Wednesday, January 16, 2013
Kisah2 kehidupan
Terasa amat kecewa kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..
Lalu..
Beliau menadah tangan mengadu pada yang Esa..
Ya Allah, sesungguhnya aku mengetahui Engkaulah yang maha memberi rezeki, aku yakin tiap yang hidup ada rezeki masing2, aku juga yakin Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Mu.
Tapi..
Kadangkala aku berasa gusar dengan keaadaan hidupku kini.. bagaimana dengan hari2 mendatang.. Risau nak melalui hari esok yang belum pasti. (dengan linangan air mata).. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah. APA YANG PERLU AKU BUAT YA ALLAH..
Kemudian..
Beliau teringat satu ceramah kat radio... kalau nak hati tenang, bacalah AlQuran beserta maknanya. Lantas beliau menyelak helaian AlQuran yang lengkap dengan tafsir, tempat yang sudah ditanda, ayat last yang sudah dibaca sebelumnya, ayat 150 surah Al Baqarah.
Jadi untuk malam itu, dimulakan dengan ayat 151... sampai ayat 155, beliau terhenti, membaca tafsirnya dengan tekun...
Ya Allah...aku dah mendapat jawapan!
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap rintihan hamba2Mu.
SABAR adalah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan dalam rintihan doanya tadi.
Pengajaran: Mengadulah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar
Sumber dari bernama.. :))
Tuesday, January 15, 2013
Hobi
Masa sekolah menengah aku ada hobi entahla nak cakap pelik ke tak pelik. Yang pasti buat masa ni lgsung tadak faedahnya pun hobi aku ni.
Masa form 3 suka sangat kumpul plastik cekelat ni ha.. Yg kaler hijau tu kira paling feberet la tu. Ada lagi smpai la ni. Korek2 almari lama banyaknyaa benda2 menggamit memori. Huhu..
10000 tahun akan dtg agak2 pupus dak gi cekelat2 ni. Kalo dah pupus nak gi jual kat muzium. Hahaha..
"sejenis makanan kegemaran manusia kurun ke 21, selalunya dimakan oleh pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaaan, berfungsi untuk menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas atau ketika mengulangkaji pelajaran di tengah malam"
Monday, January 14, 2013
Bertukar!!
Di petang yg hening..
Bos datang kat meja hulur selai kertas..
"Nah memo tukar unit, mu nak sangat tukar kan??"
"Hahaha...." Aku hanya mampu ketawa.
"HAHAHA..." eh bos ketawa lagi kuat?
Saya tau bos tau apa yg tersirat dan tersurat. Hehe. Tq atas tunjuk ajar dan sokongan bos selama ini..
Tuesday, January 8, 2013
Harga..
Masuk kedai, tengok2..belek2..
Saye: berapa ni kak.
Tokey kedai: rm50.
Saye: ........ Belek2..
Tokey kedai: dik selalu beli berapa?
Saye: rm45 (jujur)
Tokey kedai: nak beli 2?
Saye: tak..nak 1 je.
Tokey kedai: oklah. Rm45.
Saye: mekasih kak. (dalam hati..nyesal x sebut rm40..hahaha)
Friday, January 4, 2013
Bertukar!!!
Gigil2 masuk bilik pengarah nak mintak tukar. haha!
Saye: Dato' saye nak mintak tukar balik negeri.
Pengarah: Knape nak tukar.
Saye: Erm.. saye dah 4 tahun kat HQ ni, so nak la jugak pengalaman kat district atau state.. (hapal dah)
Pengarah: Kamu tipu!! Saya dah faham sangat dah, mesti sebab...bla3.. bla3.. bla3..
Saye: emm.. tapi Dato'.....
Pengarah: Jangan nak tipu saye, saye dah lama kat korporat, tahu sangat dah. bla3..., sekilas ikan di air saye dah tau jantan betina.
Saya: (Apa pulak kaitan ikan dalam hal ni)...hihihi
Pengarah: Sebenarnya masalah macam ni dah lame dah. Kita kat Malaysia kecoh2 pasal org lelaki perut buncit kan..
Saya: erm.. er.. ye.. ye.. (angguk2)
Pengarah: Kat negara maju dah lama dah masalah ni wujud.. Sama macam masalah kamu ni. Saya dulu dah lalui dah semua ni, kamu baru bunga2 ja..
Saya: (Kerut2 kening pikir apa kait mengait lelaki perut buncit lak ni.. haha)
Pengarah: Kamu skang kontrak, kalau kamu dapat jawatan tetap, tau tak kamu ditempatkan kat mana?
Saya: taaak.. (geleng2)
Pengarah: Kamu akan ditempatkan kat KL. (dengan yakin)
Saya: Tak semestinyerr....mungkin jugak dapat kedah.. (menjawab2..)
Pengarah: Ade kemungkinan tak kamu ditempatkan kat putrajaya? johor bharu..?? (jauh nau contoh nye)
Saya: Yela2... kemungkinan tu ade la...
Pengarah: Abistu..?
Saya: Tapi.. ni Plan B saye Dato'.. (psst.. Plan A,B,C yang selalu dititikberatkan oleh Dato' kpd kakitangan BSFJ..gunakan alasan ni sebaiknya.. hehe)
Pengarah: (terhenti seketika..) owh..ok saya suka jawapan kamu. Tapi lepas ni kamu jangan menyesal. Masalah kamu ni saya dah lalui laama dulu.. bla3.. sambil ceritakan bibik beliau yang lari dari rumah kerana terlanjur dengan bangla.. bla2.. tinggal anak kat stor JKR, mintak tolong guard jaga, cari pengasuh di perkampungan di tempat orang, ketuk pintu dari rumah ke rumah carik pengasuh.. dan macam2 lagii..
Saya: tragisnya.. (dalam hati)
Pengarah: So, kamu still nak tukar?
Saya: Nakk.. (yakin sekali)
Pengarah: Saya boleh sign.. tapi saya harap kamu tak hantar lagi borang ni, pikir la lagi 2-3 hari..
Saya: emm.. (keluar je dari bilik dato' nak terus gi hantar..hehe)
Pengarah: Result interview kamu kuar bile?
Saya: Minggu depan Dato'.
Pengarah: Ok tunggu sampai dapat result baru hantar borang ni..
Saya: Kalau saya nak hantar jugak..? (degil)
Pengarah: Abistu kalau dapat?
Saya: Saye cancel la yang ni..
Pengarah: Ok, macam tu pun boleh jugak..
Saya: Terima kasih Dato'!!
Yuhuuu... tanpa membuang masa terus hantar borang ke cawangan pengurusan korporat...
Dibahagian ulasan dalam borang, Dato' tulis:
"Perlukan pengalaman di peringkat daerah atau negeri"
See..see.. Dato' setuju kan dengan alasan saye.. 4 tahun dah saya kat BSFJ nih. Naak jugak environment lain pulak... (^_^)v
p/s: Ini hanya ringkasan cerita.
