Wednesday, February 27, 2013

Ajar MRA membaca

Assalaamualaikum wbt

Ini entry kedua saya di cherengin resort bla3 di janda baik ni.. Kekenyangan baru lepas dinner n mesyuarat warga bsfj. Sangatlah santainya mesyuarat kali ni.

Seawal MRA 1 tahun saya cuba dedahkan MRA dengan huruf2 hijaiyah. Niat di hati nak galakkan Muhammad dapat membaca alquran seawal yg boleh.

Dimulakan dengan beri die main flashcard alif baa taa. Untuk selamatkan flashcard tu ummi balut tepi2 kad dengan selotape. Macam biasa.. 1. Jimat xyah beli banyak2 kali sb dah tentu2 la benda tu akan koyak kalo x dibalut. 2. Takda la dia kunyah2 kad tu buat chewing gum.

Sessi mengajar:

Hasil pembacaan ummi, teorinya kna ajar baby start dari sebutan yg selalunya yg pertama kuar dari mulut bayi iaitu ma dan ba seterusnya da..

Ummi: muhammad ni 'ma' (sambil tunjuk mim garis fathah)

MRA: A'aaa..

Ummi: ma...

MRA: A'aa..

Ummi: ok2... Kalau 'a' yang ni... Tunjuk hurul alif berbaris fathah.

MRA: Buat donno....sambil ketuk2 kad. Bawak kad tu lari sana sini..

Ummi: erm... Its ok..anak ummi lum bersedia. Slow2 ek..

P/s: jeles tul aku nengok adik darwish and darwisha yg boleh baca quran dan hafal pada usia 3 tahun lebih. X caya cer gugel. Ibu mereka inila yg memberi inspirasi ini. Terima kasih.

Telatah MRA

Puji2an bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas Rasulullah saw dan nabi2 sebelumnya.

Assalaamualaikum.wbt pembaca2 blog yg budiman.

Saya sekarang berada di cherengin resort bla2. (tak igt nama penuh)

Baru petang semalam balik dari sekin fisherman resort bla3 di sekinchan, harini di janda baik pula sampai esok.

Ok berbalik pada tajuk asal. Biasala bila berjauhan dengan anak mula la terbayang2 keletah si kecik yg manja tu. Tersenyum sorang2 bila teringat MRA yg kelakar tu duk buat lawak.. Kdg2 buat jalan terkangkang2 sambil sengih2. Pastu jalan senget2 pulak duk bagi org gelak. Belajaq mana taktau..

Sekarang dah x mau tidoq sangat dah, padahal mata dah nak pejam. Menguap takyah cakap la. Tapi still aktif ke sana sini. Orang tua2 cakap la kan kalo nak bagi anak tidoq si ibu kena pura2 tidoq. Ummi pon amik la bantal bagai...buat2 la tidoq..

Pejam..pejam...

MRA yg aktif duk ke hulu ke hilir.. Sekejap2 dia mai kat ummi.. cium2 pipi ummi..

Ummi..sabar2..jangan respon.

MRA..nganga2 nak gigit idung ummi.

Ummi pusing kot lain sambil tahan gelak. Sambil2 duk memantau MRA dengan ekor mata.

MRA lari sana lari sini..pastu datang kat ummi naik atas badan ummi pulak buat kuda.

Ummi..haish.budak ni.. Sabar2..

Tiba2.....

Ngapppp....

Adoiiiii.... Awat Muhammad gigit bahu ummi???!!

Sakit gila kot..dia gigit sekuat hati..geram sangat gamaknya ummi dia xda respon. Hahaha..

Nota: gambar dibawah di ambil semasa kereta sedang parking. Jangan tiru aksi ini dirumah. Huhu

Wednesday, February 20, 2013

Internet lembab

Semenjak 2 menjak ni internet lembab sungguh.. Buka fb nak baca status kawan2 pon 2 jam setengah baru kuar. Maleh aku nak nunggu. Pepagi buta tu kot la nak laju skit. Daripada bangun pagi buta semata2 nak baca status fb rakan2 baik aku baca quran kan..tahajud ka.. Huhu..

Kesimpulannnya nak highlitekan kat sini..sori kalo lama x komen2 kat fb hangpa semua.. X wish besday.. Sempat like tu dah kira btuah.

Hipotesis aku utk masalah ini adalah mungkin dekat2 pru 13 ni orang ramai duk cari maklumat kot internet kot. Sebab tu jadi slow. Zaman la ni tak main dah tengok2 telebesen tu.. Last aku tengok telebesen secara bersungguh2 masa crita setia hujung nyawa.. Tu pun tertengok secara tak sengaja..pastu tak sengaja tertengok sampai episod last.

Psst....: itu hipotesis ja..aku tak rajin la nak buat kajian dan eksperimen utk mendapatkan jawapan sebenar. Jadi jangan pecaya sangat deh..

MRA solat

Assalamua'laikum wbt

Ini entry pendek lg.

Masih tentang MRA..blog ni mmg di update untuk diaaa je lah.. Kot2 nanti ummi hilang ingatan ka.. Boleh baca balik. Huhu... Ingatan ni hanya pinjaman semata, bila2 ja Allah swt boleh tarik balik. *Tiba2 terasa bimbang dengan statement sendiri..*

Penah post entry sebelum ni..tajuk apa tak ingat yg ada gambaq MRA duk langut kat tv time azan. Dari dulu dia mmg alert sangat dengan azan. Pengasuh dia pun selalu alertkan dia bila dengaq azan. Alhamdulillah dapat pengasuh yg baik.

Sekarang..tiap kali dengaq azan...akan terus buat muka terkejut sambil bunyi.. Hoh?..hoh..? Ummi pun tolong tokok tambah.. Allaahuakbar..sambil angkat takbir. Cepat2 dia pun sebut.."wawaaa....wawaaa" sambil angkat takbir jugak, pastu terus sembam2 muka kat lantai..sujud la tu.. Huhu.. Bila ummi nak solat, ummi baru bentang sejadah dia mai sujud siap dah.

Moga jadi anak yg soleh...

Ok entry in terpaksa dihentikan secara paksa sbb ummi ngantuk. Bye!

Monday, February 18, 2013

Eeii gewamnyerr...

Assalam. Ini entry pendek.

MRA, 1 tahun 3 bulan, sedang belajar ekspresi muka.

Kalo masam..kenyit2 mata sampai ketaq kepala.

Kalo ditanya geram macam mana?

Ummi expect dia akan ketap bibir atau kancing gigi dengan genggam2 jari jemari.
Rupa2nya.....dia cubit pipi dua2 belah sambil pejam2 mata dan sebut.. eeiii... Rujuk gambar. Alahaaii so sweet.. Dia belajar dari org duk cubit pipi dia sambil sebut geramnyaa..geramnya... Huhu..

P/s: igt senang nak snap gambar aksi MRA? Ummi terpaksa on video..mintak dia buat, pastu video tu nanti ummi pause n capture screen. Huh gigih!

Kualiti gambar mungkin tidak memuaskan.