Wednesday, July 27, 2011

Vanilla kah Lavender Itu???

Perbualan secara bersahaja di petang hari sambil menghirup secangkir teh dan karipap bertemankan kicauan burung yang ingin pulang ke sarang... (sila imagine sekarang!!)

A: Sekarang ni ramai orang duk tanam pokok vanilla.
B : Vanilla? pokok vanilla??

A: Ye la.. vanilla yang orang duk buat perfume tu.. Yang wangi gila tu.
B : Ooo... aa...
(sambil terkulat2 nak membayangkan kewangian vanilla, malangnya yg tergambar difikiran hanyalah susu perisa vanilla yg x sedap & eskrim vanilla yg lebih enak kalo perisanya coklat)

B: Vanilla??wangi?? (sambil cuba bayangkan wangian vanilla yg wangi tetapi gagal)

B: Eh vanilla ka lavender..
A: Ehh lavender laa... hahahaha

B: Hahahahah..u ni buat lawak la..

Seb baik x tersembur secangkir teh ni sbb memang x wujud pun kan..


Nota kaki: Identiti A dan B dalam perbualan di atas terpaksa dirahsiakan demi keselamatan manusia sejagat.

Tuesday, July 26, 2011

Hari Ke-2 Di Tapak Pembinaan

Tajuk skema habis.. teringat plak masa sekolah rendah cikgu paksa buat diari penat nak memikionye ..""6.30am: bangun dari tidur, 7.00am: sarapan, 7.30am: bertolak kesekolah (patutla slalu lewat), 1.15pm: pulang dari sekolah, 2.00pm...bla3""

Ok kembali ke ceritera asal..
Hari ni dah masuk 2nd day, 1st day semalam Ya Allah.. Rasa cam nak tecabut dari pinggang ke bawah. Terpaksa la ajak suami mkn kt luar ja.. hehe..

Tapi harini rasa bertenaga lah pulak. panjat punya panjat punya panjat.. boleh la jugak sampai level 7. Jom layan view KL dari tingkat 7 cmno..


Leh tahan jugak view KL ni.. Bak kata sepotong ayat yg aku blaja dari dayang sejak aku berkawan dgn dia dah nak masuk 3 tahon ni.. "KACAK NA VIEW TUK"..
Memang tak patut la dayang ni hanyalah sepotong ayat bahasa sarawak yg dia ajar kitorang..

Ok tu je la 2 kepin gambo aku leh tunjuk.
Banyak2 kang ada yg kata aku gi site makan angin je kan..
Kang aku tunjuk gambo besi2 & konkrit kang mesti laju2 je korang klik butang X kat atas belah kanan tu kan..

Serba salah aku dibuatnya.. hehe..
Nota kaki: sebenarnya aku pun malas nk tulis n upload gmbar byk2..

Nota tangan: Ikut progress dh smpai level 12 projek ni, mampu ke aku sampai nun di atas sana?? Doakan saya kawan2..

Monday, July 25, 2011

Hari Pertama Pegi Site

As Salam..
di tempatkan kat site KKR selama 2 minggu utk tujuan pendedahan projek bangunan. 25 julai 2011 smpai la 5 ogos.. seminggu di bulan syaaban, seminggu di bulan ramadhan. Wah. mampukah aku? Apa pun i'll try my best. Tengah bayangkan cemana nak naik ke tingkat 12 tu pakai tangga?? Tadi dh naik takat tingkat 1 jer.. so far so good.. hehe..

Pepagi pening gak pikir tentang pemakaian ni, maklumla badan dh berubah saiz.. sejak mengandung ni pkai baju kurung ja. Ni nak gi site pakaian harusla bersesuaian ye dok??

Pagi tadi, test 1 baju..

"Bang ok tak baju ni? nampak cam orang pregant tak??"
"Tak aihhh...nampak cam anak dara..!!"
"mm...??&*^^%$$#"


Monday, July 18, 2011

Cadangnya nak puasa..tapi...

Sepatutnya tajuk post hari ni.. yeayy esok raya!! cet org dah lama raya.. Dah ready nak puasa balik dah.. Tapi aku...?? Ada saatu hari lagi.. Adoyai rasa lemah sangat badan ni kalo tak makan.

Minggu lepas ku gagah perkasakan diri utk puasa. Hasilnya... Terpaksa ulang alik gi toilet untuk meluahkan apa yang berselindung dalam perut ku. uweekkk.. Tak ada apa pun. Hanya keluar cecair2 yang... ishhh.. Tak mau cakap la kan.. Dah la kaler kuning.. ishh... syyhh.. sapa yang penah rasa dia tau la kan cemana keadaannya..

Ok dah. geli gelian plak tekak aku ni. Apapun harapnya lepas ni ok la.. Kena set mind betul2. Sebelum ni ok ja.. Yang jadi minggu lepas tu sebab last minit decision utk puasa. Mungkin baby x sempat nak bersedia.. hehe. Ok sekarang dah siap2 set mind untuk sebulan punya puasa. Be strong ye baby.. !! Ummi & walid nak puasa.. Waah ummi dan walid le pulakk.. huhu..

nota kaki: bukan main aktif lagi baby skang ni. Kadang2 boleh nmpak dah perutku berdenyut2. Tengah prektis silat kot.. huhu.. Naluri keibuan pun dah makin bertambah, rasa sayang sangat bila tengok anak2 buah masa balik kampung baru ni walopun sumanya nakal2, dulu rasa cam nak tampo je laju2 skang dah rasa cam nak bagi nasihat secara ala2 kaunselor ja.. hihihi.. pergh panjang pula nota kaki ku.


Zubair, Anip & Habib

Perbualan hangat:

Makteh: Hanif (si sulung), cikgu x marah ka kalau hanif nakal2 sangat kt sekolah.
Hanif: Kalau cikgu marah anip, anip tumbuk dia. (sambil tumbuk2 penuh perasaan)
Ibu Hanif : Eleh hari tu kena marah ngan ustazah sampai teriak2...
Makteh: %^#$@%^*....

Wednesday, July 13, 2011

Tahniah MyEG, Anda Pantas

As salam..
Kepada sapa2 yang nak renew roadtax & insurance kereta tu saya cadangkan supaya anda gunakan servive MyEG ni ha.. Anda x perlu susah2 ke sana sini.. Betul ke susah? saya x penah pulak renew secara manual, sejak tahun lepas dah try guna MyEG ni, rasa cam senang n xda masalah.

Since dah ada rekod dengan MyEG, saya terima emel dari wakil MyEG seawal 2 bulan sebelum tarikh luput roadtax lagi.


Diorang dah siap-siap kira berapa kita kena bayar. Kalau rasa berpuas hati dan berpatutan, just proceed jer.. Terima emel sejak mei, tapi disebabkan yakin dengan ketangkasan MyEG saya proceed benda ni pada isnin lepas. Dah dekat2 tarikh luput pun roadtax keta tu..

Jangan lupa sertakan maklumat seperti yang diminta dalam emel tu. Boleh pilih Insurans apa yang kita nak pakai dll. Kalau ada maklumat perlu update, update lah. Sbb saya dah tukar No fon, saya nyatakan no fon baru untuk memudahkan urusan semasa penghantaran.


Beberapa minit kemudian dapat reply emel menyatakan permohonan anda akan diproses, dan pada hari yang sama jugak mendapat Cover note Etiqa Takaful. Wahh cepat jugak kan..


Dan keesokan harinya akan ada la brader datang hantar roadtax baru anda hingga ke depan pintu ofis. Letak alamat ofis lebih mudah, sebab dokumen tu perlukan kita tulis IC dan tandatangan tanda penerimaan.

Kalau yg first time nak cuba boleh isikan maklumat di MyEG. Kalau ada masalah call or email je untuk nyatakan masalah korang. Wakil MyEG sendiri akan kol korang k.

Setakat ni xde ape2 masalah la.. Tp kalo sape2 ade pengalaman buruk ngan MyEG ni boleh share ye. Saya juga masih baru.. Baru 2 kali guna ni..