Tuesday, August 18, 2009

Gunung Datuk Part II

Ok..part II lak..

12.45 pm - x seperti disangka, ingatkan puncak gunung ni adalah kawasan tanah rata, rupa2nya adalah batu2an.. Nak betul2 sampai ke puncak mesti la naik gak batu2 tersebut.. Rugi la kalo dah separuh nyawa mendaki last2 x sampai puncak..huhu.. so kami pon mula memanjat lak.. walaupon sangat takot and kaki dah menggeletarrr... Aku agak ragu2 dengan kestabilan tangga yg disediakan..isk.. itupun naik jugak.. x sanggup rasanya nak sia2 kan peluang berada di puncak.

Ada tangga disedikan untuk kami sampai ke puncak.. Memang mencabar la time tu.. Aku cam x yakin ja dengan kestabilan tangga2 tu..




Ni la antara foto2 yg di snap kat atas tu.. waa..puas sgt rasa hati ini sbb berjaya gak sampai ke puncak.. Lupa sekejap yg badan ni sangat letih..








Awan kumulunimbus terasa begitu dekat..hehe. Kalo ikutkan dari atas ni leh nampak selat melaka. Tapi keadaan cuaca yg agak berjerebu membataskan penglihatan.. Angin kat atas ni leh tahan gak kuatnya.. Rasa cam terumbang ambing ja.. gayat pon ada sebenarnya..huhu..



1.30 pm - Dah tiba masanya untuk turun.. Ishk2.. Nak turun dari batu2an ni sangat mencabar. Salah langkah memang akan terjerumus ke celah2 batuan besar..huhu.. Ini adalah part yg paling menakutkan bagi aku la.. Time nak turun dari batu,nak memijak ke tangga yg paling atas tu.. huhu.. Aku dh mengucap siap2 time ni..



Alhamdulillah.. aku berjaya turun dengan selamat kat situ..



1.45 pm - setelah semua ahli xpdc berjaya turun dari puncak batuan tu, kami dengan rasminya akan bergerak turun ke bawah. Mula2 turun rasa sangat bertenaga sebab puas hati dengan kejayaan menawan puncak. Laju gilers turun.. Tetapi.. 15 minit lepas tu kaki mula rasa sakit. Time turun ni lain plak cabarannya. Amat menguji kekuatan lututku, kaki terpaksa menanggung sepenuhnya load dari badan yg berat ni..hehe..Sampaikan satu tahap setiap kali kaki nak berpijak,lutut menggeletarrr.. huhu..terpaksa berehat dlu.. x lama lepas tu bukan setakat menggeletar tp sangat sakit, rasa x leh melangkah. Rasa cam nak jalan guna tangan ja.. huhu camna tu a? Jadi aku terpaksa berpaut pada setiap pokok yg ada (kecuali pokok berduri) supaya sedikit load berat badan di transfer ke tangan. Byk kali gak terpaksa stop, sbb dah x mampu sgt nk melangkah. (Lutut sebelah kiri masih sakit sampai harini,setelah hampir seminggu..huhu)


Setelah diteliti mmg xdak satu pun gambar di snap masa on d way turun ni.. Sebab masing2 dah x mampu nak memegang sebuah kamera pun! Air untuk diminum langsung x da walopon setitik, kalo ada setitik pon mmg x cukup ah..huhu.. (p/s: dalam masa keletihan, kehausan, kesakitan aku terpikir..ishk3..camna la aku leh terjebak ngan depa ni..haha)


3.15 pm - HAH!..dah dengar bunyi air dari anak sungai kat kaki gunung nih.. Kami sampai juga akhirnya setelah berjalan turun selama lebih kurang 1 jam setengah. Tanpa berfikir panjang, kami terus masuk dalam air n minum air dari anak sungai yg sedia terhidang depan mata.. uhh..sedap betul air nih.. Dah elok ilang dahaga, kami pun naik ke tebing sungai... Oppss..beberapa meter atas dari tempat kami menghirup air kelihatan 3-4 makhluk sedap ja duk mandi..huhu..halal la.. dah x tahan sangat tadi, smpai lupa nak pandang kiri kanan dlu..isk3..


Lepas tu baru pi cari kedai n beli air yg lebih sedap.. waa..sirap ni paling sedap dalam dunia..


Perut sangat lapar, tapi x larat nak g kedai makan nasi, kami singgah pasar malam yg baru nak start. Aku beli sebiji burger & sebiji roti john.. isk..lapo2.. Pastu kami terus menunaikan kewajipan kat masjid tepi pasar malam tu n pastu terus bertolak balik ke KL. Sampai KL dalam kul 7 pm lebih.

Kat umah baru ku sedar aku mengalami kecederaan kecil yg agak serius.. haha.. Camna tu kecil tapi serius.. Memula aku nak biorkan jer tak mau g klinik, tapi setelah dimomokkan dengan kecederaan2 susulan yg mengerikan oleh housemate2 ku, aku terpaksa bersetuju untuk dikejarkan ke klinik.. huhu..hampeh la hgpa ni.. buat aku takot ja.. Dan inilah hasilnya.. RM30 untuk 3 jenis obat..

No comments:

Post a Comment