Friday, September 11, 2009

Tugasan Baru

Pada 7 September 2009..aku terima satu memo dalaman...


Daripada: Pengarah B**J (dirahsiakan)

Kepada: Seperti Lampiran (nama aku ada dalam lampiran ni)



Aku ditugaskan untuk menjaga bilik operasi di ibu pejabat jkr sempena Ops Sikap XX utk musim perayaan ni.. Menurut jadual yg disertakan, aku bertugas pada hari khamis 17/9/2009..
Setelah mendengar taklimat pada 10/9/2009.. notanya adalah seperti dibawah:
(baru ku sedar tulisanku agak buruk )



Setelah di abstract dari nota ku..

Tugas aku pada hari tersebut ialah:

* terima laporan kerosakan jalan/ kemalangan jalanraya dari jkr daerah seluruh m'sia.
* terima laporan pembaikan dari pihak konsesi.
* terima laporan dari One Call Centre (dari aduan orang awam) setiap 2 jam.
* dapatkan statistik kemalangan dari PDRM.
* semua laporan submit ke top management jkr..

Satu pengalaman baru nampaknya.. rasa excited plak.. Nasib baik gak aku ditugaskan hari sebelum aku start cuti raya.. Aku start bercuti pada 18/9/09 (belum diluluskan sebenarnya)

Nota: Ingatan kpd diriku sendiri dan semua sahabat.. BERHATI-HATI DIJALANRAYA.
jangan sampai diri anda termasuk dalam statistik plak nnt k..adiosss..

No comments:

Post a Comment