Wednesday, January 16, 2013

Tidurlah anakku

Seorang ummi yang pengalamannya tak seberapa sedang dodoikan anak yang bernama MRA, berumur 1 tahun 2 bulan.

Laailaahaillallah...Laailaahaillallah.. Laailaahaillallah (laju2)

MRA: Meliuk lentok sambil berkata, tamau tidoq..tamau tidoq.. (menggunakan bahasa baby)

Maktok MRA : Bukan camtu laa.. yang lanjut2 tu..

Ummi MRA: oo.. ok2.. Laa~ Ilaa~ Ha illallahh~..... Laa~ Ilaa~ Ha illallahh~..... Laa~ Ilaa~ Ha illallahh~ Muhammadurrasulullah~...

MRA: Terus pejam mata.

Ummi MRA:  .......... (=_^)............ dah pandai pilih lagu nampak??

Kisah2 kehidupan

Puan Wan Saadiah.. (nama sebenar)

Terasa amat kecewa kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..

Lalu..

Beliau menadah tangan mengadu pada yang Esa..

Ya Allah, sesungguhnya aku mengetahui Engkaulah yang maha memberi rezeki, aku yakin tiap yang hidup ada rezeki masing2, aku juga yakin Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Mu.

Tapi..

Kadangkala aku berasa gusar dengan keaadaan hidupku kini.. bagaimana dengan hari2 mendatang.. Risau nak melalui hari esok yang belum pasti. (dengan linangan air mata).. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah. APA YANG PERLU AKU BUAT YA ALLAH..

Kemudian..

Beliau teringat satu ceramah kat radio... kalau nak hati tenang, bacalah AlQuran beserta maknanya. Lantas beliau menyelak helaian AlQuran yang lengkap dengan tafsir, tempat yang sudah ditanda, ayat last yang sudah dibaca sebelumnya, ayat 150 surah Al Baqarah.

Jadi untuk malam itu, dimulakan dengan ayat 151... sampai ayat 155, beliau terhenti, membaca tafsirnya dengan tekun...


Ya Allah...aku dah mendapat jawapan!
Sesungguhnya Engkau maha mendengar setiap rintihan hamba2Mu.
SABAR adalah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan dalam rintihan doanya tadi.

Pengajaran: Mengadulah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar

Sumber dari bernama.. :))

Tuesday, January 15, 2013

Hobi

Masa sekolah menengah aku ada hobi entahla nak cakap pelik ke tak pelik. Yang pasti buat masa ni lgsung tadak faedahnya pun hobi aku ni.

Masa form 3 suka sangat kumpul plastik cekelat ni ha.. Yg kaler hijau tu kira paling feberet la tu. Ada lagi smpai la ni. Korek2 almari lama banyaknyaa benda2 menggamit memori. Huhu..

10000 tahun akan dtg agak2 pupus dak gi cekelat2 ni. Kalo dah pupus nak gi jual kat muzium. Hahaha..

"sejenis makanan kegemaran manusia kurun ke 21, selalunya dimakan oleh pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaaan, berfungsi untuk menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas atau ketika mengulangkaji pelajaran di tengah malam"

Monday, January 14, 2013

Bertukar!!

Di petang yg hening..
Bos datang kat meja hulur selai kertas..

"Nah memo tukar unit, mu nak sangat tukar kan??"

"Hahaha...." Aku hanya mampu ketawa.

"HAHAHA..." eh bos ketawa lagi kuat?

Saya tau bos tau apa yg tersirat dan tersurat. Hehe. Tq atas tunjuk ajar dan sokongan bos selama ini..

Tuesday, January 8, 2013

Harga..

Masuk kedai, tengok2..belek2..

Saye: berapa ni kak.
Tokey kedai: rm50.
Saye: ........ Belek2..
Tokey kedai: dik selalu beli berapa?
Saye: rm45 (jujur)
Tokey kedai: nak beli 2?
Saye: tak..nak 1 je.
Tokey kedai: oklah. Rm45.
Saye: mekasih kak. (dalam hati..nyesal x sebut rm40..hahaha)