Wednesday, July 18, 2012

Bersama Ustaz Semanis Kurma

Assalamualaikum wbt
Harini ada majlis sambutan ramadhan di ofis. Majlis dihiasi majlis bacaan yasin, tahlil, ceramah dan pesta durian. Sambutan setengah hari tapi padat dengan aktiviti.. heheh..

Banyak input dari Ust Wan Akashah (UWA) hari ni..

UWA: Dalam perut kita ada usus. Eja usus U.S.U.S.. ikut saya.. U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (dengan penuh semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (lagi semangat)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi)

UWA: U.S.U.S
Hadirin: U.S.U.S (semangat lagi dan lagi)

UWA: Lembu minum apa?
Hadirin: SUSU..!!! (dengan semangat kesukanan)

UWA: oo..lembu kat jkr minum susu..
Hadirin: Opsss..hahahaha

Kesimpulannya, UWA telah membuktikan apa yang berlaku kepada kita sangat dipengaruhi keadaan sekeliling. Jadi kita kena sentiasa fokus dalam membuat apa saja keputusan. Kalo tak fokus memang jadi la seperti di atas. Pelik gak masa tu, main jawab ja, tak sedar pulak terjawab susu. adoyainyepunnn...

* Banyak lagi input menarik dalam ceramah dia tadi, nanti la tulis. pening2 plak makan durian banyak sangat.. huhu

Monday, July 16, 2012

Pagi-pagi

Assalamualaikum

Pagi tadi dengan rileksnya bersiap2 ke tempat kerja, anak masih tidur, nyenyak betul tidur yer.. Dah siap semua tibalah masa untuk hantar Rayyan ke rumah pengasuh, tukar pampers dulu, confirm la terjaga budak ni, macam biasa merengek2 la mamai baru bangun tidur.

Pastu bawak dia ke sinki untuk membersihkan taik2 idung dan apa2 la yang comot2 tuh.. huhu. Malu la plak nak hantar anak dalam keadaan comot ke rumah pengasuh.. hehe.. Dah cuci2 tu boleh pulak dia tengok muka umi sambil tersengih-sengih. Haishh mula la berat hati nak tinggal budak ni. Terus duduk2 main ngan dia dulu walaupun jam dah menunjukkan.. "perlu gerak sekarang!!!"

Tengok la muka dia bile tersengih2.. aduh, terpaksa la letak wallpaper muka dia ja kat opis ni..






Time dia seronok memang la best layan budak ni, mai time dia mengantuk tapi sayang mata takmo tido, ini la jadinya... huhuhu
.
.
.
.

Monday, July 9, 2012

Amaran: Jangan Jadikan HP Sebagai Penanda Buku

Assalam..

Di pagi isnin nan indah, sesampai saja di ofis mataku meliar di segenap sudut meja, mencari2..
Cis rupa2nya ada kat dalam buku. Memang dah jadi tebiat dah kalau nak tanda buku tu ntah apa2 ja aku capai atas meja ni, stapler, gunting, pen, HP, calculator.. apa je lah yang boleh tandakan buku.. huhu.. hasilnya, jumaat aritu saya pulang kerumah tanpa HP. Terbejat otakku selama 2 hari kerana tak dapat berhubungan dengan dunia luar..

Bila xda HP:

1. Tak dapat nak amik2 gambar anak sedang beraksi.
2. Tak dapat tengok gambar anak dalam HP, walaupun anak depan mata. (*_+)
3. Otomatik takda jam. Dah lama tak guna jam tangan.
4. Jam loceng pun takda.
5. Tak leh nak mesej/call sapa2. tak koser nak guna public phone (ada lagi ke public phone?)
6. Tak leh hantar2 gambar anak kat sedara mara.
7. Hilanglah satu permainan anak untuk di lempor2.. (T_T) (seb baik HP jenama norkiah cap ayam je)
8. Dan macam2 lagi kegunaan HP.

Rupa2nya HP sangat penting, jadi hargailah HP anda!

sekian..