
Monday, July 4, 2011
Contraction yer bang.. bukan Construction. hahaha

Sunday, July 3, 2011
Tak sangka dapat jumpa Ust Azmil Mustapha a.k.a AliSetan, Rabbani di Majlis Amal Madrasah Hidayah AtTaqwa (Entry Bergambar)



Wednesday, June 29, 2011
Puasa Hari Pertama *siaran tertunda*
Apa ke he nyer nak puasa hari pertama dah? hihi.. Maaf maaf maaf bukan puasa ramadhan ye hadik2.. ini puasa ganti pertama sejak i berbadan 2 ni. Awal2 dolu kunun2 risau nak puasa. Maklumlaa bangun tido je gigil2 lapo, cepat2 nak sarapan.. Tengahari pulak menggeletar lutut lapo, tpaksa la lunch awal dari biasa..
Berbalik kepada cerita semalam, rasa ajaib sangat sebab langsung tak rasa letih. Hari tak puasa lagi letih smpai rasa nak tido jer kat opis. (Padan la hentam sepinggan nasik time sahur!).. Hmm tp betoll hari biasa even dah sarapan, tepat pkul 11.30 am mesti lapo balikk... Tapi semalam semua tu berubah. Rupa2nya itu la yang dimaksudkan dengan kekuatan dalaman. Apabila minda dah set kata puasa, InsyaAllah semuanya akan OK..
Walaupun tak letih dan kelaparan, saya tidak boleh lari dari merancang dan berimaginasi makanan untuk buka puasa pada hari tersebut. (Tetiba guna saya pulak?) Sejak pagi lagi saya membayangkan untuk berbuka puasa dengan sejenis air buah (xkisah la buah apo) dan sepinggan nasi goreng ikan masin di campur cendawan. (hape ke pelik benor.. x penah2!)
Justeru itu jari jemariku cepat2 menaip sms kepada si suami menyatakan hasrat hati. Tunggu punya tunggu punya tunggu, x reply2.. punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. Taak jugak beliau reply. Balik je umah hajat di hati nak merajuk, tapi terus tak jadi berikutan rumah yang bersih lagi kemas tersusun dan wangi beliau kerjakan. kihkihkih. Last2 aku sendiri jugak bukak mesej dia... "Abang x baca pun mesej..." ......"Laa x perasan la bunyi mesej.." cit. Penat jari jemariku menaip sms dengan penuh perasaan.
Dipendekkan cerita dekat2 waktu berbuka tu kami menuju ke kedai makan yang dirahsiakan lokasinya. Order la makanan seperti yang di imejin sejak pagi tadi. Tadaaa.....
Monday, June 27, 2011
I'm Back...!!
Ahhaaa yg 28 Julai 2010.. Sebelum jelas kelihatan genapnya setahun kemalasan aku menghapdet blog, ku gagahkan diri update pada 24 Jun baru2 ni.. Hehe..
Bila direnung.. ditenung.. di termenung.. cepat giler masa berlalu.. Dari hidup membujang, skang daah kawen.. Daaah pregnant pulak tu.. Hehe.. Rasa macam baru bulan lepas aku update blog pasal gunung.. pasal destinasi2 pelancongan dan pelencongan masa zaman muda2 dolu..
Skang ni mungkin akan update pasal kehidupan selepas bergelar isteri la.. kan.. kan.. Tajuk blog pun terus berubah siap.. hihi..
Godek2 dalam PC ni x banyak la plak gambo nak tempek kat sini.. layan je la apa yang ada dulu sebagai permulaan sempena update awal2 selepas bergelar isteri.. Harusla ada gamba2 saat2 tu kan.. layannn.. zass!
Friday, June 24, 2011
Dah 18 Minggu!!
Sebelum pulang dari opis, rasa nak check apa dah berlaku dalam perutku.. Jom Search kt en Goo..
Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Hmm patutla sejak minggu lepas lagi rasa somthing bergerak2 kat perut ni.. memula ingatkan angin jer.. Tp angin apanya tetiap hari kan. Makan pun sentiasa cukup n berselera.. Bila mintak en husband try rasa.. Memang dia pun rasa denyutan tu.. Hehe.. im excited.. excited!! husband tersayang pun dah mula bercakap2 dengan baby, tp masih confius n xtau nak panggil apa.. kejap daddy kejap papa... hahaha...
Esok, genaplah 19 minggu.. jom tengok apa bakal terjadi...
Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Owh..perlu lebih bersedia ni.. Skang pun kadang-kadang dah rasa semput & nafas pendek2. Rasa perut cam kembung sangat.. huhu.. Moga segalanya berjalan lancar. X sabar nak checkup 30hb ni (20weeks) sbb Dr tulis kat kad merah nak scan baby time tu..
Wassalam..


