Saturday, March 30, 2013

Kak?

Assalamualaikum wbt

Bersiaran dari kedah..

Petang tadi ketika ummi solat asar 'ditemani' MRA. MRA duk main bola. Tiba2..

"kak..kak..kak..kak...nah..nah..nah..nah.." macam biasa selagi org tak ambik dari tangan dia..nah..nah..nah...

Terus hilang kekhusyukan ummi memikirkan..

"Aku nampak muda ka MRA rasa dia dah besaq sangat dah yg dia duk panggil aku kak..kak..kak ni???"

Hew..hew..hew..

Monday, March 25, 2013

Sayang ummi..

Assalamualaikum.wbt.

Hujung minggu lepas saya sibuk mengemas barang2 dirumah. Alang2 menyeluk pekasam habis barang2 lama diselongkar dan dibuang. Dulu (sekarang ppn sebenarnya) sayang gila nak buang buku2 yang pernah menabur bakti sepanjang pembelajaran. Jangan terkejut saya masih simpan buku panduan solat yg ayah beli masa darjah tiga. Ada 3 kotak besar yg dalanya masih ada nota bahasa arab tingkatan 5. Matematik tingkatan 3. Fizik. Kimia add math LK TK. Dan baaanyak lagi. Kemas punya kemas punya kemas yg 3 kotak besar dah jadi 1 kotak A4 sahaja. Hgpa jangan tanya apa yg dibuang tu satgi sedih. Terpaksa buang sambil pejam mata setelah berfikir selama 31 jam.

Setelah penat mengemas... Oh masa mengemas semestinya Muhammad sedang tidur. Bila dia dah bangun main dengan sepupu2nya, turn ummi pulak la lena sat. Baru ja terlena..tiba2..cupp..cuppp.. Terasa ada mulut kecik duk cium2 pipi ummi.

........Terima kasih Ya Allah diatas amanah yang comel dan bijak ini. Moga menjadi anak yang soleh.

Dibawah ni adik2 sepupu baru Muhammad. Muhammad Uwais Alqarni b. Muhammad Hafiz dan Raudatul Mau'izatul Hasanah bt Muhammad Kasyfullah. Sori kalau makteh salah eja. Nama hgpa panjang sangat..

Wednesday, March 20, 2013

Sorotan

Assalamualaikum wbt

Saya masih di temerloh. Tunggu rakan2 nak gi makan di lobi hotel. Ngantuknya..

Ok. Taktau nak buat post apa. Belek2 galeri jumpa gambar MRA di menara alor setar. Sebab peristiwa tu dah lepas maka tajuk post adalah sorotan. Boleh?

11 mac lalu ummi ada urusan penting di alor setar. Alang2 ada kesempatan ummi bawa muhammad naik menara alor setar. Err sebenarnya ambil kesempatan hingga terpaksa EL esoknya kerna terlalu letih utk pulang ke KL.

Naik lif muhammad agak kegayatan. Hehe. Sesampainya diatas bukan main lagi. Ke sana sini. Ligat betui. Ummi punya la nak lihat pemandangan indah bandaraya alor setar dia duk sebok duk pi 'tolong' orang2 buat kerja. Kebetulan ada kerja2 renovation tandas kat atas tu. Sibuk nak tolak wheelbarrow dan sebagainya. Adoinyepon...

Hanya yg terbaik

Assalamualaikum wbt

Hari ke dua audit kuari..
Pagi dan petang. Terbaik...
Esok lagi 2 kuari. Terbaik...
Bermula dari isnin di jerantut - bera - lanchang. Terbaik...
Jumaat balik kl - kedah. Terbaik...
Minggu depan last di KL sebelum balik lapor diri kat kedah.
TERBAIKK... hehe

Kisah semalam

Assalamualaikum wbt

Semalam...
Saya menginap di sebuah hotel di bandar ikan patin.
Dalam tidur..tiba2... Bermimpi... Yg sebelum2 tu tak ingat apa terjadi. Yang saya ingat hanyalah ketika itu saya berusaha bersungguh2 membaca al fatihah.

Tak boleh...baca lagi..lagi.. Tak boleh.
Sakit mulut saya akibat memaksa diri membaca al fatihah. Saya gagahkan diri lagi. Cuba dan cuba baca.

Akhirnya terjaga dan dah boleh baca alfatihah. Seluruh badan terasa kebas...

Apakah?

Syaitan?
Atau fenomena biasa kepada jasad dan roh?

Entah..
Tapi lepas tu terus baca ayat kursi 3x diikuti surah2 3 qul...

Tidur....

Ps: dalam hati, kesiannya roh ku diperlakukan sebegitu rupa ketika jasadku sedang tidur...