Friday, September 23, 2011

Check Up 31 weeks

As salam

Semalam pegi check up minggu ke 31. Esok dah genap 32 minggu.. ohh cepatnya masa berlalu.

Di klinik..

Macam biasa sampai je klinik, sebelum serah kad merah kt nurse, semak dlu berat badan bulan lepas, ok 47.9 kg (setelah turun 1.4kg time bulan puasa).

Pastu terus gi test air kencing.. pastu timbang berat badan. Aik, 51.4kg.. biar betul alat ni.. rosak kot.. try skali lagi.. di skrin tertera.. 51.4 pastu 51.5 pastu 51.4 pastu 51.5.. Haha.. dah tentu2 la aku amik yang 51.4 tu kan.. Hmm.. naik 3.5 kg. Tinggi giler tuh.

Pastu cam biasa, dah check darah, tunggu jumpa nurse pulak.. Sangat bosan ok.. tunggu punya tunggu.. punya tunggu.. masuk toilet dah 4-5 kali. Padanla dapat no giliran 1075 kan, memang lama la nunggu nyer.

Dekat pukul 12 tgh baru la selesai semuanya.. Baby pun dah mengeras tahan lapo ni. Nurse pun heran apsal keras sgt ni. huhu.. keseluruhannya keadaan baby sihat2 saja, cuma ibunya berlebihan berat badan. nurse nasihatkan supaya kawal skit nafsu mkn tu yer, kalo lapar sebelum tiba waktu mkn, mkn biskut jer..!

Harini amik cuti, semangat berkobar2 untuk membeli keperluan baby dan menyelesaikan beberapa urusan penting diluar. Wahh rambang mata k tgk brg2 baby, tp ingat pesan orang2 tua, jgn beli banyak sangat, baby cepat besar.

Balik rumah dah letak setempat brg2 baby. nanti senang nak angkut kan. Plannya hujung minggu baru nak cuci pakaian baby, tapi sebab x tahan dengan kecomelan pakaian baby tersebut, aku dah start cuci separuh semalam.. haha.. Camna la nanti dah lama2 ada baby, adakah masih rasa excited begini??

p/s: Semalam mak mertua dah pesan itu ini.. terus ke hospital kalau rasa sakit.. mm.. dah semakin hampir rupanya.. * perasaan bercampur baur *

Tuesday, September 6, 2011

Ibu Mengandung Memang Pelupa?

Yess.. Ini adalah fakta bukan auta yer. Dah banyak kali terbaca artikel menyatakan sememangnya ibu mengandung mudah lupa. So itu bukan lah satu perkara yang pelik dan nyanyuk. hehe..

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ibu mengandung mudah terlupa disebabkan perubahan hormon dan terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran, terutamanya ibu-ibu yang makin menghampiri tempoh untuk melahirkan bayinya.

Ibu mengandung juga mudah lupa disebabkan peningkatan jumlah estrogen yang banyak ketika mengandung.

Selain tu, otak ibu mengandung juga akan mengecut sedikit ketika mengandung... tetapi akan kembali normal selepas dua bulan melahirkan kandungan... (uhh otak mengecut??)

Haishh beria2 pulak bagi fakta tentang ibu mengandung yg pelupa ni.. Cam ade pape jer..

Tapi memang serius la dah lama perasan tentang benda ni, selalu sangat terlupa, memula risau takut2 termakan semut ke hape kan, bila dah jumpa artikel2 berupa fakta begitu lega sikit rasa hati ini. Rupa2nya SAYA MASIH MANUSIA NORMAL. Yahoo..

Terbaru, keterlupaan kritikal yang berlaku..
DAH SEBULAN LEBIH MEMANDU TANPA LESEN YG SAH!!
Huhu..sebenarnya lesen memanduku dah tamat sejak 23 Julai yang lalu. Boleh pulak tak perasan. Seingat aku sebulan sebelum tu dah sebut2 nak kena renew lesen bulan julai.. Tapi.. itulah.. yang nak di explain sejak awal tadi.. LUPA!

Sedar lesen dah tamat masa nak balik raya 26 Ogos lepas, konon-konon kalau suami letih drive boleh la gilir2..

Aik?? time nak kena gilir boleh pulak ingat lesen belum renew. Selama ni ko drive yungg sana yungg sini pegi keja tak pula teringat eh? Tu yg pelik tuh.. huhu

Apapun untuk pengetahuan polis2 dan Jpj2 diluar sana, saya dah renew lesen saya semalam.. Mungkin saya akan letak kat dashboard depan kereta untuk penglihatan lebih jelas. Hehe..

Kepada rakan2 taulan mungkin fakta2 yang saya jelaskan diatas boleh digunapakai sekiranya anda kantoi sebab x renew lesen.. Tapi pastikan anda seorang perempuan.. sekian

Berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang..

Tuesday, August 23, 2011

Panik.. Panik..




Assalamualaikum..

Tetiba terasa panik bila 'tersedar diri' kandungan dah genap 27 minggu sabtu lepas. Bermakna minggu depan dah 28 minggu. 28 minggu = 7 bulan ye dak? Cepat sungguh masa berlalu. Memang excited bila bayangkan akan dapat baby, tapi takut benor nak lalui detik-detik itu. Huhu..

Dalam minggu ni kerap betul baby menendang2, memang sentiasa sedar diri la dah jadi mak buyung. Kadang2 terkedu seketika bila terasa tendangan kencang kat perut. hehe.. Kadang2 gerakan kecil tapi berkali2.. Selalu terfikir apa yang beliau buat kat dalam tu?? Kadang2 terasa macam meliuk lentuk kat dalam, teringin nak tau cemana posisi dia time tu. Kepala kat mana, kaki kat mana.. boleh?

Nafas pun dah lain macam sekarang ni, naik tangga sikit dah termengah2. tapi takpa orang cakap kalau selalu naik tangga nanti mudah bersalin. Mudah-mudahan.. hehe..

Pemeriksaan Gigi
Semalam baru gi check gigi setelah hampir 4 bulan tertangguh. Untuk info prosedur check up memerlukan si ibu buat pemeriksaan gigi sekurang2nya sekali dalam tempoh mengandung ye. Pegi juga check semalam sebab khamis ni ada chek up kat klinik. Tak pasal-pasal kang nurse bengang je tengok kad tu x bercop pemeriksaan gigi lagi.

Khamis ni check up macam biasa harap semuanya ok. Bulan lepas nyer check up berat badan terlebih naik. Hihi.. Sepatutnya naik 2 kg je, tapi aku naik 2.2 kg. Siap buat muka bangga lagi tu, ingatkan normal.

"Naik 2.2 kg normal le kan nurse??"
"Ehh ni dah terlebih ni.. terlebih 200 g"
Sambil tulis dengan pen MERAH kat kad tu..

Ishh nurse ni 0.2 kg pun nak berkire.. tulis dalam gram memang nampak banyak.. alaa nak psiko le tus.. hihi..


===============================================================
Dialog Pilihan:

Depan cermin..
Encik suami : Kaki abang nampak kecik la kan, abang ada sakit kencing manis kot no..??
Puan Isteri : (Pening pikir apa kaitan kaki kecil dengan sakit kencing manis??)

Depan cermin lagi..
Encik suami : Dulu badan abang tak macam ni tau, abg selalu pi Gym, dulu badan abg mendabik dada oo..
Puan Isteri : (Perlukah nak mendabik dada??)
===============================================================

Saturday, August 20, 2011

Steamboat Ramadhan Kali Ini


Kisah teringin berbuka puasa di steamboat.

Pada suatu hari yang senja (memang la senja kan dekat2 nak buka posa dah) kami tiba di suatu restoran steamboat somewhere in Sri Gombak. Sebelum tu memecut laju ke Taman Melati sebab nak makan kat Sabak Steamboat, tetapi hampa... Sabak steamboat sudah tiada disitu..

Yang tinggal hanyalah sisa2 kenangan berbuka disitu setiap tahun sejak berhijrah ke KL.. Hehe. Tiap tahun mesti ada gak sekali atau 2 kali berbuka di Sabak Stemboat, kalau tak dengan rakan2 sepejabat mesti dengan housemate.. Dengan pakwe je tak penah. hihi

Inila gambar2 tahun lepas..



.
.
.
.
.
.
.
Berbalik ke Sri Gombak, dalam pukul 6.40 pm dah la kami suami isteri sampai disitu. Tengok akak tu sibuk bebenor ke sana ke sini duk letak label meja2 yang dah di booking. Kami pun tanya la..

"Akak, ada tempat kosong lagi ke tak?"
"2 orang je ek? ade2, kalau 2 org je ade je tempat.." akak menjawab dengan yakin.

Kami tunggu lagi, kot2 dia nak tnya nama kami untuk turut di book kan meja untuk kami. Si akak berkata.

"Ok2.. nanti akak book kan." Sambil berjalan ke sana sini lagi.
"Ok la kak kami gi jalan-jalan sekitar sini dlu, nanti kami datang balik la"
"Ok2.."

Kami pun pegi la berjalan seiringan sambil berpegangan tangan.. hohoho.. Dalam pukul 7 gitu kami balik ke kedai steamboat tersebut dengan harapan dah ada la tempat untuk kami.

Sesampainya di sana, masih macam tadi, akak masih sibuk dengan label2nya. Bila ditanya, kalut dia jawab kejap ye dik sambil berlalu pergi. Pekerja yang lain sibuk dengan tugasan masing2. Tunggu punya tunggu punya tunggu... Laaast skali..

"Maaf le dik, dah x cukup tempat la.."
" Tak cukup....mm tak pe la kak.. " *dengan sabar dan tabah*

"terima kasih la kak. InsyaAllah.. kami dah x datang dah kedai akak lepas ni" *dalam hati*



Thursday, August 18, 2011

Bonus Oh Bonus Bila Mau Masyuk??

Assalamualaikum..

Tunggu punya tunggu punya tunggu... taaak masuk-masuk.
Kebelakangan ni asyik dengar ja nenongg..nenonggg...nenonggg.. (bunyi kereta polis gini ka?) menuju ke bank negara ni. Kelihatannya bertreler-treler dah menuju ke situ sambil di escort oleh polis. Hah bawak duit bonus la gamaknya.. hehe..

Tapi...
Kenapa tak masuk-masuk bonus kami ni. Saja ja kan nak uji tahap kesabaran kami-kami di HQ ni kan. Geng-geng JKR negeri kebanyakannya dah dapat bonus, leh shopping raya dah. Takkan kami dapat lepas raya kot. sob sob sob... Kang ada yang pegi rompak bank negara ni kang.. haha

Tapi dalam meeting tadi pengarah sendiri pun belum dapat bonus. Hihi.. Ada problem gamaknya geng kewangan ni. Apapun tetap bersyukur di beri juga bonus. MUNGKIN inilah bonus terakhir dari Kerajaan Malaysia buat kami-kami yang CFS ni. Hehe

Sabar ye kawan-kawan, terbarunya dengar2 esok pulak masuknya. Dah berapa kali esok ntah aku dengar. Tak po lah masuk bila pun. Yang penting MASUK. *pasrah*

p/s: semalam berjaya puasa penuh yeahuuu... tapi time buka tu hambik ko, banyak gila aku makan. eh aku & BABY makan (kedengaran sedikit tidak keterlaluan)