Sunday, July 3, 2011

Tak sangka dapat jumpa Ust Azmil Mustapha a.k.a AliSetan, Rabbani di Majlis Amal Madrasah Hidayah AtTaqwa (Entry Bergambar)

As salam..

Jumaat, 1 Julai 2011 aritu suami ajak pi program Malam Amal Madrasah Hidayah At-Taqwa kat Ampang.. Rindu nak tengok Rabbani katenyerr.. & Nak bagi baby dengaq nasyid katenyerr...

Program ni sempena penyampaian bantuan kpd madrasah tersebut yg perlu dibangunkan semula lepas tanah runtuh aritu.. Ada jemput Rabbani dan Ustaz Azmil Mustapha a.k.a Ali setan.

So lepas balik keja kami terus memecut ke sana.. Takla pecut pun jalan jamm gilor.. Aku siap lena 2-3 round..

Dipendekkan cerita..layan la gambar2 sekitar majlis.. (Gambo den xdo la sbb den yg ngambik gambonyer).. Xsangka tau dapat tengok Ust Azmil Ali Setan & Rabbani secara live.. hihi


Agak lantang beliau menegakkan kebenaran.. Teruskan perjuangan mu ustaz..

Persembahan Rabbani.. Si kecik kat dalam perut ni pun aktif menendang bila dengaq lagu Intifadha..hehe.. Bakal pejuang islam nih..

Ustaz Azmil berkongsi pengalaman dgn ahli L-Five. Banyak nasihat yang beliau kongsikan. Moga Ustaz sentiasa berada dalam rahmatNya..

Suamiku bersama vokalis utama Rabbani, Ustaz Zulkifli

Salah sorang mangsa tanah runtuh yg terselamat turut hadir malam tu..
Di akhir program Rabbani jemput adik2 dari madrasah tu nyanyikan semula nasyid yang mangsa2 tengah praktis masa kejadian tanah runtuh tu.

Masa kejadian tu diorang tgh praktis lagu rabbani untuk dinyanyikan utk majlis buka puasa Ramadhan nanti.. Sob3.. Moga roh mereka dirahmati Allah..

Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment