Wednesday, June 29, 2011

Puasa Hari Pertama *siaran tertunda*

Note:  Semalam = isnin lepas ye..

Apa ke he nyer nak puasa hari pertama dah? hihi.. Maaf maaf maaf bukan puasa ramadhan ye hadik2.. ini puasa ganti pertama sejak i berbadan 2 ni. Awal2 dolu kunun2 risau nak puasa. Maklumlaa bangun tido je gigil2 lapo, cepat2 nak sarapan.. Tengahari pulak menggeletar lutut lapo, tpaksa la lunch awal dari biasa..

Berbalik kepada cerita semalam, rasa ajaib sangat sebab langsung tak rasa letih. Hari tak puasa lagi letih smpai rasa nak tido jer kat opis. (Padan la hentam sepinggan nasik time sahur!).. Hmm tp betoll hari biasa even dah sarapan, tepat pkul 11.30 am mesti lapo balikk... Tapi semalam semua tu berubah. Rupa2nya itu la yang dimaksudkan dengan kekuatan dalaman. Apabila minda dah set kata puasa, InsyaAllah semuanya akan OK..

Walaupun tak letih dan kelaparan, saya tidak boleh lari dari merancang dan berimaginasi makanan untuk buka puasa pada hari tersebut. (Tetiba guna saya pulak?) Sejak pagi lagi saya membayangkan untuk berbuka puasa dengan sejenis air buah (xkisah la buah apo) dan sepinggan nasi goreng ikan masin di campur cendawan. (hape ke pelik benor.. x penah2!)

Justeru itu jari jemariku cepat2 menaip sms kepada si suami menyatakan hasrat hati. Tunggu punya tunggu punya tunggu, x reply2.. punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. Taak jugak beliau reply. Balik je umah hajat di hati nak merajuk, tapi terus tak jadi berikutan rumah yang bersih lagi kemas tersusun dan wangi beliau kerjakan. kihkihkih. Last2 aku sendiri jugak bukak mesej dia... "Abang x baca pun mesej..." ......"Laa x perasan la bunyi mesej.." cit. Penat jari jemariku menaip sms dengan penuh perasaan.

Dipendekkan cerita dekat2 waktu berbuka tu kami menuju ke kedai makan yang dirahsiakan lokasinya. Order la makanan seperti yang di imejin sejak pagi tadi. Tadaaa.....

                
sabar2..harus pura2 tengok menu dulu.. jangan gelojoh sangat..

  
Hah tuuu diaa dah sampai... Epal gelas besssor punye...

 
Aikk..apa crita ni.. Sabaq2.. azan belum berkumandang..

Sup cendawan.. nyum2... Mana nasi goreng ikan masin cendawan ni...

Tadaa... dah sampai yea...yea..

Ini sudah lebih... Kalah orang posa..haishh...

Setelah siap makan dengan kelajuan sepinggan nasi per setengan jam, kami pun cepat2 pulang ke rumah berikutan waktu maghrib yang x seberapa panjangnya. Arghh kenyang gilors.. Memang puas hati dapat makan apa yg diidam2kan sejak pagi tadi..

Tetapi malangnya..sebelum sempat sistem perkumuhanku bertindak, butir2 nasi tersebut terlebih dahulu berlalu pergi menerusi saluran bilik air sejurus selepas solat maghrib.. Isk2.. terus tiba2 rasa geli tekak & tak lalu dah nak makan nasi goreng ikan masin cendawan.. 


2 comments:

  1. Eh syak ade blog, awat x habaq awal2... Ada gak bhn bacaan...  keep on blogging ya....

    ReplyDelete
  2. hehe... mmg dh ade..tp dah dekat setahun x update.. skang baru stat update balik..hihi

    ReplyDelete