Tuesday, April 30, 2013

Celcom nak saman saya!

 Assalamualaikum wbt.

Masihkah anda ingat akan entry saya yang bertajuk Tragedi Berulang dan Nak kena selkom ni beberapa bulan yang lalu? Haha. Sengaja meletakkan link disitu sebab tau, tak ramai yang ikuti blog picisan ini.kikiki.

Rentetan Peristiwa
Sebelum kejadian dalam entry Nak kena selkom ni tu, ada lagi 2 kejadian yang tak diceritakan di blog, so tak ingat la tarikhnya. Talian celcom saya di bar, dan apabila di hubungi customer sevice, saya diberitakan caj dah mencecah RM700+. Terkejut beruk jugak dibuatnya. Pung pang pung pang, setel la. Kemudian peristiwa sama berulang dan berulang. Akhirnya saya akhiri tragedi2 itu seperti diceritakan dalam entry Tragedi Berulang. Secara rasminya talian di terminate pada 23 Januari 2013.

Menunggu
Saya pun menunggu2 emel yang menyatakan bil dah ready untuk dibayar. Pada hemat saya (perh, 1st time guna perkataan hemat ni) maximum kena bayar pun mesti RM98 (sebulan) walaupun hakikatnya saya guna 4 hari sahaja mengikut cycle bil iaitu (18-21 Januari 2013) sebab 22 Januari 2013 dah kena bar. Unbilled amaun ketika itu RM257.80.
(Nota: bila ditanya tentang kesahihan unbilled amount, operator customer service menyatakan kena tunggu hingga bil sebenar keluar iaitu pada 18 Februari 2013)
Ok, saya tunggu.. selalunya akan dapat notification melalui emel kerana saya memilih untuk menyemak bil online sahaja. Bil yang dihantar ke alamat rumah akan dicaj lagi RM5. Membazir.

Bil dah keluar
Pada 23 April 2013 (rujuk gambar), iaitu setelah 3 bulan berlalu saya dapat emel menyatakan bil statement dah available untuk disemak. Bila klik link yang diberi dan cuba log in, tak dapat masuk kerana akaun inactive. Logik la dah terminate kan. Masa ni dah terkejut sebab tengok bil tu masih RM257.80. Sebab tu nak tengok bil statement, caj dibuat atas panggilan kemana? Dari bila ke bila?

Surat ugutan
Pada 28 April 2013, saya dikejutkan lagi dengan kemunculan surat amaran dari syarikat guaman mengatakan saya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar wang berjumlah RM257.80 bla.. bla.. bla.. sekiranya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ini, kami diarahkan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap tuan/puan tanpa sebarang rujukan dan segala kos guaman akan ditanggung oleh pihak tuan/puan. 

Amboi ini sudah lebih. Saya nekad takkan bayar selagi celcom tak dapat tunjuk statement bil saya. Sebab, adalah sangat tak logik caj RM257.80 untuk 4 hari!

Call Customer service lagi pada 29 April 2013.
Helo..bla..bla..bla.. (malas gila nak tulis benda yg sama macam entry2 lepas).

Celcom: caj tinggi ni sebab....

Saya: internet? (terus menyampuk, dah tau sangat dahhh)

Celcom: Yessssss..internet (nada bangga gila)

Saya: Tapi saya ada subsribe internet 3g sebulan, guna tak sampai 3g pon... 

Celcom: Eh aahla... sepatutnya dah tak caj, kalau guna lebih pon memang xde extra caj. Die caj ni untuk penggunaan internet bulan 2.

Saya: Saya dah terminate bulan 1, knapa bulan 2 caj lagi. extra pulak tu. 

Celcom: Aah, ada extra caj disini. Puan perlu ke branch celcom terdekat untuk buka kes ni. bla..bla..bla..

Operater kali ni sangatla sopan dan memuaskan hati. Adala jugak gaya dan nada nak menolong serta mengakui kesilapan yg berlaku. Dan dari percakapan beliau, beliau bukan melayu. Sebelum2 ni dapat operator melayu, tapi...emm.. asyik nak salahkan orang ja, sikit pon tak mengaku kelemahan sistem depa. Grrrr... 

Kesimpulan
Saya akan ke celcom dalam masa terdekat. Kalau tak settle mungkin akan ke SKMM, tribunal pengguna, CMF, CMCF, POLIS, SPRM, SPR, JKR... haaaaa...baru hgpa tauuuu... hehe

Persoalan
1. Saya yang patut saman celcom atau celcom patut saman saya?
2. Dapat notification melalui emel pada 23 April 2013 dan surat ugutan dari lawyer bertarikh 22 April 2013. Depa ugut dulu, pastu baru beritahu "tadaaa bil anda dah available..." (hakikatnya saya takleh pun tengok bil statement tu)
3. Yang nak saman tu celcom yang beralamat di KL, tapi syarikat guaman tu dari Kota Kinabalu. 
4. Masa tulis entry ni tiba2 black out. Ni mesti celcom yg sabotaj saya! (hahaha...ini tuduhan yang sangat tidak berasas, jangan percaya!) Tapi nasib baik, automatik save sebagai draft. 

Nota
Saya sanggup tak lunch harini untuk post entry ini sebagai rujukan dimasa hadapan. Juga untuk rujukan teman2 yang senasib. Perkembangan2 terkini akan diupdate kemudian. KALAU RAJIN. 

Akhir kata....tak sabar nak balik ngundi!!! *tiba2* 


18 comments:

  1. itula...geram betoi ni.. memang takkan bayaq la, kalo duk bayaq depa naik lemak. Dah berapa ramai duk kena..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Nak tanya ni. Macam mana awak settlekan semua ni ye.
    Nak sgt mintak tunjuk ajar, sbb saya pun terkena.
    Kena but report polis ke? & at last awak bayar tak kat celcom tu?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Nak tanya ni. Macam mana awak settlekan semua ni ye.
    Nak sgt mintak tunjuk ajar, sbb saya pun terkena.
    Kena but report polis ke? & at last awak bayar tak kat celcom tu?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.. Saya pergi ke celcom centre. Diorang semak balik dan memang salah diorang. So saya bayar setakat yang saya guna je. Dalam rm60 lebih camtu.

    ReplyDelete
  5. Saya guna postpaid sebulan je
    Lps settle bil, trus port out tukar line lain
    2 bulan kmudian tiba2 dpt surat saman bgtau ad caj tertunggak rm169

    Sy pergi branch celcom tdkt, ad staff tu ckp "ni tipu je saman2 ni, celcom mmg suka caj lbih"

    Lps tu skrg ni sy dpt kali ke-2 surat ni kononnya kalau tak settle, dia nak dtg rumah (mcm kelakar pulak)

    Ap ptt sy buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celcom babi line cam cibai bill aku rela bayar 4**lebih report punya rrport nk dpt line ...ok jp selang seminggu buat pulak babi pukimak celcom

      Delete
  6. Celcom postpaid,xkna guna pun tetap berjalan tu bayaran..bill dari rm78 meningkat pegi rm203.57 😩 xtau siapa yg guna ..katanya,selagi masih aktif selagi tu kena cas ..apahal celcommmm woiiiii .sampah

    ReplyDelete
  7. Hi, saya pun pernah kena macam tu. Saya subscribe yang rm80 sebulan tu tapi lepas 3 bulan dia naik jadi rm140+ setiap bulan. Awak pun alami benda yang sama ke?

    ReplyDelete
  8. Aku kena ..lgi teruk aku tak pernah guna bil ttbe surat smpai rumah cakap aku tak bayar ..tunggak smpai rm876 ..bana dia lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sy pun mcm anda jugak . tk pernah² sy pakai celcom ttbe surat sampai . 3k lebih plak tu yg tertunggak . gila ke apa . mintak tolong sgt² , apa yg perlu sy lakukan ? report polis ? pergi celcom centre atau mcm mana ? pening la !

      Delete
  9. Sye pon pernh terkena lgi teruk sampai Rm 2742.50 uiss sakit hati bila dgr kena bayar mcm tu kata nya tertunggak perlu di sattle kn. selalu nya klau kita tk satlle pinjamn ke spa surat mesti sampai ke rumh tpi ni tidak .klau mcm ni sye bole buat report tk ?

    ReplyDelete
  10. Saya pun pernah gak kena dengan telekom,rumah saya tak ada telipon tapi hantar bil telipon rm2k lebih,bila sy pegi telekom cek dlm system ada,so sy pun minta print outkan statement dgn alamat rumah..rumah kat kepong tapinsy ddk.kat pj.sy pun police report htr kat guam dia,adakah guam dia boleh ckp dah hilang. So sy buat balik report htr trs kat telekom terdekat. Mereka pun terdiam terus.so menipu namanya kan.sama dgn unifi menipu .

    ReplyDelete
  11. Saya pun terkena dgn celcom ni. Tahun lepas sy ke celcom centre utk terminate plan internet celcom sebab data cepat sangat habis, 8gb dlm seminggu padahal saya tak guna sebanyak tu pun dlm seminggu. Staff celcom tu kata HQ diorg akn buat siasatan tapi report apa pun takde sampai kat saya. Sebelum saya tamatkan line celcom tu, saya dah jelaskan bayaran sebelum tu. Tapi beberapa bulan selepas tu celcom hantar byk mesej mengatakan ada bayaran tertunggak yg perlu dijelaskan dan meminta saya menghubungi NORBAINI. Saya abaikan semua mesej tu kerana saya sudah jelaskan semua bayaran sebelum terminate line celcom tu. Tapi setelah beberapa bulan, hari ini saya terima surat guaman dari Celcom sama seperti dlm kes entry ni. Sangat menyakitkan hati! Kalau dah ramai pelanggan yg terkena, apa tindakan yg boleh dikenakan terhadap Celcom ni?

    ReplyDelete
  12. Kalo kita buat tak peduli cmne yea

    ReplyDelete
  13. Kalo kita buat tak peduli cmne yea

    ReplyDelete
  14. Saya ada dapat surat dari lawyer Majid&co mengatakan anak guaman dia(celcom axiata bhd) telah menuntut bayaran sebanyak rm107.95. no celcom ni saya sudah pun menukar ke unifi mobile dan telahpun mbuat bayaran bill celcom sebelum itu. Selepas 6 bulan pemotongan, ada beberapa no scam dari debt collector call yg mengatakan saya ada berhutang dgn celcom.

    ReplyDelete
  15. Anak saya tak pernah beli iphone 12,memang tak mampu,dapat aurat Dari kudrat company ,penuntut hutang bagi pijak Celcom,rm 4ooo++, kena bayar,dah buat report polis,polispun suruh bayar,tak masuk akak,benda yg kita tak tak buat kita pulak kena bayar,tapi saya risau,anak saya nak lapur polis, takut tak lepas ,

    ReplyDelete