Friday, June 24, 2011

Dah 18 Minggu!!

Sebelum pulang dari opis, rasa nak check apa dah berlaku dalam perutku.. Jom Search kt en Goo..

Minggu 18

Bayi

Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Hmm patutla sejak minggu lepas lagi rasa somthing bergerak2 kat perut ni.. memula ingatkan angin jer.. Tp angin apanya tetiap hari kan. Makan pun sentiasa cukup n berselera.. Bila mintak en husband try rasa.. Memang dia pun rasa denyutan tu.. Hehe.. im excited.. excited!! husband tersayang pun dah mula bercakap2 dengan baby, tp masih confius n xtau nak panggil apa.. kejap daddy kejap papa... hahaha...

Esok, genaplah 19 minggu.. jom tengok apa bakal terjadi...

Minggu 19

Bayi

Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda

Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Owh..perlu lebih bersedia ni.. Skang pun kadang-kadang dah rasa semput & nafas pendek2. Rasa perut cam kembung sangat.. huhu.. Moga segalanya berjalan lancar. X sabar nak checkup 30hb ni (20weeks) sbb Dr tulis kat kad merah nak scan baby time tu..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment