Friday, January 25, 2013

Nama panggilan..

Assalaamua'laikum wbt salam maulidurrasul.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Berdirinya saya disini adalah untuk... (gilo ko tulis blog sambil berdiri)

Ehem..sebenarnya dah lama nak tulis entry tentang tukar nama, tentang budaya masyarakat melayu yang sinonim dengan penukaran nama anak kalau masa kecik2 anak tu kuat nangis, melalak tanpa usul periksa. Contoh ada anak nama Ahmad Danish Haikal yang pada mulanya dipanggil Danish akhirnya dipanggil Ahmad dan lama kelamaan yang tinggal hanya Mat. Kalo dah besar dia kerja despatch nama panggilannya adalah Mat Despatch. (mcm penah dengar). Mungkin sebab rakyat Malaysia ramai yg dipanggil Mat, hingga terpaksa di sambung dengan gelaran lain dihujung nama untuk membezakan mereka. Ada mat panjang mat gemuk mat kurus mat tinggi.. Selalunya dipanggil berdasarkan keadaan fizikal atau kerjaya seseorang mat itu.

Ok. Panjang pulak mukadimahnya...

Nak cerita sebenarnya perkara yang sama berlaku kepada anakku MRA. Nama diberi Muhammad Rayyan Aziz. Mulanya dipanggil Rayyan, tapi disebabkan beliau kuat meragam, susah tido malam sampai tahap umi dia drive sambil tido ke tempat kerja, aku try tukar nama panggilan kepada Muhammad (harap2 janganla tinggal Mat ja nanti). Sejak2 tukaq nama alhamdulillah beliau banyak berubah. Sebelum tu kalau nangis akan didengari seluruh jiran tetangga, kalo lapar tengah malam akan terus menjerit SEKUAT HATI takdak intro2 dah. Lepas tukar nama panggilan tu dah ok banyak la. Pengasuh pun cakap sejak panggil Muhammad beliau banyak berubah. Kurang nangis dan ceria, makan pon banyak, dah main dengan rakan sepengasuh, tak la merengekk ja. Huhu..

Terpikir jugak apa kaitannya nama dengan sikap anak. Walhal nama yg diberi dah memberi maksud yg baik. Ada yg cakap maksud nama tu terlalu berat untuk dibawa oleh bayi. Ada yg cakap tak sesuai, baby xnak nama tu. Entahla belum dapat dipastikan secara saintifik.

Tapi yang pasti tiada salahnya selagi mana nama itu memberi masud yang baik. Kerana panggilan nama anak juga adalah satu doa.

Kebetulan terdengar di radio kedah fm pagi tadi (sebagai anak kedah sejati harusla dengar kedah fm). Sempena maulidurrasul mungkin. Ustaz cakap kepelbagaian nama itu menunjukkan kemuliaan sesuatu perkara. Contohnya Al-Quran mempunyai beberapa nama lain seperti Al Furqan, Az Zikr, At Tanzil dll yang membawa maksud yang berbeza2 yg menunjukkan keagungan kitab tersebut.

RASULULLAH SAW sendiri mempunyai beberapa nama lain seperti Ahmad, Yaasin, Thaha... (ini yg ustaz tadi sebut ja, cer semak untuk dapatkan nama2 lain baginda saw ada lagi sebenarnya).

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin tekankan disini bahawa nama yang baik adalah penting kerana ianya adalah doa dan mencerminkan keperibadian anak tersebut. (seperti karangan berbentuk syarahan masa belajar bahasa melayu di sekolah dulu..hihi)

P/s: moga Muhammad.R.A menjadi anak soleh dan sentiasa menjadikan nabi junjungan kita MUHAMMAD SAW sebagai idola sepanjang zaman.

Tuesday, January 22, 2013

Tragedi berulang

Assalamua'laikum wbt

Semalam bayar bil, harini kena bar.. Apa kej***hnya semua ini??
eh sori2 terkasar bahasa pulak, siaran hot di NTV7 suatu ketika dulu masih diingat2.

Yess, ini kali ke tiga (atau mungkin 4) benda ni terjadi, baru ja gayut dengan customer sevice selkom 31 disember lalu buat report, benda yang sama still berulang pada hari ini 22 januari. Lebih sadis lagi selepas sehari aku bayar bil. adoiyai, canggih sangat sistem depa ni sampai tak terjangkau dek akal.

Pelik kan, ade org pakai ok ja.. tapi aku nye no ni banyaak plak masalahnya, tiap bulan pulak tu. Bila search kat internet, rupanya ramai lagi yg menjadi mangsa. Erm.. Mula2 ingat nak bersabar..bersabar.. bersabar.. Tapi, kalo dah membuang masa aku tiap bulan nak call selkom selama 40 minit yang belum tentu boleh selesai masalah, aku dah mula pikir nak beralih arah. Selain itu, ia sangat la mengganggu emosi, bila nak guna HP tetiba eh tak boleh? Kalau kecemasan camna?

Jam 8.00 am.

Cik ade buat panggilan luar negara?
Takdek, confirm! 

Ooo, cik ade data plan kan..
Yer.
(bagus, ade improvement dari yang lepas, tak perlu diberitahu lagi)

Tapi penggunaan cik sekarang dah lebih limit.
Berapa?

RM257.
Dari bila  ke bila tu?

18/1 - 22/1
(22hb ko dah sekat kan) so lebih tepat lagi 18/1 - 21/1 pengguaan adalah RM257!
Saye call sape tu banyak sangat tu? Logik ke tu?

Kite takleh cek lagi sampai bil keluar 18/2 ni.. kena sekat sebab kredit limit RM200 je.
Hemmm... 
(taktau nak cakap, kagum sangat, canggih dan tuntas sistem pengecajan oleh selkom, bil tak kuar dah tau caj berapa, sememangnya kecanggihan teknologi sekarang tidak dapat disangkal lagi)

Camni la cik kene beri bayaran jaminan dulu..
Jaminan? (Wah, dah macam ketua kongsi gelap nak mintak wang jaminan bagai..)

Dengan nada tidak puas hati aku bertanya..

Kalau saya bagi wang jaminan, apa jaminan di pihak cik benda ni takkan berlaku lagi untuk bulan depan, bulan depan2, bulan depan3...

Er.. amm.. kite tak boleh nak bagi jaminan, ape2 kena tunggu bil keluar 18hb nanti jugak.

Itu jelaaa yang dilaung2kan sejak setengah jam yang lalu, kesimpulannye langsung tidak membantu, masalah tetap tak selesai.

Setelah termangu agak lama, termenung di talian... Last2..

Camni lah, cemana kalau saya nak terminate je no ni. Cer citer prosedurnya?

Terus gagap2,
cik kena tunggu lagi 24 jam...

sekarang tak boleh?
Tak boleh prosedurnya cik kne tunggu 24 jam, nanti ade kakitangan kite yang akan kol cik.

Huhu, tang depa 24 jam, tang kita zasss, terus sekat no.

Tapi cik kena ingat ye, bil bulanan tetap kne bayar.
Aik, dah talian kne sekat, pastu nak terminate, kne bayar gak bil bulanan..?

aa, er, bla3...bla3..blaaa.............

apentah merepek, dah malas! tunngu je la esok orang selkom call, then tunggu bil kuar, harap2 die caj yg aku guna je la. 18/1-21/1... (caj sebenar pliss..)

P/s: Celcom ni bukan tak bagus, malah yang paling bagus (bagi aku la) dari segi coverage nya. Internet juga boleh tahan kelajuannya. TAPI.. kalo barang bagus servis tak bagus tiada maknanya.

Ok, saya akan menggulung hujjah sekarang.. saya akan tukar no lagi, mungkin masih dengan celcom, tapi, kembali ke PREPAID la. Biarla leceh nak topup2 dari leceh asyik kena bar secara tiba2.

***merajuk!!***

Nota kaki: Sebijak mana pun telepon kalau talian kena bar, tak ubah seperti sebuah jam loceng.. huhu

Sunday, January 20, 2013

Review: Apps

Assalaamualaikum wbt

Harini den nak buat pendedahan eksklusiffff (le sangattt..). Ianya mengenai satu apps ni yang sesuai sgt untuk org berjimat cermat macam i.. (wek!)

Irfan khairi kata la kan bukan aku kata. Tiap hari perlu luangkan masa utk semak perbelanjaan kita. Kalo duk belanjaaa ja sedaq2 eh perbelanjaan dah melebihi pendapatan. Kan ke jadi hutang nanti. Especially yg pakai kad kredit la.

Setelah bertahun2 mencari, terjumpa la apps yg diberi nama andromoney. Dengan apps ni kita boleh catat setiap perbelanjaam harian seterusnya dpt memantau ke mana hilangnya duit2 kita saban tahun atau saban bulan atau saban hari. Emm..

Kelebihannya ia boleh ditukar matawang yg kita sedang gunakan. Sebelum2 ni byk try apps yg xleh tukar curency tu ha..

Tak ke pening or sakit mata nak guna usd ke euro ke pound sterling bagai... Walaupun sebenarnya boleh je. Bukan efek pape pon. Bukan kne convert2 pon.. Huhuhu..

TETAPI!  (sambil angkat jari telunjuk 1 malaysia) sebagai rakyat yg cintakan negara yg aman harmoni dgn masyarakat berbilang bangsa serta rakyat yang bebas bersuara dan semakin hampir dengan pilihanraya aku lebih selesa gunakan RM. (ok2..alasan sgt kukuh)

Kelebihan nombot 2 perbelanjaan kita boleh diterjemahkan dalam bentuk pie chart. Hujung2 bulan jangan duk wat tkejut.. Senang je data perbelanjaan bulanan dikeluarkan dan siap boleh berbangga camni. "58.7% gaji i bulan ni dibelanjakan untuk makan..23.2% lagi untuk shoping..12% untuk...." Itu contohhh....

Kelebihan nombot 3. Siap ada calculator masa nak key in perbelanjaan tu. Kot2 lupa jumlah keseluruhan perbelanjaan kan. "Pi mid valley td beli kasut rm23.40 tambah baju rm100.01 tambah sluar rm59.95 tolak diskaun rm0.30". Tak kesusah nak kira kalo xde kalkulator kan. (apesal ko tak simpan resit??..huhu)

Kelebihan nombot 4...hgpa guna sendiri la baru hgpa tauu langit tinggi ka rendah.. *eh tiba2*...Hehe

Ok bye..

Saturday, January 19, 2013

Mulut itik

Assalaamualaikum...

MRA kadang2 suka buat mulut itik ghupe ini...

Adakah sebab masa mengandungkan beliau dulu ummi suka buat mulut itik?? Hahaha

Tapi sekarang ummi dah tak buat camtu lagi dah. Klakar pon ada, benda tu macam secara tak sengaja. Sedaq2 tengah buat mulut itik. Kekadang org tegur baru sedaq.. Eh... Try jugak buat depan cermin.. Oo.. Bughuk bebenor ghupenye..

Sekarang x pulak jadi gitu. Pelik2 pesen orang bila mengandung kan.. Hahaha

Thursday, January 17, 2013

Pakai baju

Ok...anak ummi dah siap mandi.. Gulung2 dlm tuala. Baringkan..

Pakai pampers ye.... Eyahh eyahh.. MRA bangun dan lariiii....

Umi tangkap..baringkan....
MRA bangun...lari..

Umi tangkap..baringkan....
MRA bangun...lari..

Umi kasi bedak... Main ni..main ni..
MRA punggai ke dinding dan lariii...

Umi dapat idea.. Nah main hp umi. Main2.. mmg umi beli utk MRA main pon.. (itu je sempat dicapai)

MRA..mmg peberet dia la hp tu. Nganga2 kat screen hp abih lekat ayaq liuq.. Adoi..

Zass...ok siap pakai pampers..
MRA bingkas bangun. Lariii.. Bwk lari hp umi.

Umi ligan2. Sambil bawak baju MRA, selamatkan hp dulu. Sambil lari serlupkan baju kat tengkok MRA. Haa..masuk pun.

MRA lari lagi sambil tarik2 baju. Sambil ikut dia lari umi masukkan tangan kanan ke baju.. Pastu tangan kiri pulak. Haa baju dah pakai.

Seluar?
Takyah pakailah. Duk umah je pon..

.
.
.
.
.
.
5 minit kemudian...

Prappp..prapp..
Ahh dia bukak pampers pulak dah..
Tangkap lagi...baringkan... Rasuah hp lagi..
Cepat2 pakai pampers dan sluar..

Phew~

Nak mainnn ja kejanya. Bayangkan pakai baju sambil lari. Bayangkan!!