Friday, June 22, 2012

Kerana Rayyan Anak Ummi

Jumaat 22.6.2012 Jam 12.15pm

Yess..time rehat, harus sempat mengarang satu karangan yang panjang sedepa..

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah swt kerana MEMINJAMKAN Rayyan dalam rahim ummi selama sembilan bulan. Seterusnya MEMINJAMKAN Rayyan dalam hidup ummi sebagai satu amanah yang paling hebat. Perkataan pinjam tu haruslah ditekankan kerana ummi sedar dan redha...

1. Rayyan bukanlah hak mutlak ummi.. ummi pinjam jer..
2. Bila-bila masa yang ditentukanNya, Rayyan akan terpisah dari ummi..

Walaubagaimanapun ummi sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.. yes berusaha sebaik mungkin untuk ambil dan jaga Rayyan dengan cara yang terhormat.. demi amanah Allah yang besar ini..

Sebelum usia Rayyan 6 bulan lagi, ummi dah persiapkan diri dengan dengan ilmu dan membeli barang2 ni untuk menyediakan hidangan yang terbaik dan berkhasiat untuk anak ummi. Ummi sangat teruja dan tak sabar nak ambil Rayyan tinggal bersama ummi di KL ni.

Ummi juga ada buat research tentang apa yang baik..apa yang tak baik untuk anak ummi.. Ummi bukan chef, tapi ummi dah dapat resepi2 makanan sedap buat Rayyan.. hehe.. Harap Rayyan suka nanti..

Link masak memasak solid food:


dan baaanyak lagi blog2 lain..

Ummi selalu berdoa supaya cepat2 dapat bawa Rayyan ke pangkuan ummi kerana ummi terlalu rindukan Rayyan tau.. Supaya tidak terlalu memikirkan rasa hati, penyakit lama masa sebelum kawen dulu dah datang balik, suka beli & baca buku banyaaak2.. huhu

Ni lagi satu penyakit, suka sangat kompol novel Ramlee Awang Mursyid, tapi 3 diatas adalah novel second hand sahaja.. RM50 termasuk kos pos.. ok la kot..

Sekian..

p/s: Untuk tatapan Rayyan.. 10tahun akan datang???

3 comments:

  1. best ke ramli awang mursyid punyer novel syak?? org pernah beli yg tajuk ' satu janji ' tapi tak best..huhu..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. besttt... org pun x penah bace 1 janji tu, lama sgt dah tajuk tu rasanya.. novel die kne banyak pikir, pastu ape yg kite fikir selalunya salah.. tu yg buat nak bace lagi dan lagi..hehe

    ReplyDelete