi kan.. (harap2 la..)

Kata2 Motivasi dari housemate aku..

"hang tau dak ayam yg depa duk buat kfc tu membesar dalam masa 2 minggu ja tau.. xtau la bahan apa yg depa guna untuk membesarkan ayam2 tersebut.."

kata2 inila peniup semangat aku supaya jgn mkn kfc..uhuk2..

3. Banyakkan minum air putih.. (x minum lagi air yg dimasak dari air berklorin..ada kesan jangka panjang ni..antara penyebab kanser darah..)

4. X minum air ber ais.. (baru sekali kot minum air ais dlm tahun ni..kawan aku pelik tetiba perubahan secara drastik..order barli suam time lunch..huhu)

5. Banyakkan aktiviti sihat..jogging sempena nak gi daki gunong ..bowling sempena masuk kejohanan boling tertutup..uhuk2

6. Banyak makan makanan yg dimasak sendiri.. oleh housemate aku..plus dengan bantuan aku..
supaya kebersihan lebih terjamin...


Ok, Langkah2 yg di ambil....

# Hebah2kan kpd kawan2 terdekat.. (Yg jauh xyah la kot)
haha sejak tahun lepas lagi aku dh bgtau siap2 apa azam tahun baru aku.. Macam2 reaksi kawan2 aku..huhu.. ada yang gelak beSSarr.. Tapi dalam gelak2 tu diorang support gak..
Hebahan ini juga berfungsi sebagai cabaran kpd diri sendiri..kalau depa tgk aku x penuhi azam tahun baru ni malu la kan..

# Memaksa rakan2 mengikut semua azam aku ni.. supaya aku x keseorangan
Dihujung minggu aku akan mengejutkan mereka seawal 6.30 pagi untuk join aku jogging..
(sila terbalikkan maksud ayat diatas)..
Rasanya kaedah ini agak berkesan kpd mereka2 yg ingin mengamalkan diet seimbang.. so x rasa bersalah sgt la...hahaha..

Wassalam

Wednesday, October 7, 2009

Crita2 Outstation-Ipoh

Kisah I (Angkara pencungkil Gigi)

Hari ahad, bertolak ke Ipoh menaiki kenderaan sendiri buat pertama kalinyaatas kesulitan yg x dapat dielakkan. Slalu outstation dengan kereta jabatan.

Sampai kat Tapah..

B: meh sini tengok tayar ko..pancit ke ni..patut la aku rasa goyang2 je td. ko x check ke,dh la nak jalan jauh.. bla3.. (membebel sambil mengisi angin tayar)
A: alamak apsal leh jadi camni.. err standard la pompuan, asalkan keta leh jalan, belasah jer.. (sempat lagi menjawab)

Lepas isi minyak teruskan perjalanan ke Ipoh dgn selamat. tayar macam dh ok..

Keesokan harinya, kluar dari hotel kul 8.20 am,ade meeting kul 9..
sampai kat keta, alamak! dah pancit balik.. confirm ade kebocoran ni.. singgah kedai tayar berdekatan hotel.

Pakcik kedai tayar: Ohh ni ada kayu ni..

setelah di korek2 ditarik2.. uishh..kayu pencungkil gigi jer.. kena kat tepi susah skit nak tampal ni.. silap2 kne tukar tayar.. takpa, pakcik try dlu..

A: mencongak2 duit ditangan..sewa hotel, minyak, tol.. uih kena amik duit tabung ni..haha..

Pakcik kedai tayar: ok.. dh siap tampal.. jgn cabut plak benda ni..

A: ok2..fuh nasib baik.. ape da tayar ni kena pencungkil gigi pun leh bocor ka..

Moral: kalo nmpak pencungkil gigi tgh jalan, elakkan dari melanggar beliau..

------------------------------------------------------------

Kisah II (Batu?)

Balik hotel lepas bridge inspection.. rasa lapar.. makan kat kedai depan hotel.

Time nak bayar, tokey kedai yg peramah tanya si C..

Tokey: awak resdung ke? saya ada petua cmna nak hilangkan resdung.. bla3..
C: er xpa2 dh mcm2 ubat saya try..
A: ahh.. dia nak jual obat plakk.. maleh nak dengar..lalala~ (dalam hati)

Tokey: tumbuk daun jambu batu.. tumbuk..tumbuk..tumbukk.. sambil selawat niat nak buat ubat..tumbuk..tumbuk.. sapu kat muka ngan bedak sejuk.. insya Allah.. tengok muka saya.. dlu lagi teruk bla3..

beliau cerita dengan penuh semangat, siap dengan gaya ala2 tumbuk sambal belacan..

A: eh cam boleh pecaya ja.. kot2 leh try nnt.. err.. daun apa tadi bang? daun batu?? uhuk2.. tu la td xmau dengaq betoi2..

Tokey: Daun JAMBU BATU! batu buat apa.. buat ketuk kepala ko boleh la..

B: haha..hambik ko si A.. kena sebijik..

A, B dan C keluar dari kedai tersebut dengan malu2 kucing..

sampai kt kedai majalah selang 2-3 buah dari kedai makan tu..

Tokey: Jangan lupa daun jambu batu..bukan BATU!! (melaung dengan kuatnya)

A: yer baiklahh...

Moral: bila org cakap dengo betol2..

------------------------------------------------------------
Kisah III (Jambu Batu)
.
.
On d way balik KL, singgah di Tapah.. Teringin nak makan buah buahan tempatan.
.
.
Banyak sangat kedai buah.. jual buah yg sama, harga yg sama.. ntah2 dari tempat yg sama juga.. Si A & C ikut kaki ja.. stop kat satu kedai..kedai melayu.. terus pegang sekilo jambu batu yg siap di pack.. Tapi langsung x di layan oleh penjaga kedai tersebut yg sempat dikira, ada seramai 4-5 org semuanya.. masing2 sibuk buat apa ntah kat dalam..
.
.
.
Betul2 sebelah kedai tu adalah kedai buah yg dijaga oleh bangsa yg agak putih warna kulitnya.. diorang ni plak sibuk panggil si A & C ni.. "kak nak beli jambu ke kak.. nak beli jambu ke kak.." berulang..ulang..ulang kali.. bergilir2.. dikira2 dengan jari bilangan mereka juga x kurang dari 4 org semuanya..siap beratur sederet kat kaunter.. begitu agresif memanggil pembeli, walopon pembeli dh pegang buah2an kat kedai lain.. wah2.. agak kagum juga.. sampai terdetik di hati.. Berbezanya cara melayu berniaga kalo dibandingkan dengan bangsa yg satu lagi ni..
.
.
.
Alang2 dh pegang xkan nak letak balik kot.. terpaksa la kuatkan suara memanggil akak melayu ni.. kak2, kami nak bayar ni..(byk kali panggil baru nak mai.. aduhh.. cmna melayu nak maju ni) haishh.. agak bising dengan suara yg memanggil2 suh beli kat kedai depa..
.
.
.
Dah siap beli.. terus berjalan sambil mata memerhati gerai2 buah yg lain..
haishh ada plak tukang jaga kaunter tu duk mengadap cermin sambil MEMICIT JERAWAT!!
adoii agak2 la.. tokey buah tu bayar ko bukan utk picit jerawat la.. huhu... gerai tu dh di blacklist oleh A & C..
.
.
.
Moral: pikir la sendiri, cakap lebih2 kang ada org marah..
Nota kecik: A adalah aku..