Sunday, April 28, 2013

MRA malu..

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak menulis disini.
Sejak minggu lepas, saya menyedari betapa pentingnya menulis blog. Ada tarikh2 penting yg saya dah lupakan, tiba2 ada haiwan dalam bahaya...er sori2.. Tiba2 ada masalah muncul. Di saat pejam2 mata pikir balik tarikh itu,baru teringat.. Owh.. Ada tulis dalam blog la pada tarikh tersebut. Apakah masalahnya?? ianya berkisar kisah tragis saya dgn celcom. Ok..kalau RAJIN nanti saya nukilkan kisah tersebut disini. (nukil la sangat kan..wek..)

Haha. Panjang pulak muqaddimahnyaaaaaa.... Lari tajuk pulak tu. Berbalik kepada tajuk asal.. MRA dah belajar erti malu weh..

Camni alkisahnya... Sekarang kalau tak semena-mena beliau menangis, ummi dah tau dah apa masalahnya.. Cer teka??

MRA sedang poo-poo!

Dalam keadaan camtu selalunya memang susah untuk dipujuk2 lagi. Beliau akan menangis semahu2nya.. Ummi boleh tolong gosok2 perut ja sambil2 jampi konon2nya dan hembus ke perut. Hehe.. Bila dah selesai ottomatikli beliau berbunyi.. "haaa..." sebagai tanda kejayaan.

TAPI...

Hari ini.....hari yg sememangnya ummi terpaksa ambil EL sebab beliau kurang sihat asyik merengek sejak semalam sampai ummi dah ting tong tak cukup tidoq. Petang tadi secara tiba2 beliau menangis dengan kuat menjerit2. Ummi seperti biasa akan hulur tangan untuk ambil dan pujuk lah. Tiba2 lagi beliau berlari tak mau kat ummi dan menyorok belakang pintu. Ummi kejar. Beliau lari ke belakang kerusi pula. Lalu ummi berasa terharu dek kerana anaknya ini sudah besar. Nak berak di khalayak ramai pon malu. Haha.. Sejurus urusan beliau selesai, dengan senyum manis tanpa rasa bersalah dengan bau2an harum beliau terus bermain... Berlari ke sana sini.. Aik yg bau2an harum tu tak malu pulak??

No comments:

Post a Comment