Friday, June 22, 2012

Kerana Rayyan Anak Ummi

Jumaat 22.6.2012 Jam 12.15pm

Yess..time rehat, harus sempat mengarang satu karangan yang panjang sedepa..

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah swt kerana MEMINJAMKAN Rayyan dalam rahim ummi selama sembilan bulan. Seterusnya MEMINJAMKAN Rayyan dalam hidup ummi sebagai satu amanah yang paling hebat. Perkataan pinjam tu haruslah ditekankan kerana ummi sedar dan redha...

1. Rayyan bukanlah hak mutlak ummi.. ummi pinjam jer..
2. Bila-bila masa yang ditentukanNya, Rayyan akan terpisah dari ummi..

Walaubagaimanapun ummi sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.. yes berusaha sebaik mungkin untuk ambil dan jaga Rayyan dengan cara yang terhormat.. demi amanah Allah yang besar ini..

Sebelum usia Rayyan 6 bulan lagi, ummi dah persiapkan diri dengan dengan ilmu dan membeli barang2 ni untuk menyediakan hidangan yang terbaik dan berkhasiat untuk anak ummi. Ummi sangat teruja dan tak sabar nak ambil Rayyan tinggal bersama ummi di KL ni.

Ummi juga ada buat research tentang apa yang baik..apa yang tak baik untuk anak ummi.. Ummi bukan chef, tapi ummi dah dapat resepi2 makanan sedap buat Rayyan.. hehe.. Harap Rayyan suka nanti..

Link masak memasak solid food:


dan baaanyak lagi blog2 lain..

Ummi selalu berdoa supaya cepat2 dapat bawa Rayyan ke pangkuan ummi kerana ummi terlalu rindukan Rayyan tau.. Supaya tidak terlalu memikirkan rasa hati, penyakit lama masa sebelum kawen dulu dah datang balik, suka beli & baca buku banyaaak2.. huhu

Ni lagi satu penyakit, suka sangat kompol novel Ramlee Awang Mursyid, tapi 3 diatas adalah novel second hand sahaja.. RM50 termasuk kos pos.. ok la kot..

Sekian..

p/s: Untuk tatapan Rayyan.. 10tahun akan datang???

Saturday, June 2, 2012

Yang Baik2 Aja...


1 Jun 2012-Mesyuarat Warga BSFJ di adakan di dewan Tan Sri Mahfoz (melepas nak gi colmar kan..haha).. Apa yg best sangat mesyuarat warga kali ni.. Alhamdulilllah buat pertama kalinya sejak 2009, kewujudan satu entiti bernama cfs seperti mula disedari..mungkinkah sebab ini merupakan tahun terakhir entiti bernama cfs itu berada di jkr? Hehe.. Apapun ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga BSFJ kerana memberi peluang kepada kami berkhidmat selama hampir 4 tahun. (Dah macam emel salam perpisahan ler pulok).. ok..serius..serius.. Tanpa BSFJ siapalah kami.. Tanpa kami.... Moga BSFJ akan terus cemerlang gemilang terbilang hendaknya..

Terima kasih

Rakan2 cfs dan x-cfs.
Macam dah berkurang la.. sila rujuk sini untuk gambar tahun lepas. Yang masih disini mari nikmati bulan2 terakhir kita dengan girang ye.. Yang dah kluar ke tempat lebih baik tu tahniah diucapkan. Yang lain2, percayalah tahun depan kita juga akan berada ditempat yg lebih baik kerna rezeki kita bukanlah ditentukan oleh spa apatah lagi pengacari.. opss.. hahaha.. Mari sama2 berdoa kepadaNya sesudah berusaha bersungguh2..

p/s: sijil penghargaan diatas turut didedikasikan kepada anakanda tercomel kerana turut memberi kerjasama dan berkembang dengan cemerlang dlm rahim umi sepanjang Mac-November 2011.. haha..

Saturday, May 19, 2012

Pengendalian Susu Ibu [entry bergambar]



Alhamdulillah hari ni saya jumpa satu pic yang mudah difahami untuk memudahkan pengendalian susu badan. Baru senang nak share dengan kawan2. Kalo setakat explain je still tak nampak kan..


Ini juga di ceduk dari KIM untuk tatapan bersama..




Thursday, May 3, 2012

Peringatan mesra ;)

Assalamua'laikum wbt

Susulan daripada entry sebelum ini, ada pulak orang tak puas hati.. Orang nak buat entry blog untuk share dengan rakan2 pun dikatakan menyindir. Terasa sendiri tu kenapa? Sikit pun tak sebut nama dia kot. Just nak share pasal susu ibu kerana memang ilmu penyusuan ni sangat baru di Malaysia, aku pun baru tau sejak ada anak ja.

Kalau tak mau baca, jangan bukak blog ni, in fact aku dah block orang itu di FB, tiada alasan 'tertengok' tajuk entry yg kuar kat timeline FB. Kalau 'terbukak' blog ni, ada tanda 'X' kat atas sebelah kanan tu kan.. boleh klik situ.

Aku tak perlu pun pembaca blog yang tak percayakan fakta dan berfikiran jumud serta ego. Aku hanya nak share pengalaman dengan orang yang terbuka dan support each other.

Wassalam.

Friday, April 27, 2012

Susu Ibu : Rakan2, mari buka mata dan telinga

'
Ini bukan blog tentang penyusuan. Saja tergerak hati nak pos tentang penyusuan susu ibu kerana di dapati ramai lagi antara kita yang kurang ambil berat tentang ini. Saya sendiri juga gagal menyusukan anak saya secara eksklusif disebabkan masalah-masalah tertentu. Kini saya sedar masalah2 tersebut boleh ditangani sekiranya kita dapat info2 penting lebih awal dan sokongan orang sekeliling. Untuk bakal2 ibu lets cekidaut..!

klik gambar untuk tumbesaran ;)

Ni pula info copy paste dari http://www.facebook.com/HealthyLife.my

Apa itu Penyusuan Efektif?
================
Tiada susu yang lebih baik untuk bayi anda selain daripada susu ibu. Kini ramai kaum ibu tidak berjaya menyusukan bayi mereka yang baru lahir. Bayi yang baru lahir perlu menyusu 12 kali sehari atau 2 jam sekali.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah penyusuan susu ibu wujud seperti:

1) Kurangnya ilmu, keyakinan diri dan pendedahan bagi ibu yang melahirkan bayi yang pertama.
2) Lewat memulakan penyusuan serta penyusuan yang tidak kerap dan terlalu mengikut jadual
3) Kurangnya sokongan dari pihak keluarga.
4) Keengganan untuk memberi susu ibu datang dari diri sendiri kerana mempunyai pemikiran yang negatif.

Beri susu ibu kepada bayi anda mengikut keselesaan anda dan bayi. Bayi yang lapar akan menghisap dengan pantas pada awal penyusuan dan akan perlahan bila ia selesa. Lihat pergerakan mulut, leher dan dahi bayi. Apabila bayi anda menyusu dengan baik,anda akan lihat pergerakan mulutnya serta pergerakan dahi dan leher semasa aktiviti penelanan susu. Semasa menyusu,bayi mungkin tertidur.Ini adalah tanda yang bayi sudah kenyang.


Siapa yang perlu membantu?
---------------------------------
Seorang suami memainkan peranan yang penting dalam memastikan isteri mereka mempunyai keinginan, minat, sokongan serta galakan supaya penyusuan susu ibu dapat dilakukan. Penyusuan susu ibu dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli susu formula dan bayi tidak begitu kerap untuk mendapatkan rawatan doktor.

Sokongan moral dan galakkan daripada kaum keluarga serta rakan-rakan rapat juga penting dalam mengalakkan penyusuan susu ibu kerana mereka mempunyai hubungan yang dekat serta memahami perasaan seseorang ibu atau wanita. Majikan yang memperkenalkan dan mewujudkan tempat kerja yang mesra keluarga dapat membantu untuk mengalakkan penyusuan ibu dengan memberi cuti bersalin yang lebh ideal, memberi waktu pelepasan untuk penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya sejam sehari, menyediakan bilik yang selesa yang lengkap dengan kemudahan seperti peti ais dan bersih.


Kenapa perlu mengalakkan penyusuan susu ibu?
-------------------------------------------------------
Penyusuan susu ibu adalah makanan berkhasiat yang lengkap untuk memenuhi keperluan zat dan emosi bayi bagi tempoh 4 hingga 6 bulan pertama dan menggalakan pertumbuhan kesihatan yang baik bagi bayi anda selepas 2 tahun dan seterusnya.

Susu ibu lebih mudah dihadam bagi kebanyakan bayi berbanding susu formula. Susu ibu sangat kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi bayi anda. Walaupun bayi anda hanya mendapat sejumlah kecil kolostrum setiap penyusuan, ia sudah mencukupi bagi saiz perut bayi anda.

Penyusuan susu ibu mampu meningkatkan keyakinan dan ketahanan diri ibu itu sendiri. Oleh yang demikian risiko untuk mendapat kanser ovari dan payu dara adalah rendah . Bagi ibu yang berkerjaya ia boleh merapatkan hubungan kemesraan di antara ibu dan anak selepas terpaksa berjauhan untuk beberapa jam. Dengan mempunyai teknik kedudukan yang betul semasa berlaku penyusuan ibu, kaum ibu juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis dan dapat membentuk badan yang asal dengan lebih cepat.

Bagaimana mengetahui bayi anda mendapat cukup susu ibu?
---------------------------------------------------------------------
Dengan melihat cara bayi anda menghisap , jika bayi berhenti selepas setiap kali menghisap, bermakna dia mendapat susu yang cukup dan sedang menelan susu itu. Sekiranya aktiviti tersebut kerap berulang, bayi sudah pun mendapat susu yang mencukupi.
Sekiranya bayi anda membuang air besar dengan najis yang berwarna hijau,kelihatan cair, sedikit jumlahnya dan kerap membuang air besar dan kecil, ini menunjukkan bayi anda mungkin mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan akhir atau mungkin juga bayi anda mengalami sindrom terlebih susu. Ia berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali penyusuan berlaku.

Susu yang keluar pada peringkat awal penyusuan dikenali sebagai susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protein dan air. Peringkat akhir dikenali sebagai susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Kaum ibu digalakkan untuk memberi penyusuan pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan, kemudian bertukar kepada payu dara sebelah yang lain untuk memastikan bayi anda mendapat segala khasiat yang diperlukan.

Jika cara hisapan bayi anda amat perlahan, lemah, mengantuk dan bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu atau bayi anda kurang membuang air kecil selepas 3 hari lahir atau najis bayi masih berwarna hijau melepasi hari kelima kelahirannya, dapatkan bantuan dengan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kebanyakkan masalah boleh diatasi dan diselesaikan dengan mudah sekiranya nasihat dan bimbingan diperolehi lebih awal.


p/s: Untuk ibu2 bekerjaya x sempat susukan anak dirumah, anda boleh pam di ofis & buat stok macam gambar di bawah ni.. Susu anda boleh bertahan hingga 6 bulan dalam deep freezer tu. Jadi tiada alasan untuk tidak menyusukan anak yer.

ChePah, pinjam photo mu eh.. haha ;))