Monday, March 25, 2013

Sayang ummi..

Assalamualaikum.wbt.

Hujung minggu lepas saya sibuk mengemas barang2 dirumah. Alang2 menyeluk pekasam habis barang2 lama diselongkar dan dibuang. Dulu (sekarang ppn sebenarnya) sayang gila nak buang buku2 yang pernah menabur bakti sepanjang pembelajaran. Jangan terkejut saya masih simpan buku panduan solat yg ayah beli masa darjah tiga. Ada 3 kotak besar yg dalanya masih ada nota bahasa arab tingkatan 5. Matematik tingkatan 3. Fizik. Kimia add math LK TK. Dan baaanyak lagi. Kemas punya kemas punya kemas yg 3 kotak besar dah jadi 1 kotak A4 sahaja. Hgpa jangan tanya apa yg dibuang tu satgi sedih. Terpaksa buang sambil pejam mata setelah berfikir selama 31 jam.

Setelah penat mengemas... Oh masa mengemas semestinya Muhammad sedang tidur. Bila dia dah bangun main dengan sepupu2nya, turn ummi pulak la lena sat. Baru ja terlena..tiba2..cupp..cuppp.. Terasa ada mulut kecik duk cium2 pipi ummi.

........Terima kasih Ya Allah diatas amanah yang comel dan bijak ini. Moga menjadi anak yang soleh.

Dibawah ni adik2 sepupu baru Muhammad. Muhammad Uwais Alqarni b. Muhammad Hafiz dan Raudatul Mau'izatul Hasanah bt Muhammad Kasyfullah. Sori kalau makteh salah eja. Nama hgpa panjang sangat..

No comments:

Post a Comment