Monday, July 11, 2011

Rangka Ayam Di Pertengahan Jalan

Assalamualaikum..
Penah makan rangka ayam? penah? penah?
Huhu..dah lama aku sebut2nak makan rangka ayam ni. Tapi x dapat2, tak tau mana nak cari sebab jarang2 sangat nak menjengah ke pasar2 malam kat KL ni.
Semalam kebetulan balik dari kedah ke KL. Nak di jadikan cerita ikut la jalan lama sambil menghirup udara segar.
(padahal tido je sepanjang jalan.. serius! ditambah dgn hujan kat luar dengan aircond yang sepoi2 bahasa.. pergh..dia punya mengantuk tu rasa cam mkn ubat tido jer)

Lepas singgah jama' zuhur & asar baru segar skit mata ni. Perut pun lapar mula la mencari2 port baik punya nak makan kan. Waah pasar malam, pasar malam.. Dah 10 tahun x penah g pasar malam jom kita singgah bang... dah lamaa x makan rangka ayam.. (dengan muka kesian serta mata yang berkaca2..ahahah)

Akhirnya...
ngap..ngap..ngap.. kami menghabiskan 2 ekor rangka ayam. Bukan berdua yer..
kami berEMPAT!

Gambo google jek. Mane nak sempat snap2 gambo kalo dah lapo~

Kami meneruskan perjalanan setelah ayam tu betul2 tinggal rangka jer.. Siap pesan kat semua hadirin.. ingat ye nama tempat ni, Nanti balik kampung leh singgah lagi.
Lokasi: Temoh, Perak (dekat Tapah kalo x silap)
Masa : Ahad.. jam... dah nama pasar malam mestila bukak dari petang sampai malam kan..

P/S: Teringat plak kisah beli rangka ayam masa zaman bujang di Kepong Sentral.. blueks.

Wednesday, July 6, 2011

Petua Jodoh - Dr Fadzilah Kamsah

Masih dalam mood seorang motivator. ;))
Ini artikel copy paste, dah penah baca kat FB sebelum ni. Share semula untuk renungan bersama.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


Monday, July 4, 2011

Contraction yer bang.. bukan Construction. hahaha


Semalam belek2 majalah solusi, tertarik dengan satu artikel yang gambonya sorang pempuan hampir bersalin. Baca punya baca jumpa ayat klakor.. hahaha..

Ni.. isteri saya ni...CONSTRUCTION tak henti2... hahahaha.. siap construction tuh isteri dia.. Ni kalo x keja bidang construction ni mesti time blaja dlu amik civil engineering ni... kikiki



P/s: Perlu train suami dari sekarang... CONTRACTION tau bang.. bukan construction.. hehehe.. bukan apa.. takut Doc pengsan plak nanti.. hahaha

Sunday, July 3, 2011

Tak sangka dapat jumpa Ust Azmil Mustapha a.k.a AliSetan, Rabbani di Majlis Amal Madrasah Hidayah AtTaqwa (Entry Bergambar)

As salam..

Jumaat, 1 Julai 2011 aritu suami ajak pi program Malam Amal Madrasah Hidayah At-Taqwa kat Ampang.. Rindu nak tengok Rabbani katenyerr.. & Nak bagi baby dengaq nasyid katenyerr...

Program ni sempena penyampaian bantuan kpd madrasah tersebut yg perlu dibangunkan semula lepas tanah runtuh aritu.. Ada jemput Rabbani dan Ustaz Azmil Mustapha a.k.a Ali setan.

So lepas balik keja kami terus memecut ke sana.. Takla pecut pun jalan jamm gilor.. Aku siap lena 2-3 round..

Dipendekkan cerita..layan la gambar2 sekitar majlis.. (Gambo den xdo la sbb den yg ngambik gambonyer).. Xsangka tau dapat tengok Ust Azmil Ali Setan & Rabbani secara live.. hihi


Agak lantang beliau menegakkan kebenaran.. Teruskan perjuangan mu ustaz..

Persembahan Rabbani.. Si kecik kat dalam perut ni pun aktif menendang bila dengaq lagu Intifadha..hehe.. Bakal pejuang islam nih..

Ustaz Azmil berkongsi pengalaman dgn ahli L-Five. Banyak nasihat yang beliau kongsikan. Moga Ustaz sentiasa berada dalam rahmatNya..

Suamiku bersama vokalis utama Rabbani, Ustaz Zulkifli

Salah sorang mangsa tanah runtuh yg terselamat turut hadir malam tu..
Di akhir program Rabbani jemput adik2 dari madrasah tu nyanyikan semula nasyid yang mangsa2 tengah praktis masa kejadian tanah runtuh tu.

Masa kejadian tu diorang tgh praktis lagu rabbani untuk dinyanyikan utk majlis buka puasa Ramadhan nanti.. Sob3.. Moga roh mereka dirahmati Allah..

Al-Fatihah


Wednesday, June 29, 2011

Puasa Hari Pertama *siaran tertunda*

Note:  Semalam = isnin lepas ye..

Apa ke he nyer nak puasa hari pertama dah? hihi.. Maaf maaf maaf bukan puasa ramadhan ye hadik2.. ini puasa ganti pertama sejak i berbadan 2 ni. Awal2 dolu kunun2 risau nak puasa. Maklumlaa bangun tido je gigil2 lapo, cepat2 nak sarapan.. Tengahari pulak menggeletar lutut lapo, tpaksa la lunch awal dari biasa..

Berbalik kepada cerita semalam, rasa ajaib sangat sebab langsung tak rasa letih. Hari tak puasa lagi letih smpai rasa nak tido jer kat opis. (Padan la hentam sepinggan nasik time sahur!).. Hmm tp betoll hari biasa even dah sarapan, tepat pkul 11.30 am mesti lapo balikk... Tapi semalam semua tu berubah. Rupa2nya itu la yang dimaksudkan dengan kekuatan dalaman. Apabila minda dah set kata puasa, InsyaAllah semuanya akan OK..

Walaupun tak letih dan kelaparan, saya tidak boleh lari dari merancang dan berimaginasi makanan untuk buka puasa pada hari tersebut. (Tetiba guna saya pulak?) Sejak pagi lagi saya membayangkan untuk berbuka puasa dengan sejenis air buah (xkisah la buah apo) dan sepinggan nasi goreng ikan masin di campur cendawan. (hape ke pelik benor.. x penah2!)

Justeru itu jari jemariku cepat2 menaip sms kepada si suami menyatakan hasrat hati. Tunggu punya tunggu punya tunggu, x reply2.. punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. Taak jugak beliau reply. Balik je umah hajat di hati nak merajuk, tapi terus tak jadi berikutan rumah yang bersih lagi kemas tersusun dan wangi beliau kerjakan. kihkihkih. Last2 aku sendiri jugak bukak mesej dia... "Abang x baca pun mesej..." ......"Laa x perasan la bunyi mesej.." cit. Penat jari jemariku menaip sms dengan penuh perasaan.

Dipendekkan cerita dekat2 waktu berbuka tu kami menuju ke kedai makan yang dirahsiakan lokasinya. Order la makanan seperti yang di imejin sejak pagi tadi. Tadaaa.....

                
sabar2..harus pura2 tengok menu dulu.. jangan gelojoh sangat..

  
Hah tuuu diaa dah sampai... Epal gelas besssor punye...

 
Aikk..apa crita ni.. Sabaq2.. azan belum berkumandang..

Sup cendawan.. nyum2... Mana nasi goreng ikan masin cendawan ni...

Tadaa... dah sampai yea...yea..

Ini sudah lebih... Kalah orang posa..haishh...

Setelah siap makan dengan kelajuan sepinggan nasi per setengan jam, kami pun cepat2 pulang ke rumah berikutan waktu maghrib yang x seberapa panjangnya. Arghh kenyang gilors.. Memang puas hati dapat makan apa yg diidam2kan sejak pagi tadi..

Tetapi malangnya..sebelum sempat sistem perkumuhanku bertindak, butir2 nasi tersebut terlebih dahulu berlalu pergi menerusi saluran bilik air sejurus selepas solat maghrib.. Isk2.. terus tiba2 rasa geli tekak & tak lalu dah nak makan nasi goreng ikan masin cendawan..