Friday, January 25, 2013

Nama panggilan..

Assalaamua'laikum wbt salam maulidurrasul.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Berdirinya saya disini adalah untuk... (gilo ko tulis blog sambil berdiri)

Ehem..sebenarnya dah lama nak tulis entry tentang tukar nama, tentang budaya masyarakat melayu yang sinonim dengan penukaran nama anak kalau masa kecik2 anak tu kuat nangis, melalak tanpa usul periksa. Contoh ada anak nama Ahmad Danish Haikal yang pada mulanya dipanggil Danish akhirnya dipanggil Ahmad dan lama kelamaan yang tinggal hanya Mat. Kalo dah besar dia kerja despatch nama panggilannya adalah Mat Despatch. (mcm penah dengar). Mungkin sebab rakyat Malaysia ramai yg dipanggil Mat, hingga terpaksa di sambung dengan gelaran lain dihujung nama untuk membezakan mereka. Ada mat panjang mat gemuk mat kurus mat tinggi.. Selalunya dipanggil berdasarkan keadaan fizikal atau kerjaya seseorang mat itu.

Ok. Panjang pulak mukadimahnya...

Nak cerita sebenarnya perkara yang sama berlaku kepada anakku MRA. Nama diberi Muhammad Rayyan Aziz. Mulanya dipanggil Rayyan, tapi disebabkan beliau kuat meragam, susah tido malam sampai tahap umi dia drive sambil tido ke tempat kerja, aku try tukar nama panggilan kepada Muhammad (harap2 janganla tinggal Mat ja nanti). Sejak2 tukaq nama alhamdulillah beliau banyak berubah. Sebelum tu kalau nangis akan didengari seluruh jiran tetangga, kalo lapar tengah malam akan terus menjerit SEKUAT HATI takdak intro2 dah. Lepas tukar nama panggilan tu dah ok banyak la. Pengasuh pun cakap sejak panggil Muhammad beliau banyak berubah. Kurang nangis dan ceria, makan pon banyak, dah main dengan rakan sepengasuh, tak la merengekk ja. Huhu..

Terpikir jugak apa kaitannya nama dengan sikap anak. Walhal nama yg diberi dah memberi maksud yg baik. Ada yg cakap maksud nama tu terlalu berat untuk dibawa oleh bayi. Ada yg cakap tak sesuai, baby xnak nama tu. Entahla belum dapat dipastikan secara saintifik.

Tapi yang pasti tiada salahnya selagi mana nama itu memberi masud yang baik. Kerana panggilan nama anak juga adalah satu doa.

Kebetulan terdengar di radio kedah fm pagi tadi (sebagai anak kedah sejati harusla dengar kedah fm). Sempena maulidurrasul mungkin. Ustaz cakap kepelbagaian nama itu menunjukkan kemuliaan sesuatu perkara. Contohnya Al-Quran mempunyai beberapa nama lain seperti Al Furqan, Az Zikr, At Tanzil dll yang membawa maksud yang berbeza2 yg menunjukkan keagungan kitab tersebut.

RASULULLAH SAW sendiri mempunyai beberapa nama lain seperti Ahmad, Yaasin, Thaha... (ini yg ustaz tadi sebut ja, cer semak untuk dapatkan nama2 lain baginda saw ada lagi sebenarnya).

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin tekankan disini bahawa nama yang baik adalah penting kerana ianya adalah doa dan mencerminkan keperibadian anak tersebut. (seperti karangan berbentuk syarahan masa belajar bahasa melayu di sekolah dulu..hihi)

P/s: moga Muhammad.R.A menjadi anak soleh dan sentiasa menjadikan nabi junjungan kita MUHAMMAD SAW sebagai idola sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment