Sunday, November 3, 2013

31/10 seperti mimpi..

Assalamualaikum wbt

31/10/2013 - paginya gembira dengan pencapaian biznes. Senyum ja.. X sarapan pun x lapar. Huhu

Jam 12.50 tgh pi sarapan dgn lunch sekali. Baru order nasi goreng paprik. Tetiba dpt panggilan jam 1.03 pm dari k.long bgtau ayah kemalangan. Terkejut..tp lega bila diberitahu ayah ok..dah dibawa ke hospital. Ada bomba dtg membantu. Tak tunggu nasi dah terus bergegas balik dari alor setar ke hospital baling. Dalam hati...ayah ok..mesti kemalangan kecik ja. Xda apa2 ni.. Tapi... kenapa sampai ada bomba?

Laju xpayah cakap la...tp masih bersangka yg baik2 aja. Dah sampai k.ketil call mama yg dh sampai hospital.. tanya dh jumpa ayah blum. Tak sabar nak tau. Mama cakap x jumpa lg. Tak boleh masuk. Ayah dlm bilik kecemasan. Dengar bilik kecemasan mula rasa panik dan rasa nak doa sungguh2 supaya ayah selamat. Sempat taip skit kt FB mintak kwn2 tlg doa sekali.

Aku sampai di hosp baling kira2 jam 3 ptg. Ada hujan renyai2. Mama n adik baru kuar dr bilik kecemasan. Mama cakap ayah mcm sedar lg. Tangan ayah gerak2 masa di ajar mengucap. Adik pulak cakap kaki ayah terukk. Ada pendarahan dikepala. Nak dibawa ke hosp SP untuk dibedah. Aku mcm blur... Tp masih yakin ayah masih harapan utk diselamatkan. Kaki...xpa.. Asalkan ayah selamat. Ambulans dh ready.. Tapi tiba2 x dpt bawak ke hosp SP sebab darah ayah kurang. So tambah darah dlu supaya stabil. Tunggu punya tunggu...waris dipanggil dan berita kematian ayah menyusul. Semua org nangis. Tapi aku tak. Masih blur. Bila nak terjaga dari mimpi ni.. Tak percaya.. Kepala denyut2..dari pagi tak makan. Sampai saat ni aku hanya akan menangis bila baca yasin atau ayat2 alquran untuk arwah.

.... Xtau nak cakap perasaan masa tu. Lebih kepada redha dengan apa yg berlaku. Jam 5 lebih camtu baru kami semua dpt tengok jenazah ayah. Ayah macam tido ja. Muka nampak tenang. Takda tanda2 kesakitan pun walaupun ayah cedera parah di kepala dan organ2 dalaman. Kaki.. X sanggup nak cakap. Tapi kami x dpt la tengok kaki masa tu. Dah dibalut kemas. Ayah meninggal sekitar jam 3.15 ptg. Jam 6 lebih darah merah segar masih mengalir dari telinga ayah.

Aku bawak mama pulang berehat dirumah dulu petang tu krn dikhabarkan post mortem ayah hanya dapat dibuat pd jam 10 mlm! Kami adik beradik cuba elakkan post mortem tp prosedur memaksa utk ayah di bedah siasat. Cuma...dr cakap x semestinya internal post mortem. Mungkin juz externak shj. Tak memerlukan jenazah dibedah.

Dirumah.. MasyaAllah ramainya. Rupa2 nya sebaik shj dpt berita ayah excident dh ramai dtg rumah. Siap pasang khemah! Kereta yg kami naiki terpaksa parking jauh. Jalan depan rumah ditutup!

Malamnya...adik beradik lelaki masih dihospital. Turut serta memandikan jenazah selepas post mortem sekitar 10 lebih. Menurut adik2 dan abg2 semasa dimandikan darah ayah masih mengalir dari kakinya...dari telinga.. Ayah sempat disolatkan jenazahnya di hospital. Di situ pun ramai yg solatkan jenazah ayah. Alhamdulillah. Jam 12.15 am jenazah sampai di masjid. Tidak dibawa kerumah kerana dah lewat. Semua yg menunggu dirumah menuju ke masjid. Masih ramai. Kereta yg mengiringi jenazah dr hospital juga hampir 20buah. Kereta yg dinaiki adik juga terpaksa parking jauhh dr masjid. Kami adik beradik sempat mengucup arwah ayah buat kali terakhir sebelum solat jenazah.

Jam 12.30am...jenazah dibawa je tanah perkuburan. Darah ayah masih mengalir keluar dari telinga semasa diturunkan ke liang lahad. Subhanallah. Org masih ramai sehingga lah selesai pengebumian sekitar jam 2 pagi.

Ayah pergi dalam keadaan yg sangat baik.
Ayah dalam perjalanan ke pejabat agama Baling.. menunaikan amanah dan tanggungjawabnya kpd masyarakat.
Ayah pergi pada hari ke-3 kembali dari tanah suci.

Maha suci Allah. Peliharalah ayahku..permudahkanlah urusannya disana.....

Al-fatihah

2 comments:

  1. sedih bc cerita syak.. bergelinangan air mata waluapun sy xpernah rs kasih yg ayah dri kecil.. harap syah tabah hadapi dugaan ini.. moga ayah syak ditempat di kalangan org yang beriman..

    ReplyDelete
  2. terima kasih nurul.. saja ja tulis supaya tak lupa detik2 paling menyedihkan ni. huhu.. baca balik pun sedih..!

    ReplyDelete