Wednesday, April 17, 2013

MRA jarang mengeliat

Assalamualaikum wbt

Muhammad Rayyan Aziz...
Sepanjang pemerhatian saya dia jarang mengeliat waktu bangun tidur. Bila terjaga ja terus bangun berjalan cari 'kerja'. Rajin sungguh. Saya tak pasti adakah ini normal untuk budak berumur 1 tahun lebih yg tengah sibuk nak explore itu dan ini.

Pagi2 dah la bangun subuh2...terus sebut "cet..cet...cet.....cet" sambil terus meluru ambil handset ummi. Pastu bawak handset kat ummi sambil.."uh..uh..uh..." dah tau sangat dah..ummi bukak la video lagu alif baa taa kegemaran dia. Kadang2 dia pun duk ikut sekali.. "ta..ta..ta"... Mengikut rentak lagu. Sempat la ummi pejam mata sat 3 minit sampai lagu tu abis.. Bila abis, Dia kata "bih ahh"... Kalo ummi buat tak tau ja.. "uh..uh..uh..." sambil gerak2 kaki tanda protes. Ummi pon ulang la balik lagu tu.. Hp x canggih, tak tau nak bagi lagu tu terpasang berterusan. Huhu..

Lagi 1 lagu kegemaran dia adalah nasyid maksud bacaan alfatihah yg budak2 nyanyi tu.

Terbaru ummi perdengarkan bacaan oleh fatih seferagic yg sedap tu pun dia boleh diam n dengaq la sampai abis. Alhamdulillah.

Penah terrrtunjuk video baby tergedik2 dengaq lagu gangnam style.... Ajaibnya.. Tangan dia pun terus jadi macam dalam video tu. Mm.. Cukuplah setakat tu.. Huhuhu..

No comments:

Post a Comment