Thursday, May 23, 2013

Zaman gebu MRA

Assalamualaikum wbt..

Internet slow nya malam ni. Duk belek2 album jumpa balik gambar2 MRA zaman gebu2an dulu. Sekarang pun gebu jugak.. Hehe. Cuma lasaknya dia sampai x sempat ummi nk cubit2 pipi gebu tu lagi.

Layan..

Thursday, May 16, 2013

Entry Sempena Hari Guru

Assalamualaikum wbt

Dekat FB duk kecoh selamat hari guru sana sini. Tak kurang rakan2 yang mengimbau kenangan lama, kantoi ngan cikgu, warden.. hehe seronok jugak duk baca balik. Mengimbau memori lama la..

Saya sendiri tidak dapat lari la dari memori2 itu.

Masa sekolah rendah, skema, pelajar harapan kononnya. Cikgu pun garang2 belaka, terutamanya cikgu matematik merangkap guru disiplin. 10 minit pertama kelas math ada 'congak', cikgu sebut, terus tulis jawapan, tak sempat nak buat kira2, kira dalam kepala ja. Kalau ada salah, ada la yang kena tarik hidung sampai merah, rotan kat tangan, berdiri atas kerusi, macam2. Semua saya penah rasa. Darjah enam, guru kelas garang jugak, kalau kelas kotoq, pakat2 kena galas beg jalan keliling padang sekolah. Malu oo..

Naik sekolah menengah, masuk asrama pulak tu, macam kena gezutan budaya disitu. Bulan posa plak tu. Basuh baju sendiri, nak makan kena beratuq. Bayangkan, nak bukak posa, pukul 6.30 ptg dah start beratuq, dari pintu dewan makan sampai la masuk pagaq asrama, punya la panjang. Masa ni saya rasa kecewa, awat la mak pak saya hantaq saya masuk asrama SMKAB ni. Waktu prep petang gheja duk lena ja kat kelas, maklumlah kejutan lagi, hidup di hostel sangat letih, terkejar2 pi skolah, pastu balik, solat zuhur berjemaah, lunch, pastu mandi2 siap2 pi kelas prep pulak, balik solat asar jemaah & minum petang, pastu riadah pulak WAJIB...(nak main pun kena paksa), pastu naik mandi2, beratuq pulak nak makan malam, pastu solat maghrib berjemaah, tazkirah, solat isyak berjemaah, pastu pi kelas prep lagi, pastu balik, minum malam pulak kat Dewan Makan, pastu kena baca surah Al-mulk sebelum tidoq, pastu wajib tutup lampu pukul 11 malam. TIDOQ! Semua yang saya sebutkan diatas adalah WAJIB. Makan pun kena paksa baq hang.. Kami dikawal oleh warden2 dan pengawas2 asrama.

Form 2 & 3 dah mula menyesuaikan diri, dah nampak dah sikit keotaian disitu.Time2 ni juga saya mula berkenalan dengan kejutan2 lain seperti histeria, jin islam, hantu raya, hantu buluh betung dan sebagainya. Saya juga mula menghafal ayat kursi masa form 2. Simpati dengan rakan2 yang terjebak dengan kemelut ini. Mula2 takut, lama2 jadi biasa, siap boleh berkomunikasi dengan 'mereka'.

Form 4 & 5, mula besaq kepala. macam2 benda nak try, kadangkala mencabar kesabaran guru2, warden2 dan rakan2 pengawas. Bila guru2 tercabar, hidup kami pon jadi mencabar gak la..hehe. Antara kenangan2 indah itu:

baca yasin di dataran perhimpunan.
rotan di kaki sebab lewat pi sekolah.
baju2 habis kena lempaq kat dataran dewan makan, sebab bersangkutan dikatil.
bercakap dengan lori sebab lewat pi kelas prep.
jemuq tengah panas sambil berpanas telinga dengaq leteran warden.
dengaq warden beleteq kat dewan makan sampai terlena dibuai mimpi ngeri.
tulis "kami tidak akan ponteng lagi" 300x sebab ponteng kuliah maghrib.
menyorok bawah katil, dalam locker semata2 nak ponteng.
gheja lena dalam kelas, pastu boring, terus balik sambung lena kat hostel.
waktu kelas, selamber ja pi makan kat kantin, bila cikgu tanya, kata gastrik. huh
lepas isyak terus tidoq kat surau, konon2 nak balik stay up satgi, sedaq2 dah azan subuh. huhu
waktu rehat, berniat baik, balik hostel solat dhuha, pastu pakat malas nak pi skolah balik.
malam2, lepas minum malam, kadang2 ada spot check, pastu warden beleteq sampai 1-2 pagi.

Macam2 ragam lagi la.. huhu.. jenuh plak nak ingat semua sekali.

apapun, terima kasih cikgu2 yang bersusah payah mendidik kami. Alhamdulillah semua rakan2 saya dah menjadi 'orang' skang ni. Semua dah berjaya dalam bidang masing2.

SELAMAT HARI GURU!!


Wednesday, May 15, 2013

MRA 1 Tahun 6 Bulan 7 Hari

Assalamualaikum wbt
Inila antara kelaku Muhammad yg mencuit hati ummi. Terbongkok2 tiru orang solat. Dah pandai angkat takbir dengan baik sekali. Tapi terus rukuk, tangan dilantai bukan di lutut. Kalau sujud terus sembam ke lantai dengan badan2 sekali. Hehehe...
Kalau meniru azan, suaranya ada lenggok tersendiri. Tangan ditelinga dengan mata terpejam2 menunjukkan bersungguh2nya azan beliau tu.

Resepi: Nugget Ayam Tempura Untuk Bayi Anda (homemade)

Assalamualaikum wbt

Hahaha.. tetiba gelak memikirkan blog yang tak update ni. Bila naik sheikh rajin tu berbondong2 la entry. Bila malas tu, diam je la..

Dengan kemalasan yang bersisa ni saya gagahkan menulis mukaddimah ini disusuli karangan copy paste dari blog orang lain... Hehehe. Sumber: Sihat Macam Yaya

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pernah tak sediakan nugget ayam kat anak?

Ha, kali ni saya nak bagitau resepi home made nugget ayam tempura sesuai untuk anak-anak dan yang penting berkhasiat dan segar dari ladang..hehe

Sesuai untuk anak anda berusia 1 1/2 tahun dan ke atas.

Idola Chef saya Chef Jamie Oliver dan Chef Michael Smith. Saya suka cara mereka masak. Simple dan sedap. Tak de protokol sangat pun. Yang best sekali cara mereka masak 'campak-campak' je. Hehehe

 

Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)
Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)

Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura 

3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura

1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam blender. Dan 
    kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna 
    kat rumah tu pun boleh tau. 
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil

3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih. 
    Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka 
    tambah dan gaulkan dengan isi jagung.

4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian  golekkan pula ke dalam tepung 
    gandum.

5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar. (orang yang tak terer masak macam 
    saya kene jaga api selalu -nanti rentung nugget ku)

6. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.

7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^



Tips Sediakan Nugget Ayam Tempura Untuk Si Manja

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sangat kuat deria rasa lidah mereka. Oleh itu hanya sedikit sahaja herba yang digunakan sudah mencukupi dan mereka sudah dapat merasai rasa herba itu. 


Selamat Menyediakan Home Made Nugget Ayam Tempura untuk anak-anak kesayangan anda^_^


Tuesday, April 30, 2013

Celcom nak saman saya!

 Assalamualaikum wbt.

Masihkah anda ingat akan entry saya yang bertajuk Tragedi Berulang dan Nak kena selkom ni beberapa bulan yang lalu? Haha. Sengaja meletakkan link disitu sebab tau, tak ramai yang ikuti blog picisan ini.kikiki.

Rentetan Peristiwa
Sebelum kejadian dalam entry Nak kena selkom ni tu, ada lagi 2 kejadian yang tak diceritakan di blog, so tak ingat la tarikhnya. Talian celcom saya di bar, dan apabila di hubungi customer sevice, saya diberitakan caj dah mencecah RM700+. Terkejut beruk jugak dibuatnya. Pung pang pung pang, setel la. Kemudian peristiwa sama berulang dan berulang. Akhirnya saya akhiri tragedi2 itu seperti diceritakan dalam entry Tragedi Berulang. Secara rasminya talian di terminate pada 23 Januari 2013.

Menunggu
Saya pun menunggu2 emel yang menyatakan bil dah ready untuk dibayar. Pada hemat saya (perh, 1st time guna perkataan hemat ni) maximum kena bayar pun mesti RM98 (sebulan) walaupun hakikatnya saya guna 4 hari sahaja mengikut cycle bil iaitu (18-21 Januari 2013) sebab 22 Januari 2013 dah kena bar. Unbilled amaun ketika itu RM257.80.
(Nota: bila ditanya tentang kesahihan unbilled amount, operator customer service menyatakan kena tunggu hingga bil sebenar keluar iaitu pada 18 Februari 2013)
Ok, saya tunggu.. selalunya akan dapat notification melalui emel kerana saya memilih untuk menyemak bil online sahaja. Bil yang dihantar ke alamat rumah akan dicaj lagi RM5. Membazir.

Bil dah keluar
Pada 23 April 2013 (rujuk gambar), iaitu setelah 3 bulan berlalu saya dapat emel menyatakan bil statement dah available untuk disemak. Bila klik link yang diberi dan cuba log in, tak dapat masuk kerana akaun inactive. Logik la dah terminate kan. Masa ni dah terkejut sebab tengok bil tu masih RM257.80. Sebab tu nak tengok bil statement, caj dibuat atas panggilan kemana? Dari bila ke bila?

Surat ugutan
Pada 28 April 2013, saya dikejutkan lagi dengan kemunculan surat amaran dari syarikat guaman mengatakan saya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar wang berjumlah RM257.80 bla.. bla.. bla.. sekiranya GAGAL/CUAI dan/atau ENGGAN membayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ini, kami diarahkan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap tuan/puan tanpa sebarang rujukan dan segala kos guaman akan ditanggung oleh pihak tuan/puan. 

Amboi ini sudah lebih. Saya nekad takkan bayar selagi celcom tak dapat tunjuk statement bil saya. Sebab, adalah sangat tak logik caj RM257.80 untuk 4 hari!

Call Customer service lagi pada 29 April 2013.
Helo..bla..bla..bla.. (malas gila nak tulis benda yg sama macam entry2 lepas).

Celcom: caj tinggi ni sebab....

Saya: internet? (terus menyampuk, dah tau sangat dahhh)

Celcom: Yessssss..internet (nada bangga gila)

Saya: Tapi saya ada subsribe internet 3g sebulan, guna tak sampai 3g pon... 

Celcom: Eh aahla... sepatutnya dah tak caj, kalau guna lebih pon memang xde extra caj. Die caj ni untuk penggunaan internet bulan 2.

Saya: Saya dah terminate bulan 1, knapa bulan 2 caj lagi. extra pulak tu. 

Celcom: Aah, ada extra caj disini. Puan perlu ke branch celcom terdekat untuk buka kes ni. bla..bla..bla..

Operater kali ni sangatla sopan dan memuaskan hati. Adala jugak gaya dan nada nak menolong serta mengakui kesilapan yg berlaku. Dan dari percakapan beliau, beliau bukan melayu. Sebelum2 ni dapat operator melayu, tapi...emm.. asyik nak salahkan orang ja, sikit pon tak mengaku kelemahan sistem depa. Grrrr... 

Kesimpulan
Saya akan ke celcom dalam masa terdekat. Kalau tak settle mungkin akan ke SKMM, tribunal pengguna, CMF, CMCF, POLIS, SPRM, SPR, JKR... haaaaa...baru hgpa tauuuu... hehe

Persoalan
1. Saya yang patut saman celcom atau celcom patut saman saya?
2. Dapat notification melalui emel pada 23 April 2013 dan surat ugutan dari lawyer bertarikh 22 April 2013. Depa ugut dulu, pastu baru beritahu "tadaaa bil anda dah available..." (hakikatnya saya takleh pun tengok bil statement tu)
3. Yang nak saman tu celcom yang beralamat di KL, tapi syarikat guaman tu dari Kota Kinabalu. 
4. Masa tulis entry ni tiba2 black out. Ni mesti celcom yg sabotaj saya! (hahaha...ini tuduhan yang sangat tidak berasas, jangan percaya!) Tapi nasib baik, automatik save sebagai draft. 

Nota
Saya sanggup tak lunch harini untuk post entry ini sebagai rujukan dimasa hadapan. Juga untuk rujukan teman2 yang senasib. Perkembangan2 terkini akan diupdate kemudian. KALAU RAJIN. 

Akhir kata....tak sabar nak balik ngundi!!! *tiba2*